Assalamualaikum wrt. dan salam sejahtera
Sidang pembaca yang waras.
Dalam tulisan saya kali ini, saya akan memfokuskan perbincangan saya kepada dasar-dasar yang diilhamkan oleh Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad (DSMM)terutama Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan Malaysia. Selain itu, saya akan menyentuh slogan Bersih, Cekap, dan Amanah yang sekian lama meniti di bibir rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat. Slogan ini begitu sinonim dengan DSMM dan juga menggambarkan harapan dan cita-cita tinggi DSMM untuk melihat rakyat Malaysia (terutama Perkhidmatan Awam) menjadikannya amalam dan pegangan dalam kehidupan harian. Tentu tidak banyak antara kita yang memikirkan apakah yang sebenarnya tersirat di sebalik slogan tersebut. Saya ingin mengajak sidang pembaca menyelami rahsia sebenarnya slogan tersebut (apa yang sebenarnya tersirat) di sebalik slogan yang indah itu. Bagi saya, tafsiran lain yang saya berikan kepada slogan BCA itu berdasarkan keadaan semasa yang berlaku di negara kita.
1. BERSIH
Berdasarkan kemelut yang melanda negara kita pada hari ini, khususnya yang menyangkut kepimpinan dan kepemimpinan negara, BERSIH di sini dapat dilihat dari sudut berikut:
1.1 BERSIHkan orang-orang yang mulia akhlaknya daripada kerajaan supaya DSMM dan konco-konconya dapat bermaharajalela dan terus-terusan menipu dan membohongi rakyat dengan sifat MUNAFIK (kepura-puraan) mereka. Ini sangat jelas dalam kes pemecatan Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) dan rakan-rakan rapatnya yang benar-benar berjuang untuk memerangi ketidakadilan dan pengkhianatan DSMM dan konco-konconya. Dengan penyingkiran mereka daripada kepimpinan negara, maka semakin bermaharajalela DSMM dan juak-juaknya.
1.2 BERSIHkan alim ulama daripada meperkatakan yang hak dan benar kerana mereka ini menghantui mimpi indah DSMM dan konco-konconya. PemBERSIHan ini ketara dengan pemecatan alim ulama seperti Datuk Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor), penentangan terbuka DSMM terhadap alim ulama (dalam satu Perhimpunan Agung UMNO dua tahun lalu, DSMM pernah mengakui dan melabelkan dirinya sebagai ulama kerana beliau pakar dalam bidang perubatan - tafsiran tentang ulama yang sesat dan menyesatkan). Tindak tanduk dan gerak laku DSMM jelas menunjukkan beliau membenci ulama dan cuba mengikis pengaruh mereka di kalangan umat Islam yang sudah menampakkan tanda-tanda yang positif untuk menghayati dan mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka.
1.3 BERSIHkan hakim-hakim yang adil dan saksama kerana mereka ini menjadi ancaman kepada DSMM dan konco-konconya. DSMM meletakkan hakim yang diragui dari segi akauntabiliti dan kredibiliti mereka dalam memutuskan satu-satu perkara terutama yang tidak memihak kepada DSMM dan konco-konconya. Ini jelas dengan kes pemecatan Tun Salleh Abas dan pemindahan/pengguguran hakim yang tidak memihak kepada DSMM. Pelantikan Tun Eusuf Chin dan Datuk Mohtar Abdullah jelas membuktikan perkara ini (Kreadibiliti dan akauntabiliti mereka ini jelas diragui rakyat Malaysia yang berakal dan nampak tipu muslihat DSMM).
1.4 SapuBERSIHkan kekayaan negara untuk kepentingan DSMM dan kroninya (terutamanya anak-anak beliau). Adapun pembangunan yang disajikan kepada rakyat semata-mata untuk mengabuli mata mereka dan menunjukkan bahawa DSMM komited/iltizam untuk membangunkan negara. Sebaliknya, projek mega yang dilaksanakan lebih menguntungkan DSMM dan juak-juaknya dan rakyat kebanyakan sekadar melihat pembangunan tersebut sedangkan nasib mereka terus tidak terbela. Jelas, DSMM tidak melihat keutamaan dalam pembangunan negara. Sebabnya mudah sahaja, BERSIHkan dan BOLOTkan kekayaan negara untuk mengayakan DSMM dan konco-konconya. tiada suatu pun projek mega tersebut dinikmati rakyat bawahan/miskin kerana tidak mungkin mereka dapat terlibat sama dalam projek tersebut. Pemberian tender secara tertutup jelas sebagai bukti supaya projek mega tersebut tidak terjatuh ke tangan orang lain yang bukan daripada suku sakat dan konco-konco DSMM.
1.5 BERSIHkan anggota keselamatan negara (polis dan tentera) daripada mereka yang kuat imannya dan tidak mudah tergelap mata mereka dengan kekayaan yang disogokkan. Tentu kita tidak lupa pelantikan Jeneral (B) Datuk Hashim Md. Ali (abang ipar DSMM) mengepalai Angkatan Tentera Malaysia suatu ketika dahulu. Pada masa itu, DSMM sedang berdepan dengan krisis raja-raja (krisis perlembagaan) yang membunuh mati kekuasaan raja-raja Melayu yang menjadi keagungan orang Melayu. Begitu juga pelantikan Tan Sri Rahim Noor (KPN yang keparat itu) mengetahui Jabatan PDRM.
1.6 BERSIHkan kepercayaan dan ketaatan rakyat kepada pemimpin negara yang yang berwibawa dan berkarisma dengan menonjolkan/memfitnahkan mereka dengan fitnah/tohmahan yang begitu mengaibkan mereka. Sesiapa yang memberi sokongan (tertutup/terbuka) kepada mereka, maka mereka ditakut-takutkan dan diugut-ugut dengan apa cara sekalipun. DSMM dan konco-konconya dengan apa cara sekalipun (matlamat menghalalkan cara) supaya rakyat dapat diyakinkan dengan tuduhan/lemparan fitnah mereka yang melampau dan bertentangan dengan budaya, adat resam, dan lebih-lebih lagi hukum-hakam Islam. Kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana rakyat yang siuman dan waras tidak begitu mudah terpengaruh dengan taktik kotor dan jijik DSMM dan konco-konconya.
2. CEKAP
2.1 DSMM dan konco-konconya CEKAP memainkan peranan masing-masing untuk mengelirukan rakyat terutama melalui projek pembangunan yang hebat-hebat dan ucapan yang berapi-api sedangkan laba dan untungnya menggayutkan kantung DSMM dan konco-konconya.
2.2 Konco-konco DSMM atas perancangan licik dan licin DSMM CEKAP berseniwara sehingga rakyat percaya dengan tipu daya mereka sedangkan semuanya itu dilakukan bagi kepentingan diri mereka sendiri.
2.3 Dinasti DSMM CEKAP mengaut kekayaan yang melimpah ruah dengan meninggalkan sisanya untuk rakyat kebanyakan. Negara sudah merdeka sekian lama tetapi rakyat masih terpinggir daripada menikmati kekayaan negara secara sama rata dan adil saksama. Buktinya, projek bermilion dan berbilion ringgit yang disapu oleh DSMM dan konco-konconya. Tentu sidang pembaca ingin tahu bahawa DSMM sentiasa mendapat 15% daripada apa-apa sahaja projek mega yang dilaksanakan untuk dirinya dan suku sakatnya.
2.4 DSMM CEKAP memecat DSAI daripada semua jawatan dalam kerajaan dan parti (UMNO) supaya rahsia dan niat busuk/jahatnya tidak terbongkar dan kedudukannya tidak terancam.
2.5 DSMM CEKAP membina empayar/dinastinya supaya tidak diganggu gugat oleh mereka yang dianggap musuh dan pengacau dengan menggunakan (menyalahgunakan kuasanya dalam kerajaan dan parti) bagi menganiaya insan lain yang tidak berdosa.
2.6 DSMM CEKAP melindungi kepentingan dirinya dan konco-konconya darpada terhidu oleh rakyat kebanyakan dengan menjadikan DSAI sebagai kambing hitam. Sudah tentu DSAI mengetahui begitu banyak rahsia yang sulit-sulit tentang DSMM dan konco-konconya setelah bersama selama 16 tahun. Tidak mungkin selama 16 tahun DSAI bersama DSMM, beliau tidak tahu kepetualangan dan kebejitan DSMM. Sudah tentu jika DSAI tidak dihapuskan serta-merta daripada kerajaan dan parti, lebih-lebih lagi jika DSAI menjadi PM, segala rahsia/tembelang DSMM dan konco-konconya akan pecah dan ditelanjangkan kepada rakyat.
2.7 DSMM CEKAP menggunakan PDRM dan ISA untuk menundukkan sesiapa sahaja yang dianggap/dikira sebagai musuhnya. Ini terbukti dengan tindakan yang diambil pihak polis (berketuakan Tan Sri Rahim Noor) terhadap rakyat yang terang-terangan/sembunyi-sembunyi menyokong DSAI.
2.8 DSMM CEKAP menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO, dan Menteri Dalam Negeri untuk menghapuskan musuhnya. DSMM mempergunakan sebaik-baiknya dan seoptimumnya kuasa yang ada padanya untuk membunuh orang lain.
2.9 DSMM CEKAP menggunakan anggota MT UMNO dan sesiapa yang bersekongkol dengannya (berkepentingan) untuk menyebarkan dakyah dan fitnahnya supaya disampaikan kepada rakyat.
2.10 DSMM CEKAP mempergunakan media-media massa untuk kepentingan politik dan memeliharakan kedudukannya supaya tidak tergugat.
2.11 DSMM CEKAP mepergunakan ulama upahan dalam UMNO (terutama Dr. Abdul Hamid Othman) untuk mempertahankan tindakannya menurut perspektif Islam kononnya.
2.12 DSMM CEKAP mempergunakan musuh-musuh politiknya pada masa lalu (seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Ibrahim Ali, Rais Yatim dll.), ahli politik buangan (seperti Ghaffar Baba, Rahim Tamby Chik, Muhammad Muhammad Taib dll.), tali barutnya (seperti Taib Mahmud, Sanusi Junid, Rafidah Aziz, Zaharah Sulaiman, Sulaiman Muhammad dll.), baruanya (seperti Daim Zainuddin, Sabaruddin Chik, Megat Junid Megat Ayob, Hamid Albar, Muhamad Rahmat, Abdullah Ahmad Badwi, Isa Samad, Najib Razak dll.), kakitangan awam/bekas kakitangan awam (seperti Rahim Noor, Hanif Omar, Md. Said Awang, dll.), dan kuda-kuda tunggangannya (seperti Mohtar Abdullah, Eusuf Chin, Augustine Paul, Wahab Patail, Gani Patail dll.) untuk sama-sama bersubahat menganiaya orang lain untuk terus menegakkan benang basah dan sifat kebinatangan DSMM.
3. AMANAH
3.1. DSMM AMANAH menjaga kepentingan kroni-kroni, suku sakat, juak-juak, barua-barua, kuda-kuda tunggangannya, dan yang bersekongkol dengannya supaya mereka terselamat.
3.2 DSMM bijak menjaga mereka dalam 3.1 dan 2.12 di atas untuk menjaga AMANAH sebagai pengkhianat dan pendusta agar tidak terbocor kepetualangan dan pengkhianatannya.
3.3 DSMM cuba sedaya upaya menjaga AMANAHnya dalam kerajaan dan parti untuk menganiaya dan mengkhianati insan lain yang belum tentu dosa dan kesalahan terutama DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dan sahabat-sahabatnya.
AMANAH yang diAMANAHkan kepada DSMM tidak dijaga AMANAH itu kerana DSMM memang TIDAK AMANAH dan dia mengkhianati AMANAH itu untuk menghancurkan AMANAH yang diAMANAHkan kepada insan yang AMANAH seperti DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dan sahabat-sahabatnya yang benar-benar berniat ikhlas untuk memelihara dan mendaulatkan AMANAH rakyat yang cinta akan INSAN YANG AMANAH.
................................................................
Petikan WAHANA Reformasi