Assalammualaikum buat semua pembaca / penyokong DSAI. Saya ingin
berkongsi artikel ini dengan saudara semua. Moga ada manfaatnya,
insyaallah.
HUDUD BOLEH UBATI AIDS
Terjemahan petikan firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 2:
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu
sebat, masing-masing 100 kali sebat dan janganlah kamu merasa kasihan
belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu
beriman dengan Allah dan hari kemudian".
Apabila Allah menjadikan manusia, Allah juga menjadikan bersama
kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia
daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat
daripada perbuatan manusia itu sendiri. Terdapat 17 jenis kesalahan
yang dihukum dengan hukum hudud antaranya adalah hukum bagi mereka
yang melakukan perzinaan. Apabila sabit kesalahan, terdapat 2 jenis
hukuman bagi 2 kategori manusia yang melakukan kesalahan itu:
i. Sebat 100 kali untuk pesalah yang belum berkahwin.
ii. Rejam sampai mati untuk pesalah yang sudah berkahwin.
HIKMAH DI SEBALIK PELAKSANAAN HUDUD INI:
Di dalam badan manusia, terdapat satu system pertahanan badan yang
dipanggil sistem Imuniti. Sel yang paling berperanan dalam
menghasilkan system pertahanan badan ialah sel darah putih. Sama ada
B Limfosit yang berkaitan dengan Imuniti Humoral atau T Limfosit yang
berperanan menghasilkan Imuniti pembaikan sel (Cell-Mediated Immune
System). Apabila virus AIDS menyerang manusia, sistem pertahanan
badan T4 Limfosit akan dimusnahkan dengan cara virus itu melekatkan
dirinya di permukaan T4 Limfosit bagi menggagalkan fungsi T4 Limfosit
sehingga manusia mengalami kelumpuhan sistem pertahanan badan AIDS
(Acquired Immunologic Deficiency Syndrome).
Bagi pesalah yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibodi T4
Limfosit yang kuat dan masih bertenaga.
Jika sekiranya seseorang pesalah itu dihinggapi HIV selepas
perzinaannya, T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV AIDS yang akan
menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati
sel-sel sum-sum tulangnya tidak lagi dapat menghasilkan sel-sel T4
yang baru dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-
sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia. Badan
akan lemah dan AIDS akan menyerang. Pesakit jenis ini mempunyai
kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat: Ia mesti
disebat dan badannya mesti mengalami kerosakan sel yang banyak bagi
merangsang penghasilan sel-sel T4 yang baru serta menggalakkan sum-
sum tulang mengeluarkan antibodi yang baru. Cara yang nterbaik ialah
dengan cara menyebat di bahagian belakang tulang belakang manusia di
kawasan antara bawah tengkuk dan di atas pinggang dengan sebatan
yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan
pesakit tersebut boleh sembuh dari AIDS selepas antibodi sel-sel T4
Limfosit menjadi 2 kali ganda jumlahnya daripada jumlah virus AIDS di
dalam tubuh badan manusia dan ia menjadi lebih dominan daripada virus
AIDS sehingga ia dapat memusnahkan virus AIDS dan manusia terselamat
daripada penyakit AIDS. Jika sekiranya pesalah tersebut adalah
mereka yang telah berkahwin, apabila dihinggapi virus AIDS sel-sel T4
mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang
belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang
yang kurang menghasilkan antibodi kerana fungsinya lebih banyak
ditumpukan ke arah menghasilkan benih-benih bagi tujuan mengahasilkan
sperma-sperma baru. Pesalah jenis ini tidak akan dapat diselamatkan
daripada virus AIDS dan rejam hingga mati merupakan jalan
penyelesaian yang terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit di
samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk
melakukan kesalahan yang sama.
Maha suci Allah yang telah menciptakan kita. Dia yang menciptakan
kita, Dia paling tahu segala-galanya tentang kita, makhluk-Nya yang
lemah. Wallahhualam
Wassalam.
Rujukan: Al-Quran dan Sains, siri pertama. M/S: 33-37
Pengarang: Dr. Jamnul Azhar bin Mulkan.