Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO akan Menggadaikan NEGARA (Pembinaan Terowong JB)

Saudaraku di Johor,

Pada hari ini kita ada membaca di Utusan Menipu bahawa Dollah Badui dgn Goh Chok Tong ada mencapai persefahaman tentang pengujudan terowong bawah tanah untuk MRT di antara stesyen keretapi di Kranji dan Johor Bahru. Dari segi pengangkutan ianya memang excellent kerana boleh mencepatkan perjalanan dan mengurangkan kesibukan.

Namun begitu kita perlu berwaspada dengan niat disebaliknya. Dari segi keselamatan tentera Republik Singapura hanya memerlukan masa 30 minit untuk sampai ke Johor Bahru tanpa dikesan. Apabila telah dikesan saya rasa hampir separuh bandar JB telah ditawan.Inilah ruginya bila otak Badui diambil jadi TPM.

Memang kalau dilihat dari segi kontroversi, UMNO ni tak habis2 nak menggadaikan NEGARA. Tak cukup dgn itu perjanjian air disambung lagi. Orang Johor ada yg belum dapat air paip tau..

Tapi sayang semua ni orang Johor tak nampak. Boleh kitakan orang Johor ni rabun politik pasal dia celik awal sgt (UMNO ditubuhkan di Johor). Terus terang boleh dikatakan orang Johor terlalu ketinggalan dari negeri2 lain dari sudut kesedaran politiknya.

Hang Jebat


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 9 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com