Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tiada kuasa hanya helah Umno

Oleh Salman Husin

KLUANG, 27 Feb (Hrkh)-Alasan umno kononnya mereka tiada kuasa untuk memenuhi segala tuntutan yang dikemukakan oleh PAS sebagai syarat untuk meneruskan perundingan perpaduan melayu hanyalah merupakan helah mereka semata-mata.

Demikian dijelaskan AJK PAS Pusat, Dr Hatta Ramli semasa berceramah di Kampung Seri Lalang Kluang pada 25 Februari lalu.

Beliau mengulas pelbagai alasan yang diberikan oleh pemimpin Umno ketika cuba menolak syarat pra-pertemuan antara Umno dengan PAS yang diberikan oleh PAS.

Antaranya, mengembalikan semula permit Harakah kepada dua kali seminggu sebagaimana sebelum ini dan mengembalikan semula royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu serta membuang cadangan mahu membuang perkataan Islam dari parti politik termasuk PAS.

Menurut beliau, "kenapa dalam hal-hal lain mereka boleh gunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya tetapi apabila berhadapan dengan tuntutan kita mereka jadikan tiada kuasa sebagai alasan".

"Kita tidak meminta perkara yang baru sebaliknya kita hanya meminta supaya hak yang telah kita nikmati sekian lama ini dikembalikan semula, ini tidak sukar bagi mereka untuk melakukannya kalau mereka mahu kerana mereka ada kuasa".

Menurut beliau lagi, "sebelum ini mereka dengan begitu mudah menarik semula apa yang kita nikmati tetapi apabila kita minta supaya dikembalikan hak ini, mereka kata tiada kuasa, bukankah ini satu pembohongan besar".

"Oleh sebab itu kita tangguhkan dulu pertemuan ini sehingga mereka bersedia untuk mengembalikan semula hak kita, selama mana mereka tidak bersedia untuk memenuhi tuntutan ini maka selama itulah pertemuan ini akan ditangguhkan".

Selanjutnya menurut beliau, "oleh kerana dalam isu pertemuan ini umno yang berhajat sangat untuk bertemu dengan kita maka selayaknya PAS meletakkan syarat dan apa yang kita minta ini adalah hak kita".

"Sekiranya mereka benar-benar ikhlas untuk meneruskan perundingan ini maka mereka perlulah memenuhi tuntutan kita terlebih dahulu, kita tetap tidak akan berganjak dengan pendirian untuk mendapatkan semula hak ini sebagai syarat untuk meneruskan perundingan".

Selanjutnya menurut beliau yang juga salah seorang AJK teknikal pertemuan Umno-PAS ini menjelaskan, "tidak akan berlaku PAS menyertai BN semula, cukuplah sekali PAS terperdaya dengan helah jahat umno dahulu dan PAS sekali-kali tidak akan mengulangi kesilapan ini untuk kali kedua".

"Sokongan kuat dari semua parti dalam BA terhadap PAS dalam isu ini cukup baik, mereka terus berdiri teguh di belakang kita serta memberikan sokongan padu dalam setiap tindakan kita dalam menangani isu ini".


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com