Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ADAKAH MAHATHIR PEMIMPIN YANG DIIKTIRAF OLEH ISLAM ???

Oleh : Al-Farouk™

Sabda Rasulullah S.A.W. :"Setiap daripada kamu adalah pemimpin.Dan setiap daripada pemimpin akan dipertanggunjawabkan tentang kepimpinannya." (Aukamaqal)

Berdasarkan sabda Rasul di atas maka jelaslah kepada kita bahawa kepemimpinan merupakan satu tugas semua dan bukannya tugas seorang individu yang merasakan dirinya sahaja yang mempunyai kehebatan memimpin. Sebagai seorang pemimpin yang diiktiraf oleh Islam mestilah mereka yang mempunyai ciri-ciri yang telah digariskan dengan jelas sama ada dalam al-Quran atau hadith baginda Rasulullah. Di antara ciri-ciri seorang pemimpin yang diiktiraf oleh Islam ialah :

* BERILMU

Ilmu merupakan satu aset yang penting dalam menentukan kewibawaan dalam diri sesorang yang bergelar pemimpin. Ilmu yang ada seharusnya bersumberkan al-quran dan as-sunnah serta qias dan ijma' ulama yang mursyid dan bukannya ulama' palsu yang masih pentingkan keduniaan dan mengenepikan akhirat. Ini tidaklah bermakna kita harus menolak ilmu-ilmu lain, tetapi ilmu-ilmu lain itu seharusnya selaras dengan ajaran Islam itu sendiri. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud : "Sesiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah berilmu. Dan sesiapa yang berkehendakkan akhirat hendaklah berilmu. Dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya (dunia dan akhirat) hendaklah berilmu." (Aukamaqal)

Persoalannya : Adakah Mahathir menepati ciri ini ???

* BERIMAN

Setelah kita mempunyai ilmu yang dilandaskan dengan sumber yang syar'i tadi, kita seharusnya mengimani ilmu yang kita peroleh dengan sebenarnya. Maksud mengimani ilmu di sini ialah menggunakan ilmu yang datangnya dari Allah dan Rasul mestilah digunakan untuk menjalani kehidupan seharian. Ini jelas kita lihat dalam kalimah syahadah yang terbentuk daripada 24 huruf yang tanpa titik satupun. Ini merupakan isyarat kepada kita yang mengaku Islam untuk melaksanakan setiap perkara sebagai ibadah kepada-Nya tanpa sebarang noda dan maksiat sepanjang masa 24 jam.Ini berlandaskan firman-Nya yang mafhumnya : "Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan (dalam semua perkara)." (Surah Al-Baqarah : 208)

Persoalan : Adakah Mahathir menepati ciri ini ???

* BERAMAL

Mengamal serta mengaplikasikan ilmu dan iman merupakan satu kemanisan yang timbul daripada penghayatan yang mardhatillah. Ilmu dan Iman yang tanpa pengamalan akan dikutuk oleh Allah S.W.T. Ini berlandaskan firmannya yang mafhumnya :" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah kepada mereka yang mengatakan apa yang tidak mereka perbuat." (Surah As-Saff : 2-3)

Persoalan : Adakah Mahathir menepati ciri ini ???

* BERSANGKA BAIK

Sebagai seorang pemimpin yang kamil (sempurna dengan ciri-ciri keIslamannya) semestinya tidak mempunyai sifat prejudis (zann)terhadap orang lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. yang mafhumnya :"Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhilah rasa prasangka (prejudis), kerana sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa! Dan janganlah mencari-cari keburukan (keaiban) orang lain dan janganlah kamu memfitnah sesama sendiri. Adakah kamu sanggup untuk memakan daging saudara kamu yang sudah mati ? Kamu tentu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah itu Penerima Taubat dan Penyayang."(Surah Al-Hujurat: 12)

Persoalan : Adakah Mahathir menepati ciri ini ???

* ZUHUD

Zuhud (zahid) atau tidak terlalu mementingkan hal keduniaan tetapi hidup dengan penuh kesyukuran tanpa menjalankan hal-hal yang boleh menjatuhkan syahadah serta syirik kepada Allah. Dalam kehidupan seorang pemimpin yang zuhud ini, tatacara kehidupannya tidak terlalu berlebih-lebihan sehingga berlakunya pembaziran. Ini berdasrkan firman Allah yang mafhumnya : "Dan janganlah kamu melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara (kroni) kepada Syaitan."(Surah Al-Isra' : 26-27)

Persoalan : Adakah Mahathir menepati ciri ini ???

* BERSIFAT MAHMUDAH

Seseorang yang menjadi pemimpin kepada golongan muslimin semestinya mempunyai sifat-sifat mahmudah (positif/baik/mulia) agar dirinya mampu menarik dan mempengaruhi mereka yang dipimpin agar dapat bersama-sama menggemblengkan tenaga untuk kesejahteraan sarwa jagat. Sifat-sifat mahmudah yang dimaksudkan ialah seperti jujur, amanah, bertimbang rasa, menjaga kepentingan bersama, hormat menghormati, sabar, ikhlas, bersedia menerima idea yang baik, tidak mementingkan famili, dan 1001 macam sifat mahmudah yang lain.Sifat-sifat mahmudah yang terpuji banya terdapat pada junjungan besar Nabi Muhammad Rasulillah. Ini termaktub dalam al-Quran yang bermaksud : "Demi sesungguhnya ! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah (Muhammad S.A.W.)itu contoh ikutan yang baik."(Surah Al-Ahzab : 21)

Persoalan : Adakah Mahathir menepati ciri ini ???

* MENGAGIHKAN HAK

Sebagai seorang pemimpin yang diiktiraf Islam semestinya mempunyai hak sendiri dan perlu juga mengagihkan hak kepada kepada empunya yang tertentu terhadap hak yang tertentu. Sebagai seorang pemimpin kita berhak memimpin orang yang dipimpin dan orang yang dipimpin pun mestilah diberikan hak bersuara untuk menegur tentang kepimpinan pemimpinnya. Ini berdasarkan sabda baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Sesungguhnya terhadap Tuhan engkau satu hak, dan terhadap diri engkau sendiri satu hak, dan terhadap ahli-ahli (mereka yang dipimpin) engkau satu hak. Maka berikanlah hak-hak itu kepada empunyanya." (Aukamaqal)

Persoalan : Adakah Mahathir menepati ciri ini ???

Ini merupakan sebahagian daripada ciri-ciri yang mesti ada pada seorang pemimpin yang mengaku dirinya pemimpin Islam. Pengiktirafan Allah S.W.T. dan alam semesta terhadap kepimpinan junjungan besar Nabi Muhammad tidak dapat dipertikaikan. Sekiranya kita ingin membicarakan tentang kepimpinan orang lain, kita mestilah melihat dahulu kepada ciri yang ada pada diri kita sendiri dahulu.

Persoalan : Pada pandangan ANDA...

ADAKAH MAHATHIR YANG SERING MEMPERKATA TENTANG KEPIMPINAN ORANG LAIN MEMPUNYAI CIRI-CIRI YANG SEMEMANGNYA TELAH SEMPURNA PADA PANDANGAN ISLAM ???

Wallahu a'lam

©SIMPATI MAHATHIR EMPATI ANWAR™

............................................................................
Petikan Wahana Reformasi


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 26 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com