Ruj. Kami : R.5001270/84 Jid. 2( )
Tarikh 10 Oktober 2000
Tuan/puan,
SOAL SELIDIK KAJIAN "PERSEPSI PENJAWAT AWAM TERHADAP KERAJAAN YANG
MEMERINTAH SEKARANG"
Adalah saya dengan segala hormatnya ingin menarikk perhatian
tuan/puan kepada perkara di atas.
2. Berhubung dengan perkara ini , sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk menjadi
salah seorang peserta Kajian Persepsi Penjawat Awam Terhadap Kerajaan Yang Memerintah Sekarang. Tujuan
kajian ini
adalah untuk
meminta pandangan tuan/puan terhadap isu-isu sosioekonomi,
sosiopolitik dan lain-lain berkaitan dengan negara kita. Kajian ini
adalah bagi tujuan akademik sahaja. Tuan/puan tidak perlu menyatakan
nama pada Borang Jawapan dan kerahsiaan serta indentiti
tuan/puan adalah terpelihara.
3. Buku SoaI Selidik ini mengandungi 94
soalan yang disertakan bersamasamanya
Borang Jawapan. Sila baca soalan dengan teliti serta rujuk pada arahan
kedua-dua Buku Soal Selidik dan
Borang Jawapan. Saya memohon keijasama tuan/paun supaya kedua-dua
Borang Soal Selidik dan Borang Jawapan
ini (yang telah dilengkapkan) dikembalikan
pada atau sebelum 1 Januari 2001 dengan
menggunakan sampul surat yang telah sedia bersetem ke alamat seperti
yang tercatat di atas sampul surat berkenaan.
4. Segala kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
(SIRAJUDDIN HAJI SALLEH) Pemangku
Pengarah, Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN), Jabatan Perkhidmatan
Awam, Malaysia.
BUKU SOALAN
Keterangan Am: 1. Kajian ini adalah satu penyelidikan
akademik. 2. Segala maklumat yang dilengkapi adalah
RAHSIA. 3. Tuan/puan bebas memberikan pandangan dan pendapat
sendiri tanpa ada unsur paksaan pada setiap item/soalan yang
dikemukakan. 4. Buku Soalan ini
perlu dikembalikan bersama-sama Borang Jawapan di dalam sampul
surat yang disediakan ke alamat seperti yang
tercatat. CARA MENJAWAB: 1.
Tuan/Puan dikehendaki menjawab soalan/item kajian ini pada Borang Jawapan yang disediakan berasingan daripada
set ini. 2. Sila rujuk arahan-arahan lain seperti yang tertera pada
Buku Soalan ini. 3. Tuan/puan perlu
menghitamkan bulatan (0) pada pilihan jawapan anda di Borang Jawapan
dengan menggunakan pen berwama HITAM atau BIRU 4. Setelah selesai
menandakan jawapan anda sila poskan BORANG JAWAPAN ini bersama-sama BUKU
SOALAN dengan menggunakan sampul surat bersetem yang disediakan ke alamat
seperti tertera di sampul tersebut. TERIMA KASIH DI ATAS
KESUDIAN MEMBANTU KAMI
Bahagian I :
1.Umur 2.Bangsa 3. Jantina 4. Taraf
Jawatan 5.Pengalaman Bekerja 6. Kumpulan
Perkhidmatan 7.Perkhidmatan / Pengkhususan
Arahan Bahagian 2 hingga 5 : Sila berikan jawapan
berdasarkan skala di bawah
Sangat berpuashatil sangat bersetuju
skala 5 Berpuashati/bersetuju
skala 4 Sederhana berpuashati/sederhana
bersetuju skala 3 Tidak
berpuashati/tidak bersetuju
skala 2 Sangat tidak berpuashati/sangat tidak bersetuju skala
I Tidak tahu
skala 0
- Tandakan mengikut tahap persetujuan anda
2.
PANDANGAN ANDA TERHADAP KEPUTUSAN DAN TINDAKAN
KERAJAAN
8. Kejayaan menangani masalah kegawatan ekonomi negara. 9.
Penetapan kadar pertukaran matawang asing/dunia. 10. Agensi
perkhidmatan organisasi yang telah diswastakan oleh kerajaan berbanding
sebelum. 11. Penetapan kadar bayaran tol. 12. Mengawal
kenaikan harga barang keperluan. 13. Pengagihan tender dan
projek-projek utama kerajaan. 14. Penggunaan sumber-sumber tempatan
oleh syarikat asing dalam projek mega. 15. Operasi pengangkutan awam di
ibukota yang dikonsortiumkan kepada beberapa pihak tertentu sahaja. 16.
Langkah kawalan kemasukan pendatang asing. 17. Keberkesanan
projek Malaysia Gemilang seperti pelayaran Jalur Gemilang, Gunung Everest
dan Kutub Utara. 18. Keberkesanan kerajaan mengatasi masalah ketiadaan
atau gangguan air di tempat anda. 19. Keberkesanan kerajaan
mengatasi banjir di tempat anda. 20. Langkah kerajaan dalam menangani
wabak virus J.E. 21. Bayaran yuran di Institusi Pengajian Tinggi
Awam. 22. Jumlah pembinaan rumah kos rendah/sederhana. 23.
Kesungguhan kerajaan menangani kesesakan jalanraya. 24. Proses
perpindahan pusat pentadbiran kerajaan ke Putrajaya. 25. Kemudahan
pengangkutan awam. 26. Masalah setinggan. 27. Tindakan kerajaan
dalam menangani kes tawanan di Pulau Sipadan. 28. Rampasan senjata di
Kern Batalion 304 Askar Wataniah Gerik adaiah bukti keselamatan negara
terancam. 29. Kes bakar sekolah yang berleluasa mempunyal kaitan dengan
pengaruh demonstrasi dan rusuhan oleh golongan anti kerajaan. 30.
Pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri atas tuduhan salahiaku
seksual. 31. Perlantikan anggota jemaah kabinet di kalangan bukan ahli
politik (senator). 32. Kesungguhan kerajaan menangani salahguna kuasa
dan rasuah di kalangan pemimpin negara. 33. Kesungguhan kerajaan dalam
membanteras politik wang. 34. Kewibawaan Suruhanjaya Pilihanraya
sebagai sebuah agensi bebas dan mendapat kepercayaan awam. 35.
Keterbukaan pemimpin kerajaan dalam menerima teguran dan rakyat. 36.
Kerajaan sekarang berjaya meningkatkan imej negara di mata
dunia. 37. Amalan pnnsip agar tidak memihak mana-mana
parti politik dalam peraturanperaturan pegawai-pegawai awam. 38.
Langkah kerajaan menangani krisis politik yang benlaku. 39. Cara
pemimpin kerajaan menguruskan wang negara. 40. Hak kebebasan bercakap
atau memberikan pendapat. 41. Penglibatan pemimpin negara dalam
sesebuah organisasi sebenarnya bertujuan memastikan kejayaan program atau
aktiviti lebih berkesan.
3. PANDANGAN TERHADAP PERKHIDMATAN BEBERAPA
AGENSI
42. Pendekatan polis menangani demonstrasi jalanan adalah betul. 43.
Kewibawaan perkhidmatan Polis adalah mantap. 44. Tindakan tegas
kerajaan dalam menangani salahguna kuasa terhadap pegawaipegawai tinggi
perkhidmatan Polis adalah sesuai. 45. Penggunaan Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) adalah masih ‘relevan’ pada hari ini. 46. Perkhidmatan
kehakiman dan perundangan umumnya boleh diterima. 47. Penbicaraan kes
Dato’ Sen Anwar Ibrahim adalah adil. 48. Hak yang sama di sisi
undang-undang adalah diamalkan. 49. Profesionalisme nampaknya wujud
dalam kehakiman dan perundangan. 50. Pengurusan tertinggi BPR
menjalankan tugas dengan amanah. 51. Pelaksanaan tugas BPR
adalah efisyen dan cepat. 52. BPR menjalankan siasatan tanpa pilih
kasih walaupun ia melibatkan ahli politik. 53. Setakat mi saya bersetuju dengan apa yang
dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 54. Dasar
JAKIM untuk memajukan Islam bertepatan dengan prosedur ajaran agama
sebenamya. 55. lmej semua kakitangan JAKIM tercemar akibat dan kes
rasuah seks. 56. Lembaga Tabung Haji (LTH) telah bersusah payah
menyelesaikan kes kuota jemaah haji. 57. Agensi swasta haji dan umrah
perlu diberikan hak untuk menguruskan jemaah haji tanpa melalui
LTH. 58. Pelaburan LTH dalam beberapa syarikat seperti PROTON adalah
wajar. 59. Ulamak yang bertanggungjawab memimpin agensi agama kerajaan
boleh diyakini. 60. Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah
Saham Bumiputera (ASB) adalah mengikut lunas-lunas syarak. 61.
Pelaksanaan ASN dan ASB boleh membantu meningkatkan ekonomi
Bumiputera. 62. Kredibiliti agensi-agensi kerajaan umumnya di tahap
tinggi. 63. Siaran televisyen utama kerajaan pada umumnya mempunyai
kredibiliti dalam penyiaran makiumat yang benar. 64. Kebebasan dalam
pencapaian makiumat melalui internet seharusnya dikawal bagi mengelakkan
eksploitasi oleh golongan anti kerajaan. 65. Saya lebih mempercayai
kesahihan berita danpada akhbar-akhbar utama jika dibandingkan dengan
akhbar Harakah. 66. Langkah kerajaan adalah perlu dalam mengawal
berita-berita tertentu yang dikira boleh menjejaskan keselamatan
negara. 67. Pemberita luar negara tidak sepatutnya mempunyai hak bagi
menyiarkan berita semasa negara.
4 PANDANGAN ANDA TERHADAP
KEPIMPINAN NEGARA
68. Isu globalisasi tidak mempunyai tokoh yang berkebolehan bagi
menanganinya selain daripada Perdana Menteri. 69. Pucuk pimpinan
kabinet sekarang masih dipenlukan untuk memimpin negara. 70. Umumnya
barisan kabinet yang ada sekarang adalah mantap. 71. Hubungan di antara
pegawai agensi kenajaan dengan pemimpin utama kerajaan adalah baik. 72.
Pegawai tinggi kerajaan sentiasa dirundingi apabila kerajaan
mernperkenalkan sesuatu dasar baru. 73. Kesungguhan pemimpin negara
mendaulatkan Bahasa Kebangsaan. 74. Kepentingan Bumiputera nampaknya
diberi perhatian oleh pemimpin negara. 75. Kebanyakan dasar-dasar
kerajaan yang digubal pada hakikatnya dinikmati oleh rakyat
keseluruhannya. 76. Pemimpin menjaga kepentingan/kebajikan kakitangan
kerajaan. 77. Pemimpin negara sekanang sememangnya memperjuangkan
kepentingan negara dan rakyat. 78. Saya bersetuju bahawa ada segelintir
pemimpin yang kurang bertata-susila. 79. Umumnya keperibadian pemimpin
negara adalah baik dan boleh diteladani. 80. Pemimpin-pemimpin pelapis
pemerintahan sekarang adalah cukup layak untuk mengambil alih teraju
kepimpinan.
5. PANDANGAN ANDA TERHADAP KOMITMEN BEKERJA
:
81. Semangat bekerja saya umumnya sama seperti sebelum
timbulnya knisis politik sekarang. 82.Peningkatan gaji kepada 10%
adalah memuaskan. 83.Saya menyokong pentadbiran negara di bawah
pemerintahan kerajaan sekarang. 84.Jika saya mendapat seorang ketua
yang saya tidak suka, saya akan tetap menjalankan tugas dengan
bensungguh-sungguh. 85.Saya suka menjalankan kerja dengan mengikut
kaedah dan prosedur kerja yang telah ditetapkan. 86.Kemudahan prasarana
pegawai-pegawai kerajaan adalah sesuatu yang istimewa buat saya (termasuk
kuarters dan kemudahan pinjaman)
6. KELAS AGAMA DI TEMPAT
KERJA
87. Pelaksanaan kelas agama (mingguan,
bulanan) di agensi tempat anda bekerja adalah amat membantu meningkatkan
pengetahuan fardhu am. 88. Kesesuaian penyampaian dan pelaksanaan
kelas-kelas agama dengan matlamat agensi anda bekerja. 89. Kelas agama
yang diadakan di tempat kerja anda memberii manfaat kepada peningkatan
nilai-nilai murni dalam diri. 90. Kelas agama tersebut membantu saya
meningkatkan kualiti tugas sebagai penjawat awam. 91. Saya berpuas hati
dengan pelaksanaan kelas agama di agensi saya bertugas. 92. Intipati
kelas agama anjuran agensi saya banyak yang tidak bersesuaian. 93. Pada
pendapat saya kelas agama di tempat kerja saya telah disalahgunakan oleh
pihak anti kerajaan sekarang.
|