Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


20 PERTANYAAN BILAKAH ???

Oleh : Al-Farouk™

1.BILAKAH 'peperangan Mahathir Anwar akan berakhir ???

Peperangan yang hebat ini akan berakhir sekiranya tiada sifat tamak haloba dan dengki khianat yang tersumbat dalam diri Mahathir dan kroni-kroninya.

2.BILAKAH konco-konco Mahathir akan insaf dan bertaubat ???

Keinsafan mereka hanya akan berlaku sekiranya dosa dan azab Allah Yang Maha Hebat itu dapat dilihat dengan mata kasar terhadap mereka yang berbuat dosa dan aniaya kepada orang lain.

3.BILAKAH perpaduan di kalangan orang-orang Melayu Islam akan terpahat ???

Perpaduan dikalangan orang Melayu akan terpahat kukuh sekiranya pemerintah terdiri daripada orang yang tulen Melayu dan bukannya keturunan Mamak yang kaki belit.

4.BILAKAH mereka yang mengaku dirinya ulama' berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenarnya ???

Ulama' palsu ini akan berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenarnya sekiranya Allah menimpakan ke atas mereka nasib yang sama atau yang lebih dahsyat daripada mereka yang menerima implikasi fatwa-fatwa karut mereka.

5.BILAKAH Sistem Kehakiman dan Perundangan Negara berdiri pada paksi neutral atau berkecuali ???

Sistem Kehakiman dan Perundangan negara akan berkecuali sekiranya anjing-anjing Mahathir yang duduk di kerusi tersebut disingkirkan.

6.BILAKAH polis dapat menjadi pendokong ketenteraman dan keselamatan awam ???

Ketenteraman dan keselamatan awam dapat dijaga sekiranya Ketua Polis Negara yang bersifat seperti binatang itu ditukar dengan mereka yang betul-betul berperikemanusiaan bertempat.

7.BILAKAH kroni-kroni Mahathir dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan ???

Mereka yang memerlukan bantuan akan dibantu sekiranya terdapat rasa insani dalam diri yang terbit daripada hidayah Allah yang sebenarnya dan bukannya ada nafsu di sebalik bantuan.

8.BILAKAH Islam menjadi agama yang bakal mengisi Sistem Pemerintahan Negara ???

Islam akan menjadi sumber perundangan negara sekiranya Mahathir (Firaun Moden) dan spesies-spesiesnya hancur ditelan bumi (itupun kalau bumi ini sudi).

9.BILAKAH Ummi Hafilda, Azizan Abu Bakar dan lain-lain berhenti daripada menaburkan fitnah ???

Fitnah akan terhenti sekiranya mereka sendiri akan termakan dan dimakan oleh fitnah mereka sendiri.

10.BILAKAH saksi-saksi pendakwa akan menyedari tentang bahaya fitnah yang lebih teruk dan dahsyat daripada membunuh ???

Kesedaran mereka akan timbul sekiranya mata mereka tidak lagi dikaburi oleh unjukan material daripada penjaga perbendaharaan Mahathir (Daim dan Eric Chia)serta tikaman hidayah kesedaran daripada Allah.

11.BILAKAH krisis ekonomi negara akan pulih sepenuhnya ???

Krisis ekonomi negara akan pulih sekiranya Mahathir dan kroni-kroninya yang berharta dan mewah tidak lagi menyamun dan merompak wang rakyat serta bersedia mengeluarkan zakat (itupun kalau harta daripada sumber yang HALAL).

12.BILAKAH corak kepemimpinan negara akan berubah kepada satu sistem yang piawai ???

Sistem pemerintahan yang 'standard' akan wujud sekiranya pemimpin yang dilantik terdiri daripada mereka yang benar-benar berjuang untuk rakyat dan bukannya benar-benar mencuri wang dari rakyat serta bukan mereka yang lidahnya bercabang.

13.BILAKAH jawatan-jawatan yang ada pada Mahathir diturunkan kepada orang lain ???

Jawatan-jawatan akan diturunkan sekiranya si-laknat ini telah puas (tak akan puas sehingga mampus) mengambil dan menggunakan kuasa untuk kesejahteraan di dunia dan kecelakaan di akhirat.

14.BILAKAH keadilan perbicaraan terhadap Dato' Seri Anwar dapat dilaksanakan ???

Keadilan perbicaraan dapat dilaksanakan sekiranya sistem kahakiman berlandaskan Islam dilaksanakan.

15.BILAKAH barisan kabinet mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Mahathir ???

Barisan kabinet akan mengusulkan undi tidak percaya sekiranya Mahathir menarik balik kepentingan dan 'kesejahteraan' mereka daripada mengaut keuntungan dan harta yang bakal dibawa ke kubur nanti.

16.BILAKAH keizinan kebebasan bersuara rakyat untuk meminta keadilan diberikan ???

Keizinan kebebasan bersuara rakyat untuk meminta keadilan diberikan sekiranya Mahathir terlepas daripada konspirasi politik dan telah berjaya dalam wawasan dan misinya untuk menjadikan kerabat dan kroni-kroninya seperti Hamman dan Firaun.

17.BILAKAH nasib dan masa depan anak-anak Dato' Seri Anwar dikembalikan ???

Nasib dan masa depan anak-anak Dato Seri Anwar dikembalikan sekiranya Mahathir berjaya menyingkir dan membunuh terus karier Dato' Seri Anwar daripada arena politik negara.

18.BILAKAH parti PAS akan memerintah negara ???

Parti PAS akan memerintah negara sekiranya kita bersatu menumbangkan Barisan Nasional dan spesies-spesiesnya dalam pilihanraya yang mendatang.

19.BILAKAH Yang DiPertuan Agong akan melucutkan jawatan Mahathir ???

Jawatan Mahathir dapat dilucutkan sekiranya Yang DiPertuan Agong tahu peranan dan kuasa yang ada padanya di samping berasa empati dengan kesengsaraan rakyat di bawah kepemimpinan Mahathir dan konco-konconya.

DAN PERSOALAN YANG PALING UTAMA IALAH...

20.BILAKAH MAHATHIR AKAN BERUNDUR DARIPADA MEMIMPIN NEGARA ??????!!!!!!

Mahathir akan berundur sekiranya :

* Rakyat bersatu menumbangkannya dalam pilihanraya;

* Barisan kabinet mengusulkan undi tidak percaya;

* Para perwakilan UMNO menolaknya sebagai Presiden parti;

* Semua rakyat memboikot kerabat dan kroni-kroninya;

* Saksi-saksi pendakwa menukarkan kenyataan mereka dan mendedahkan tentang konspirasi politk Mahathir;

* Yang DiPertuan Agong menggunakan bidang kuasanya untuk memecat Mahathir; dan,

* terdapat 1001 macam cara untuk mengundurkannya daripada kepemimpinan negara.

UNDUR!! MAHATHIR!!! UNDUR !!!

©SIMPATI MAHATHIR EMPATI ANWAR™

................................................
Petikan Wahana Reformasi


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 12 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com