Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Wacana untuk Melayu dan lain-lain bangsa di Malaysia (15)

WACANA MINDA - SIRI 15.

Sambungan dari siri 14:-

" UMNO YANG HILANG DI DUNIA, MAHATHIR@MAHAFIRAUN LARI TAK CUKUP TANAH ".

1. Kenyataan Tan Sri Awang had Salleh Yang Merasa Dirinya Tertipu oleh BBM.

KUALA LUMPUR, Selasa - Tokoh pendidik negara, Tan Sri Awang Had Salleh, berkata beliau 'keliru dan tertipu' apabila hadir berucap pada perhimpunan 'Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia' di sini Ahad lalu kerana majilis itu menyimpang daripada matlamat asal.

"Saya sudah rasa terkeliru dan tertipu apabila majlis itu disertai ucapan yang berapi, seolah-olah saya berada di tempat yang tidak betul, terasing dan tidak senada dengan yang lain.

"Saya terima jemputan atas nama perpaduan Melayu. Saya rasa landasan (ucapan berunsur politik) itu salah dan ia seharusnya diungkapkan pada perhimpunan parti politik.

Perhimpunan anjuran Badan Bertindak Melayu (BBM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa ahli Umno yang sebelum ini pernah memegang jawatan penting dalam parti, secara terbuka mengkritik kepemimpinan parti selain menyindir program penswastaan kerajaan.

"Kecuali Tun Ghafar dan saya, ucapan lain secara keseluruhannya... bukan semua, seolah-olah menjadikan perhimpunan itu untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Umno.

2. Kenyataan Ghazali Mohd Dom Dari UMNO-REFORM.

BADAN BERTINDAK MELAYU MULA BERSILAT?

Badan Bertindak Melayu memulakan langkah dalam menegur kerajaan secara terbuka sungguhpun tersedak. Di katakan terbuka kerana sudah mula memberanikan diri dalam mengkritik beberapa perkara khususnya berkenaan dengan korupsi, kronisma dan sikap. Mereka mahu kerajaan khususnya UMNO bersikap lebih terbuka dalam menerima kritikan dari Badan tersebut dan rakyat khususnya. Di katakan tersedak adalah kerana punca utama pergolakkan politik ini tidak mahu di sentuh langsung. Sungguhpun begitu kita harus membenarkan Badan ini membuktikan kesediaan mereka untuk sama-sama memperjuangkan bangsa Melayu itu sendiri.

Kami di UMNO-REFORM agak terkejut melihat perjalanan Badan Bertindak Melayu ini. Dengan suara yang agak tegas Datuk Mazlan Datuk Harun mengutarakan hujah-hujahnya mengenai betapa perlunya kerajaan khususnya UMNO ditegur demi memastikan UMNO itu sendiri bersih dari sebarang kepincangan. Kita harus benarkan mereka memulakan langkah dan sekiranya ianya menjerumus kearah yang positif maka wajarlah kita menyokongnya.

3. Kenyataan matumno@umno-reform.com.

IBRAHIM ALI SALAHKAN DR MAHATHIR , FADZIL NOOR DAN DATIN SERI WAN AZIZAH DALAM ISU PERPECAHAN MELAYU.

Satu jalan mudah. Semua dipersalahkan tanpa melihat sesuatu isu secara terperinci. Kenyataan Ibrahim Ali sesama berucap di Badan Bertindak Melayu harus mengambil kira pun terbelahnya melayu bukan mengkaji dari sudut "after even". Kita dalam UMNO perlu jujur dalam melihat pendapat yang dikemukakan oleh mana-mana pihak khususnya Badan Bertindak Melayu ini. Perlu juga di sebutkan secara terperinci terbelahnya Melayu dan dimana terbelahnya Melayu. Apa yang saya nampak Ibrahim Ali cuba mengambil jalan mudah dan meletakkan ketiga-tiga kepimpinan Melayu sebagai punca Melayu berpecah. Saya sebaliknya tidak akan menyorokkan kebenaran.

Senario Satu - Terkeluarnya PAS dari UMNO adalah kerana membawa perjuangan menuntut Islam, lebih dari yang ada.

Senario Dua - Tertubuhnya keadilan adalah kerana pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sungguhpun begitu PAS tidak begitu mencabar dalam isu perpecahan Melayu dalam UMNO tetapi dalam era pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim maka sokongan Melayu dalam UMNO menyurut. Saya sendiri sebagai ahli UMNO sanggup mengakui bahawa kehebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah punca sokongan Melayu berkurangan pada UMNO. Kenapa saya mengatakan "kehebatan" adalah kerana tidak satu pun pemimpin UMNO lain yang sanggup kedepan dan mencari jalan dalam usaha untuk menghalang perkara ini dari terus melarat. Ibrahim Ali sendiri bagi saya mendapat "benefit" dari isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita sendiri duduk menantikan kepimpinan kita melakukan sesuatu. UMNO perlu di persalahakan, baik saya selaku ahli kecil dan Ibrahim Ali selaku mereka yang pernah menjawat jawatan Menteri.

Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa selama ini budaya menyelamatkan kepimpinan UMNO merupakan pegangan kita.

Tidak keterlaluan saya mendokong kenyataan Datuk Aziz (Naib Presiden Pemuda UMNO Malaysia) bahawa UMNO perlu menukar wajah.

Dan tidak keterlaluan saya katakan BAHAWA MELAYU TIDAK BERPECAH SECARA TOTAL TETAPI HANYA TERBELAH BILA MEMBICARAKAN SOKONGAN TERHADAP UMNO.

SIAPAKAH YANG SANGGUP MENAFIKAN 3 KENYATAAN DIATAS ADALAH TIDAK BENAR DAN PALSU …….?????? DAN ADAKAH KENYATAAN DIATAS SATU LAGI SANDIWARA MUSIM BARU UMNO@BN ……!!!!!! He….he….he….!!!!.

Tiga kenyataan diatas … sudah cukup membuktikan UMNO@BN telah pupus secara ilmiahnya ….walaupun pada zahirnya kita boleh melihat Bangunan UMNO@BN dan Logonya….tapi dalam diri ahli UMNO@BN sendiri telah tiada roh UMNO@BN …. Maka yang ada kini bangkai bernyawa yang dok sebok mengusung biawak hidup lidah bercabang tiga.

Apa yang ada dalam UMNO@BN … hanya zombi-zombi yang berkeliaran yang tak bertuan .. dan akan mengigit sesiapa sehaja asalkan mereka boleh terus bernyawa .. walaupun kaum keluarga dan sahabat handai menjadi mangsa mereka….. kalau jenis zombi UMNO@BN (barua) ni … dah tak de ubat lagi …. Hukum bakar sampai jadi abu dan abunya dihantar terus ke lautan segi tiga bermuda…. Itulah tempat yang selayaknya buat zombi-zombi UMNO@BN .

Kalau Awang Had Salleh rasa tertipu oleh BBM ….. Ghazali Mohd Dom … sanggup panggil Dr.Mahathir , Fadil Nor .. tapi tiba kat Kak Wan .. bukan main penuh sebutanya Datin Seri Wan Azizah … kan Mahathir@Mahafiraun ada gelaran Datuk Serinya begitu juga Datuk Fadil Nor … ini telah menunjukan Ghazali sendiri mengakui dan menghormati Isteri Dato' Seri Anwar Ibrahim ini benar serta wajar diberi penghormatan…dan Dr.Mahathir itu adalah jalang yang sebenarnya……!!!!!

Kalau matumno@umno-reform.com sendiri sanggup mengakui kehebatan DSAI dan ia menjadi punca sokongan orang Melayu terhadap UMNO@BN telah hapus … ia adalah benar …. Kerana DSAI berjuang di atas landasan kebenaran … tiada seorang pun penjahat sanggup masuk penjara dan didera kerana nak mempertahankan kebenaran … dan ini lah kelebihan DSAI … biar jasad terpenjara … tetapi jiwa tetap merdeka diluar sana .. inilah bukti kata-kata DSAI …. Kini ada berjuta rakyat marhaen menyahut jiwa merdeka DSAI itu .. dan hasilnya kini .. hanya zombi-zombi yang tak bertuan tinggal dalam UMNO@BN …. Dan mazhab ikutan zombi-zombi ini adalah Mazhab Delima Melayu karya sang mahadewata Mahathir@Mahafiraun yang mengamalkan ajaran MAHATHIRISME DULU KINI DAN SELAMANYA.

Kalau dua tiga hari sebelum perhimpunan BBM ini … bukan main sombong-bagak Jawatankuasa mereka terutama si Brahim Katak … bahawa majlis ini bukan majlis politik dan ucapan pun tidak akan berbau politik … poooraahhh… kalau dah jenis katak lompat dan berasal dari maha shit …. Kan penulis dah kata … mustahil manusia jenis ni tak cakap soal politik bila mikrofon berada didepan mata .. pulak tu ada ratusan orang tepuk tangan beri semangat … tak ke lupa diri dibuatnya … kerana dah lama tak ceramah umum…… dan inilah peluang nak lepas gian …. Penulis tidak menuduh dalam siri ke 13… tetapi itulah faktanya .. orang politik tidak mampu apabila berhadapan dengan mikrofon dan orang ramai .. pasti terpacut bahasa politiknya….he..he… kerana mulut badan binasa….!!!!!.

Apa pun komen penulis dan orang ramai mengenai BBM dan sandiwara mereka…. Kita semua akhirnya sebagai pendokong gerakan REFORMASI DAN BARISAN ALTERNATIF telah menerima pengiktirafan dan penghormatan dari BBM … UMNO-REFORM….DAN AHLI UMNO (1946) .. bahawa perjuangan kita semua adalah benar dan telus …. Dan BBM, UMNO-REFORM DAN AHLI UMNO (1946) sendiri mengakui UMNO@BN (barua) itu telah menyimpang jauh dari dasat perjuangan orang Melayu Islam serta pemimpin UMNO@BN (barua) sendiri telah menjadi korup dan zalim keatas rakyat marhaen. Itulah rumusan terhadap perhimpunan BBM … tidak ada bahasa yang sesuai lagi untuk diperkatakan ….:-

" BAHAWA ISLAM ITU AD-DIN…. BAHAWA REFORMASI ITU TELUS …. BAHAWA BARISAN ALTERNATIF ITU BENAR … BAHAWASANYA UMNO@BN (barua) SERTA PEMIMPINYA PENGKHIANAT ISLAM DAN BANGSA MALAYU "

Inilah kata-kata yang paling sesuai buat BBM dan juak-juaknya .. dan UMNO@BN telah hilang di dunia yang tinggal hanya mayat hidup yang memikul biawak hidup lidah bercabang tiga.

Biar Muhyiddin Yassin memujuk diri sendiri … kata-kata BBM dalam perhimpunan itu adalah perbuatan " TERLANJUR " .. tapi bak kata pepatah terlanjur jalan boleh undur … tapi kalau terlanjur kata .. jawapnya binasa badan dibuatnya … kesian Muhyiddin yang cuba memujuk diri sendiri dan rakan-rakan dalam BBM … apa pun alasanya … yang pastinya SANG DEWATA MAHARAJA MAHATHIR@MAHAFIRAUN akan mengamuk sakan seantero dunia .. perlu di ingat si tua kutuk ni sekarang amat sensetif dan kuat merajuk .. sampaikan gambarnya dalam majalah asing pun jadi isu besar satu dunia….!!!! Tapi perlu di ingat kenyataan Mahathir@Mahafiraun sendiri depan wartawan asing … " I DON'T CARE " .. siapa yang cakap macam tu …bukankah kamu sendiri yang cakap wahai tua kutuk ….. hari ini semua orang akan cakap " I DON'T CARE " pada kamu wahai Mahathir@Mahafiraun … kata-kata sombong dan bongkak itu hari menimpa muka kamu sendiri pada muka kamu..he..he…!!!!!.

" WE DON'T CARE " Mahathir@Mahafiraun asalkan kamu dan juak-juak kamu jadi penghuni Penjara Sungai Buloh pada tahun 2001 ini . .tak de kompromi lagi .. ia pasti berlaku dalam tempoh terdekat ini … " WE DON'T CARE " … KAMI MAHU REFORMASI TOTAL KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL.

" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN "
7hb.Feb.2001-bersambung ke siri 16.
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com