Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Wacana untuk Melayu dan lain-lain bangsa di Malaysia (16 - Akhir)

Wacana Minda Siri 16 - AKHIR .

BBM@UMNO……..PERPADUAN MELAYU…….NEGARA YANG GAWAT….!!!!

Sandiwara BBM@UMNO …makin hari makin terselak ….. dan sehingga hari ini Mahathir@Mahafiraun masih terkedu akibat tekak tersekat dek buah silat pulut BBM@UMNO ……!!!!!! Apa yang tinggal kini dalam UMNO@BN adalah zombi-zombi tua yang meracau tak keharuan akibat angkara murka sang mahadewata Mahathir@Mahafiraun kerana BBM@UMNO tidak mengikut skrip asal yang diarahkanya……???? Perbuatan BBM@UMNO telah benar-benar menjadi perangkap buat Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya ……!!!! Sehingga hari ini isu SAHAM MAS yang akan dibayar kepada Tajuddin Ramli terus mejadi perbualan hangat dan kementerian kewangan masih gagal menyelesaikanya akibat tekanan BBM@UMNO yang membongkar tembelang busuk UMNO@BN dan juak-juaknya.

BBM@UMNO pulak yang kini menjadi salah satu gerakan PENDESAK kepada UMNO@BN …. Dan BBM@UMNO juga telah menjadikan UMNO@BN dalam keadaan amat terdesak serta sesak nafas ….. walaupun UMNO@BN telah tidak bernyawa lagi tapi jasadnya masih mampu bergerak bak mayat hidup …..!!!! dengan suntikan HIV oleh BBM@UMNO terhadap UMNO@BN pada 4/2/2001 yang lepas …… UMNO@BN akan menjadi penyebar kuman HIV dalam kompenan Barisan Nasional pula ….. dan dijangkakan Barisan Nasional juga bakal menjadi mayat hidup meracau tanpa tujuan.

Mengikut pengkaji politik Malaysia dan antarabangsa ….. kerajaan Barisan Nasional akan tumbang pada tahun 2001 ini … dan bunga-bunga kejatuhan kerajaan Barisan Nasional telah jelas kelihatan akibat perbuatan BBM@UMNO …. dan ditambah lagi oleh tekanan dari GERAKAN REFORMASI DAN BARISAN ALTERNATIF telah menjadikan Barisan Nasional bagai kera sumbang apabila berhadapan dengan rakyat marhaen. Kini 23 juta rakyat marhaen telah bijak membaca segala tindakan buruk Barisan Nasional yang bersuara satu dari mulut Mahathir@Mahafiraun .

Kalau asalnya isu PERPADUAN MELAYU di sensasikan oleh media kroni dan ahli politik BN … hari ini semua cerita sensasi sandiwara murahan Mahathir@Mahafiraun telah memerangkap diri sendiri ……tapi NEGARA MALAYSIA terus menjadi mangsa tekanan antarabangsa dari semua bidang …. ???? yang merana sakan kini adalah rakyat marhaen ……!!!! Namun begitu Mahathir@Mahafiraun masih lagi menjadi biawak hidup lidah bercabang tiga buat UMNO@BN serta Barisan Nasional …….!!!! Kadang-kadang termenung juga rakyat marhaen memikirkanya … bagaimana sebegitu ULTRAnya seorang Perdana Menteri yang dengan bongkaknya berkata " I DON'T CARE " ni mampu bertahan…walaupun segala keburukan dan kejahatanya telah didedahkan oleh Barisan Alternatif dan Barisan Nasional sendiri … dan telah berpuluh laporan polis mengenainya dibuat …. tapi Mahathir@Mahafiraun masih lagi bermaharajalela merompak dan menzalimi rakyat marhaen………?????

Satu jawapan perlu kita cari dalam penyelesaian ini … bagaimana kita nak menyahkan si ULTRA SANG MAHADEWATA MAHARAJA MAHATHIR@MAHAFIRAUN DARI SINGGAHSANANYA DI PUTRA JAYA …..??? Apakah dia ini .. mempunyai kekebalan dari segala sudut …….. adakah dia ini mempunyai keilmuan yang tertinggi…adakah dia ini memiliki KERIS TAMING SARI sehingga tubuhnya tak lut dek senjata……. Adakah dia ini mempunyai darjat seorang keramat yang bertopengkan syaitan ……. Adakah dia ini mempunyai kekuatan yang tiada tolok bandingnya di dunia ini …..???? satu jawapan yang sukar kita jawap melalui lisan atau pun tulisan … yang pastinya setiap yang kuat ada kelemahanya dan setiap yang hidup pasti mati …..!!!!!!

Apa yang kita semua fikirkan boleh menjadi berjuta kemungkinan … kerana sesuatu yang mustahil itu .. tidak akan menjadi mustahil kepada Allah swt …..dan Allah swt mempunyai tujuan dan pengajaran kepada umat Muhammad saw dalam kemelut di Malaysia ini … ia akan menjadi satu catitan sejarah dan cerita rakyat pada masa akan datang …..!!! sesungguhnya ada hikmah disebalik malapetaka yang menimpa rakyat marhaen di Malaysia ini …..!!! yang pentingya keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt akan memberikan jawapan kepada persoalan ini…. Insya Allah.

Kita tidak boleh sekadar berdoa dan berpeluk tubuh sehaja membiarkan si ULTRA MAHATHIR@MAHAFIRAUN ini mengkudakan rakyat marhaen …… usaha yang bersepadu dari seluruh rakyat marhaen akan membantu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional serta ketuanya ….. tanpa usaha yang bersepadu dan kesedaran rakyat marhaen ….. adalah mustahil bagi rakyat marhaen melakukanya. Jika telah lebih 27 bulan gerakan REFORMASI bertapak di Malaysia ini ….. adakah masih kabur dan kelam lagi minda rakyat marhaen membaca apakah tujuan dan dasar perjuangan REFORMASI .. . dan telah lebih 100 tahun Islam bertapak di Malaysia ….. masih kaburkah dan masih tidak tahukah orang Islam yang ISLAM itu adalah satu-satunya cara hidup yang terbaik di dunia ini……????

Dan bagi yang tidak beragama Islam ….. adakah agama anutan anda tidak mengajar mengenai kebaikan dan keburukan ….???? Dan adakah agama kamu mengajak kepada kemusnahan dan kehancuran kerana melayan nafsu-nafsi yang sentiasa menganas serta tidak pernah puas dengan kekayaan di dunia ini …..!!!!! sila amati dan muhasabah diri … kemana hala tujuan kita apabila kita beribadat kepada Tuhan pilihan masing-masing.

Sejarah telah membuktikan … seorang pemimpin yang zalim dan sentiasa mengikut hawa-nafsu pasti akan ditolak oleh rakyatnya …. Dan sindrom penolakan rakyat terhadap pemimpin yang zalim telah melanda Malaysia …. Tetapi tahapnya masih tidak ke maksima lagi ….. kerana rakyat marhaen masih lagi mampu di gula-gulakan dan di sorong dan di tarik mengikut acuan sang mahadewata Mahathir@Mahafiraun . Walaupun DSAI sanggup mengorbankan jiwa dan raganya untuk menyedarkan rakyat marhaen tentang kepincangan serta kejahatan regim zalim Mahathir@Mahafiraun …… tetapi masih ada lagi segelintir rakyat marhaen sanggup hidup dalam kepura-puraan kerana sesuap daging dan darah bangsanya yang di hidangkan oleh Mahathir@Mahafiraun ….. betapa hinanya insan yang bernama manusia yang sanggup menadah mulut macam seekor anjing memakan daging dan darah bangsanya sendiri……????

Apa yang kita cernakan dalam WACANA MINDA ini adalah habuan pemikiran manusia yang matang dan dewasa …. Jika kita masih melihat diri kita sendiri sebagai bayi atau kanak-kanak … maka sia-sialah masa yang diluangkan oleh penulis dan pembaca sekelian …..???? apakah selama ini kehidupan kita ini tanpa tujuan …. Sekadar makan dan minum untuk hidup .. tidak lebih daripada itu ……!!!!! Dan mencari wang ringgit untuk kepentingan peribadi .. tanpa memikirkan orang lain juga memerlukan wang ringgit untuk terus bertapak di atas muka bumi ini ……!!!! Adakah kita pernah terfikir . .. apakah selama ini kita telah memberikan sumbangan kepada pertumbuhan MASYARAKAT MADANI YANG BERPAKSIKAN AL-QURAN DALAM MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA YANG ADIL DAN SAKSAMA UNTUK RAKYAT DAN BANGSANYA……..????

Jika kita belum lagi bersama perjuangan ke arah Malaysia yang adil …. Ayuh wahai anak bangsaku …. masa tidak menunggu kita .. .masa akan berlalu mengikut putaranya ….. jadi jangan kita buang masa yang sedikit ini …. Teruskan perjuangan mempertahankan Malaysia dari golongan yang zalim dan rakus terhadap khazanahnya …… bangkitlah kalian dari lamunan mimpi palsu mainan Sang Mahadewata Mahathir@Mahafiraun ……..!!!! jika kita masih lagi bermimpi dengan lamunan palsu ini …… percayalah satu hari nanti anda akan menangis pilu kerana kebodohan akibat perbuatan diri sendiri yang hanya mementingkan keduniaan sehaja.

Makin hari makin sempit masa buat kita ….. kerana makin hari makin meningkat usia kita … maka makin hampirlah kita ke alam barzah …. dan alam barzah itu akan tetap tiba walaupun anda berada dimana jua …… percaya lah .. .tak perlu kita cari dan buru alam barzah ini … ia pasti tiba bila sampai waktunya ………..!!!!! tetapi sebelum tibanya waktu yang dijanjikan ini …….. kita wajib berjuang mempertahankan agama dan hak kita sebagai manusia yang bertamaddun…..jangan kita persia-siakan amanah ini.

Buat yang berkemampuan dari apa segi pun …. Korbankan kemampuan anda untuk menjadikan rakyat marhaen terbela dan bebas di tanah air sendiri ……. Bagi yang tidak berkemampuan …… mungkin sedekah tulang empat kerat anda boleh membantu perjuangan rakyat marhaen. Sesungguhnya perjuangan yang ikhlas yang timbul dari dalam hati yang bersih akan menerima ganjaran yang sempurna dari maha berkuasa … penguasa seluruh alam ini.

Semoga WACANA MINDA ini akan mampu memberikan sinaran kepada minda kita semua …. Yang sentiasa cuba dikaburkan dan dikelamkan oleh Sang Mahadewata Mahathir@Mahafiraun …….. supaya rakyat marhaen menjadi pak sanggup dan pak turut kepada segala titah perintahnya tanpa mengunakan akal fikiran yang waras lagi matang untuk membuat keputusan.

Setelah 16 siri WACANA MINDA ini digarap dan diserikan dengan senario politik semasa di Malaysia …. Penulis amat berharap seluruh pembaca akan mendapat manafaat dan ilmu dari hasil tulisan ini ….. minda yang ceria dan matang pasti akan memberikan sinaran baru buat rakyat marhaen dalam menjana MASYARAKAT MADANI YANG BERBANGSA MALAYSIA MENGIKUT HAK PERLEMBAGAAN YANG BERPAKSIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH .

Sesungguhnya yang betul itu datangnya dari Allah swt dan yang salah serta silap itu adalah kelemahan penulis sendiri.

Semoga kita bertemu dilain siri . Wassalam.

" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN "
8hb.Feb.2001
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com