NAMPAKNYA sekali lagi polis Kedah bertindak ganas tanpa perikemanusiaan kepada rakyat negeri Kedah yang mendokong perjuangan reformasi tajaan BA. Baru-baru ini pada 14 Februari lepas mereka telah bertindak ganas menyuraikan ceramah BA yang di adakan di Jitra.
Penceramah undangan majlis tersebut terdiri daripada YB. Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Saifudin Nasution Ismail, MPT KeADILan Pusat yang juga ADUN Lunas dan Ketua Pemuda KeADILan Pusat, Sdr Ezam Md. Noor.
Diberitakan polis kedah telah menyekat semua laluan menuju ke tempat ceramah. Namun berkat semangat perjuangan yang tinggi mereka tetap pergi ketempat ceramah untuk mendengar penjelasan yang pastinya tidak terdapat di dalam media arus perdana negara yang di kawal. Mereka yang mendengar ceramah pula terdiri daipada golongan tua, muda, lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang mengikut kluarga mereka.
Persoalannya mengapakan polis kedah begitu ganas menyimbah air asid dan gas pemedih mata kepada pendengar ceramah yang tidak bersalah dan berdosa. Mereka sekadar ingin mendengar cerita dan berita daripada pemimpin BA. Jika ceramah itu diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram, mengapa permohonan permit untuk mengadakan ceramah tidak diluluskan kepada pihak pengajur?
Biasanya pihak polis memberikan alas an keselamatan untuk tidak mengeluarkan permit? Kita ingin bertanya kepada pihak polis, adakah pendengar ceramah yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat ini mengancam keselamatan negara? Kalau mengancam, bagaimana ancaman yang boleh dilakukan oleh pendengar ceramah ini? Dan sekiranya penceramah BA melemparkan fitnah dengan fakta yang direka, saya rasa lebih molek pihak polis mendakwa di atas penyibaran berita palsu, fitnah dan sebagainya, kenapa harus disakiti pendengar ceramah yang terdiri daripada rakyat biasa.
Sedarlah, wahai saudara-saudaraku anggota polis jangan sekali-kali kamu menganiaya rakyat yang tidak berdosa. Ingat! Doa orang yang teraniaya tidak ada hijab dan mudah dikabulkan. Ya, Saudara semua menjalankan tugas, tapi jalankanlah tugas berdasarkan undang-undang yang diperuntukan dan dengan alas an yang logic dan diterima akal. Dan apabila menjalankan tugas jalankanlah dengan hikmah lagi bijaksana supaya masayarakat benar-benar menghormati saudara.
Wahai Saudaraku anggota polis, sesungguhnya alas an keselamatan yang diberi terhadap ceramah adalah tidak relevan kerana baik penceramah mahupun pendengarnya bukanya komunis. Lagipun kita terkenal sebagai sebuah negara demokrasi, jadi biarkanlah rakyat mendengar penjelasan pihak pemerintah dan pembangkang sebelum membuat keputusan untuk menyokong dan memilih mana-mana parti yang hendak di sokong. Demokrasi bukan hanya mengundi lima atau empat tahun sekali malah perhimpunan dan ceramah ini juga merupakan proses demokrasi.
Dan hari ini peristiwa yang berlaku di Jitra telah berpindah ke Kulim. Polis kedah telah bertindak ganas untuk menyuraikan orang ramai yang hadir dihadapan mahkamah untuk melihat dan mengetahui berita terkini mengenai pembicaraan yang melibatkan tokoh-tokoh BA. Adakah sebagai rakyat Malaysia kita tidak boleh hadir dimahkamah untuk mendengar pembicaraan atau keputusannya? Kalau perkara itu menjadi kesalahan mengapa pihak polis tidak meghalang orang daripada menghadiri pembicaraan yang diadakan pada setiap hari.
Saya berada ditempat kejadian, pada mulanya pihak polis telah mengarahkan para penyokong BA berada diseberang jalan berhadapan dengan mahkamah. Dan orang ramai boleh dilihat dimana saja disekeliling mahkamah. Mereka hanya menyanyi, mengangkat 'playkad' dengan pelbagai slogan sambil meluang reformasi. Mereka tidak menganggu sesiapa, mereka dengan gelagat mereka.
Seharusnya pihak polis harus membiarkan mereka dengan gelagat mereka asalkan mereka tidak menganggu orang lain dan lalulintas. Biarkanlah mereka luangkan reformasi hingga terkeluar tekak sekalipun tidak akan memeberikan sebarang kesan kepada sesiapa mahupun pemerintah. Kenapa pihak berkuasa takut sangat dengan perhimpnan dan laungan reformasi? Mereka menempatkan beratus anngota polis untuk mengawal sekitar mahkamah. Tidak cukup itu mereka menggunakan helicopter untuk mengawasi pendokong reformasi disekeliling mahkamah.
Lebih kurang jam 10 pagi dua buah trak watercanon FRU tiba. Melalui pembesar suara mereka memberikan amaran agar orang ramai bersurai. Selepas itu mereka terus mmancutkan air asid ke arah orang ramai. Kemudian disusuli pula dengan beberapa das tembakan gas pemedih mata. Tindakan pihak polis inilah sebenarnya menganggu ketenteraman awam kerana difahamkan tembakan gas pemedih mata menyebabkan perniagaan beberapa orang terjejas malah pejabat yang berhampiran seperti pejabat pos, JKR dan sekolah agama menerima kesannya.
Pihak polis terutama sekali FRU bekerja keras untuk menghalang orang ramai berkumpul untuk mendengar berita mutakhir daripada pemimpin BA. Wahai saudaraku anggota FRU saya cukup suka saudara semua bertindak ganas dan kejam begitu. Lagi ganas dan lagi kejab lagi baik kerana rakyat dibandar besar dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana kekejaman pihak polis bertindak. Kesannya kerajaan BN yang saudara dokong hari ini akan bertambah terhimpin dan dibenci orang. Dan tidak mustahil juga saudara semua juga akan dibenci orang. Ingatlah! Sautu hari nanti saudara semua akan pencen dan kembali kepangkuan masyarakat, dan pada ketika itu pasti tidak ada orang yang akan menghormati saudara.
Lebih kurang 10.15 pagi kelihatan Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Md. Noor keluar daripada mahkamah dan mendekati penyokongnya. Beliau meminta sesiapa yang dikasari oleh pihak polis untuk mengikutnya ke mahkamah untuk membuat laporan. Ketika Ezam dan sekumpulan penyokong reformasi berjalan ke arah mahkamah tiba-tiba sekali lagi FRU melepaskan pancutan air ke arah kumpulan itu. Dipercayai pihak polis telah menembak hampir 10 das gas pemedih mata ke arah penyokong reformasi.
Bukan itu saja malah mereka telah juga bertindak menyeret seorang perempuan dengan begitu kasar . Dipercayai beberapa orang penyokong reformasi telah tercedera. Lapan orang penyokong kuat BA telah ditahan. Menurut satu sumber beberapa orang penyokong BA telah membuat laporan polis terhadap kekasaran yang dibuat oleh pihak polis kepada mereka.
Menurut saya orang penyokong gerakan reformasi yang berada ditempat kejadian mengatakan tidak ada gunanya membuat laporan polis terhadap kekejaman pihak polis kerana mereka tidak akan bertindak. Saya katakan kepada mereka, tak mengapa, soal tindakan itu kerja mereka yang penting kita lapor salah laku mereka dan sekiranya kerajaan BN tumbang nanti orang-orang yang membuat laporan boleh membangkitkan kembali perkara ini dan ketika itu pihak yang terbabit akan dibawa ke muka pengadilan mengapa meraka tidak bertindak di atas laporan polis yang dibuat. Ketika itu giliran mereka pula. Jadi bagi merealisasikan hasrat ini penyokong dan pendokong reformasi mestilah bekerja keras untuk menarik sokongan. Kalau boleh buatkan target, pengaruhi sekurang-kurangnya seorang sebulan penyong BN atas mereka yang ada di atas pagar.
Dan pada malam sebelum kejadian itu pihak polis juga telah bertindak menghalang satu ceramah politik anjuran KeADILan di perkarangan pusat khidmat ADUN Lunas di kelang Lama. Ceramah itu pada asalnya dijadualkan diadakan di kampong Sera, Sungai Ular. Oleh kerana beberapa halangan disamping pihak polis tidak mengeluarkan permit disaat akhir maka pihak pengajur telah bertindak mengubah tempat di saat-saat akhir.
Walaupun tempat diubah, sekatan jalanraya dibuat oleh pihak polis namun orang ramai masih berminat untuk mendengar ceramah pemimpin BA. Mereka yang berjaya memasuki kawasan ceramah dianggarakan sekitar dua ribu orang malah beribu-ribu lagi peminat BA tidak dapat memasuki kawasan ceramah. Ketika ADUN Lunas, Saifudin Nasution Ismail menyampaikan ucapannya, tiba-tiba muncul Ketua Polis Daerah Kulim memberi amaran kepada orangramai untuk bersurai kerana ceramah itu tidak mendapat permit. Ramai orang merasa pelik, kenapa apabila sesautu ceramah itu tidak dikeluarkan permit yang mnejadi mangsanya orang ramai yang dating untuk mendengar yang tidak mengetahui samada ceramah itu mendapat permit atau tidak. Lagipun, mereka telah dating menghabiskan masa tenaga serta wang ringgit untuk mendengar ucapan pemimpin yang disukai lantaran itulah maka mereka berasa amat berat untuk meninggalkan tempat ceramah. Sepatutnya, pihak polis bertindak terhadap pengajur dan bukannya orang ramai seperti apa yang belaku di Jitra, kedah.
Persoalannya mengapa pihak polis tidak mengeluarkan permit. Sedangkan menurut Saifudin Nasution, pihak penganjur telah mnegemukakan dua permohonan. Permohonan pertama pada 21 Januari yang lalu dan disusuli dengan permohonan kedua pada 6 Februari lepas.
Saifudin memberitahu, permohonan pertama tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak polis dan memaksa beliau membuat permohonan kedua. Pihak polis telah mengambil masa yang terlalu lama untuk memberikan jawapan dan jawapan yang diberi pula begitu suntuk untuk dibatal kerana hebahan telah dibuat. Pihak polis telah memberikan alas an mengancam keselamatan negara untuk tidak mengeluarkan permit ceramah tersebut.
Sesungguhnya alas an yang diberikan oleh pihak polis langsung tidak relevan. Adakah orang tua, muda dan kanak-kanak ini membawa senjata? Adakah mereka terdiri daripada penganas. Mereka hanya ingin mendengar maklumat yang tidak pernah disiarka oleh media arus perdana. Lantaran itu rakyat diperingkat akar umbi yang dahagakan berita sebenar tanpa sebarang tapisan tidak dapat menerima alas an yang diberi.
Sementara ADUN Hulu Kelang, Azmin Ali yang diberi peluang untuk menyampaikan ucapan singkat menyelar Ketua Polis Kedah yang menjadi pencecai Dr. Mahathir dan menhalang orang ramai daripada mendengar penerangan daripada pemimpin BA. Azmin seterusnya memberi amaran kepada Ketua Polis Kedah, "Sekiranya kamu tunduk mengikut kehendak Dr. Mahathir, kamu akan berhadapan dengan rakyat negeri kedah. Kita bukannya bermusuh dengan polis tetapi kita menentang Dr. Mahathir."
Pihak penganjur juga memberikan peluang singkat kepada Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Md. Noor untuk berucap. Beliau juga menyelar tindakan polis kerana sanggup membelakangkan amanah rakyat dan menjadi alat Dr. Mahathir bagi menghadapi gelombang kebvangkitan rakyat.
"Pemimpin kerajaan dan UMNO takut, bacul untuk berhadapan dengan gelombang ini dan mereka mengantikan diri mereka dengan 'watercanon', FRU dan polis untuk berhadapan dengan rakyat." Kata Ezam.
Berdasrkan senario ini dirasakan negeri Kedah akan mengikut jejak langkah negeri Selangor yang bertindak tidak mengeluarkan permit untuk ceramah. Jika usaha ini berjaya dirasakan negeri-negeri lain juga akan mengikut jejak kedua negeri ini. Sekiranya tindakan ini benar-benar dibuat maka disyorkan kepada kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO supaya agar meminda perlembagaan negara yang mendakwa bahawa negara ini negara demokrasi sebaliknya mengistiharkan negara Malaysia ini sebagai sebuah negara komunis.
Percayalah Dr. Mahathir apa juga tindakan yang dibuat, yang pasti sokongan rakyat terhadap BN/UMNO semakin susut. Semakin keras tindakan dibuat semakin membina kemarahan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan UMNO. Lihatlah betapa kuatnya cengkaman Presiden Marcos di Filipina, pandanglah betapa hebatnya pengaruh Presiden Suharto di Indonesia dan perhatikan bertapa megahnya kerajaan Shah Iran di Iran namun kesedaran dan kebangkirtan rakyat akan menghancurkan segala kezaliman, keangkuhan dan kemegahan mereka. Tunggulah kini giliran rakyat Malaysia pula untuk menghancurkan kekuiasaan seorang PM paling lama berkuasa, paling zalim dan palin rakus yang pernah dilahirkan. Masanya sudah semakin hampir untuk gerakan reformasi mengambilalih teraju kekuasaan negara. Tunguuuuuuuuuu………!
OLEH :
JEBAT ALAF BARU
Bekas Ahli UMNO Yang Bercerai Talak Tiga.