Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pertemuan PAS-Umno: Umno degil

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh): Umno sangat degil dan mengemukakan pelbagai helah untuk tidak melayan permintaan asas PAS sebelum pertemuan Umno-PAS boleh diadakan.

"Bagaimana kita hendak bertemu dengan mereka sedangkan mereka enggan mengembalikan status-quo (hak PAS) dan menyediakan suasana menggalakkan untuk bertemu," katanya ketika berucap di Perasmian Jubli Emas 50 Tahun PAS di Pusat Tarbiyah PAS, Taman Melewar di sini.

Katanya, mengembalikan semula royalti minyak kepada Kerajaan Terengganu adalah hak rakyat Terengganu yang telah dinikmatinya sejak lama, begitu juga mengembalikan semula pengeluaran Harakah kepada 8 kali sebulan adalah hak PAS.

Kita tidak dapat bertemu dengan mereka selagi status-quo ini tidak dipulihkan, katanya dan menambah, "lebih-lebih lagi tindakan kekerasan polis masih berterusan di samping tiada jaminan Umno untuk menghentikan usahanya untuk membuang perkataan Islam pada PAS".

"Ini masalah besar," kata Dato' Haji Fadzil dan menambah, "bagaimana mereka boleh berdalih mengatakan kononnya kita berunding dengan Umno sebagai parti politik, sedangkan tindakan ini adalah di bawah urusan kerajaan."

Bagaimana mereka boleh memisahkan Umno dengan kerajaan, katanya, sedangkan mereka memang parti yang memerintah dan sentiasa mendakwa sebagai 'tulang belakang kerajaan BN'.

"Ini pelik", katanya, "tetapi orang yang macam inilah kita berdepan sekarang."

Sambil tersenyum beliau berkata, "kalau Mahathir nak jumpa saya, boleh jumpa di Arafahlah, saya nak ke Tanah Suci."

Di majlis tersebut, Dato' Haji Fadzil telah juga merasmikan pelancaran dana untuk markas besar PAS yang baru yang akan dibina di pinggir Kuala Lumpur. Ia dijangka siap tahun 2004.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com