Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


LAPORAN DARI MAHKAMAH KULIM 18/2/2001

Para penyokong gerakan reformasi berhimpun lagi di hadapan mahkamah majestrit Kulim pada hari ini, 18/2/2001.

Sebelum itu sebanyak 24,000 handbill telah berjaya diedarkan oleh barisan Pemuda keADILan Kedah kepada rakyat di serata tempat mengumumkan tentang kes perbicaraan yang akan dijalankan pada hari itu. Hasilnya kehadiran pada pagi itu amat memberansangkan sekali. Lebih kurang 2000 penyokong telah hadir memberikan sokongan termasuk teman-teman seperjuangan dari KL dan Melaka. Beberapa kelompok perhimpunan telah terbentuk dan yang paling ramai sekali adalah di hadapan mahkamah Kulim. Kelompok-kelompok lain termasuk di perkarangan pejabat Pos, hadapan bangunan JKR dan lain-lain.

Kami mula berkumpul di hadapan mahkamah sekitar jam 9.00 pagi. Anjing-anjing kurap sudah tentulah lebih awal lagi dan seperti biasa mereka menguasai bahagian belakang bangunan Majlis Daerah Kulim dan kawasan Mahkamah. Perkara pertama yang paling melucukan dapat dilihat adalah papan tanda 'Mahkamah Untuk Keadilan' yang sepatutnya terpampang megah di hadapan bangunan Mahkamah Kulim telahpun diNYAHkan dari situ. He,he.....setelah 5 kali perbicaraan kes Pengundi Hantu dijalankan sejak Disember 2000, slogan kebanggaan Mahkamah Kulim itu telah menghantui mereka pula rupanya.

Lebih kurang jam 9.30 pagi kami dibenarkan pula untuk memasuki perkarangan mahkamah Kulim. Hairan juga......padahal kawasan laluan masuk telahpun dihadang dan diletakkan kawat berduri di kiri kanannya. Lebih hairan lagi tiada sekatan pula untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk masuk mendengar kes perbicaraan. Maka sebilangan penyokong telah menyerbu masuk dengan pantasnya. Sempat pula laungan-laungan keramat bergema di perkarangan mahkamah.

Namun anugerah kebebasan itu hanya berciri sementara rupanya. Kami kemudian diarahkan untuk meninggalkan kawasan mahkamah dengan segera. Bahkan mereka yang berpusu-pusu masuk ke kamar perbicaraan telah dihambat keluar pula. Suasana kecoh sedikit tetapi Sdr. Ezam dan Sdr. Tian Chua telah bersemuka dengan pihak berkuasa dan mengumumkan bahawa para penyokong dibenarkan berhimpun tetapi di seberang jalan yang bertentangan dengan kawasan mahkamah. Kelihatan ibu dan isteri Sdr. Ezam turut sama hadir memberikan sokongan.

Maka beraraklah pula para menyokong mengikuti Sdr. Ezam dan kepimpinan yang lain menyeberang jalan untuk berkumpul di sana. Sepeninggalan Sdr. Ezam dan rakan-rakan menghadapi pendakwaan di dalam mahkamah, kami berhimpun sambil mempamerkan sepanduk dan kain rentang. Seperti biasa laungan slogan rakyat dan nyanyian lagu-lagu rakyat tetap berkumandang. Anjing-anjing kurap seperti tidak senang duduk mendengarnya.

Lebih kurang jam 10.15pagi, dengan tidak semena-mena, seekor anjing kurap betina dan teman jantannya seperti sengaja menjolok sarang tebuan. Seorang reformis yang sedang memegang sepanduk dikasari dan terus direntap tangannya untuk dibawa pergi dari situ. Malang sekali bagi sianjing betina itu kerana satu tendangan kilat telah dihalakan betul-betul pada perutnya. Sepantas itu juga beberapa reformis yang lain telah menarik si anjing betina ke dalam kelompok ramai manakala reformis itu berjaya disusupkan ke celah-celah reformis yang lain.

Serentak dengan kekecohan itu, siren anjing mula berbunyi dan trak 'water canon' mula bergerak masuk dari arah belakang bangunan Majlis Daerah Kulim. Insiden berikutnya menyaksikan seorang reformis wanita telah diheret dengan kejamnya oleh anjing-anjing bangsat Madey. Pada masa yang sama beberapa biji canister gas pemedih mata kelihatan melayang di udara ke arah para penyokong yang sedang berhimpun menyebabkan mereka terpaksa berundur ke belakang.

Namun yang menariknya adalah aksi beberapa penyokong bertindak pantas mengambil semula beberapa biji canister yang sedang berasap itu dan membalingkannya ke arah anjing-anjing itu. Kali ini giliran mereka pula yang lari lintang pukang......huduh sekali kelaku anjing-anjing yang dimakan senjata sendiri itu. Ada yang seperti menangis kepedihan mata dan tidak kurang juga yang menyumpah seranah sesama sendiri.

Berbanding dengan para penyokong BA tadi yang 'alah bisa tegal biasa', masing-masing dapat mengawal diri dengan baik walaupun beberapa kali ditembak dengan gas pemedih mata. Tambahan pula ada yang membahagi-bahagikan sejenis antidote......he,he....Vitamin C.....dapatlah juga mengurangkan kesan kepedihan mata.

Pekan Kulim tiba-tiba dipenuhi dengan asap dan kedai-kedai yang berhampiran dengan segera menutup rapat pintu. Adegan kejar-mengejar masih berlangsung sehingga ke tengah-tengah pekan Kulim yang telahpun sesak dengan kenderaan-kenderaan. Tindakan bijak beberapa penyokong yang membuang penghadang jalan dan mengarahkan kenderaan-kenderaan untuk terus melalui jalan ke hadapan menuju ke mahkamah telah berjaya menyekat kemaraan trak 'water canon' dari terus menghampiri para penyokong.

Dalam pada itu adegan di hadapan mahkamah Kulim tidak kurang hebatnya. Setelah sebahagian besar para penyokong berundur ke arah Pekan Kulim, di antara canister-canister gas pemedih mata yang berjaya dilontar semula ke arah anjing-anjing itu, ada juga yang melepasi sehingga ke perkarangan mahkamah Kulim. Akibatnya kes perbicaraan terpaksa dihentikan buat sementara kerana asap gas telah meresap sehingga ke dalam kamar perbicaraan. Semua yang sedang berada di dalam mahkamah bergegas keluar kerana kepedihan mata.

Sdr. Ezam turut keluar dan mendapat berita tentang beberapa penyokong yang telah dizalimi pepuak anjing itu. Beliau dengan segera mengepalai sekumpulan penyokong untuk membuat laporan polis berhubung dengan perkara itu. Namun tanpa sebarang amaran, pancutan air asid hinggap ke badan mereka. Kerja gila pepuak itu diteruskan sehingga melepasi kawasan pejabat pos di mana seorang Cina tua yang sedang berjalan memasuki pejabat pos itu telah tersembam jatuh akibat pancutan air yang sungguh kuat itu. Sedih sungguh melihatkan keadaan orang awam yang menjadi mangsa keganasan makhluk yang tidak berakal itu.

Tindakan ganas mereka seperti tidak mengenal batasan. Kepuasan hati dan hawa nafsu lebih dipentingkan tanpa mengambil kira keselamatan mahupun harta benda orang-orang awam yang tidak berdosa. Gas-gas pemedih mata terus ditembak ke arah penyokong-penyokong sehingga menjejaskan keadaan kedai-kedai yang sedang menjalankan perniagaan masing-masing. Tanpa disedari seluruh Pekan Kulim menyumpah anjing-anjing itu. Mungkin kerana itulah insiden 'senjata makan tuan' berlaku ke atas puak-puak jahanam itu.

Tidak lama selepas itu, para penyokong yang bertaburan kembali mengumpul kekuatan untuk mara semula ke hadapan mahkamah Kulim. Nun di hadapan sana YB Saifuddin Nasution telah dapat mengawal keadaan sambil mengumumkan akan kesediaan anjing-anjing beruniform itu untuk membenarkan perhimpunan berlangsung semula. Kami mula berhimpun semula dengan syarat yang dikenakan......berhimpun dengan aman, tiada laungan dan tiada nyanyian dibenarkan. 'Kebaikan' anjing-anjing itu dapat dihidu sebabnya selepas itu........kehadiran wartawan dan jurugambar dari CNN telah menghasilkan sandiwara murahan itu rupanya.

Kali ini kami semua duduk dan terpaksa mengunci mulut demi menghormati permintaan YB Saifuddin. Lebih kurang pukul 11.30pagi, kesemua wirawan Lunas yang didakwa keluar dari mahkamah. Perbicaraan seterusnya telah ditetapkan pada 18hb.Jun sehingga 21hb.Jun nanti. Doa penutup dibacakan oleh YB Saifuddin dan semua diminta bersurai secara aman. Namun belum sempat beberapa langkah diatur, seorang lagi reformis(adik ipar Sdr. Ruslan Kassim) dikasari dan langsung dibawa pergi dengan rakusnya. Sakit sungguh hati ini melihatkan betapa gelojohnya SB-SB yang mengerumuni reformis itu dengan bengis sekali. Ini menjadikan jumlah penyokong yang ditahan pada pagi itu seramai 7 orang. Salah seorang penyokong yang ditahan adalah seorang Pak Cik tua yang diberitakan ditahan oleh beberapa SB di gerai makan tempat berhimpun itu. Khabarnya Pak Cik itu sedang membakar kemenyan.....he,he.....itupun jadi modal kepada anjing-anjing yang takut dengan bayang-bayang sendiri rupanya! Syabas Pak Cik....idea bernas tuuu...lepas ni kita tabur beras kunyit pulak!!

Beramai-ramai pula kami ke Ibu Pejabat polis Kulim yang gah itu. Terserempak pula dengan si anjing betina tadi yang telah membuang tudung kepalanya. Rupa-rupanya dia hanya menyamar dengan memakai tudung kepala semasa perhimpunan tadi. Ternyata kesan senak tendangan dari reformis tadi telah menjadikannya tidak keruan. Matanya meliar mencari tuan punya penendang itu dan kami hanya mentertawakan gelagat bodohnya.......pasti kempunan sampai hari Kiamatlah lu! Maklumat didapati.....Wati namanya(padanler dengan perangainya!)dan memandu kereta Mazda 323 putih berplat JAG 1972. Jadi langkah seterusnya....he,he....terpulang pada budi bicara semua!

Kesemua yang ditahan kemudian telah dibebaskan dengan jaminan mulut dan diminta melaporkan diri ke balai polis Kulim itu pada 25hb. Febuari nanti. Sementara menantikan pembebasan 7 orang penyokong itu, seekor lagi anjing kurap cuba menunjukkan samsengnya dengan menuduh salah seorang penyokong di situ telah memakinya. Namun betapa sianjing itu dan seekor lagi teman batu apinya telah mendapat kemaluan yang AMAT BESARRR sekali apabila para penyokong yang ada telah menempelak beramai-ramai di dalam sarang mereka sendiri. YB Azmin dengan garang sekali telah berjaya menggerunkan rakan batu apinya sehingga terpaksa beredar dengan tersipu-sipu dan tidak tentu arah. Bravo!

Sehingga pukul 6.00 petang, baru segala-galanya selesai. Sesungguhnya semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh para penyokong BA pada hari itu. Sokongan dari para pejuang ternyata tidak pernah pudar malah makin membara seiringan dengan kezaliman yang semakin ketara ditonjolkan oleh pencacai-pencacai rejim Madey kebelakangan ini. Percayalah....rakyat kedah akan terus bangkit selepas ini. Hari ini semangat Kubang Pasu dan Kulim telah menjadi satu dan kami akan pastikan ianya terus merebak ke seluruh pelusuk Kedah sebelum tahun 2004. Takut tak cukup tanah pula Madey dan anjing-anjing kurapnya nak lari nanti.........YOUR DAYS ARE NUMBEREDDDD!!!!

LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

Kak Id 2000


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 20 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com