Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tuduh DPP Pusat, Keadilan Menjadi Dalang - Lokman sanggah Hishamuddin Azimi

Oleh: Hafiz Baqi

KUALA LUMPUR 23 Feb (Hrkh)- Setiausha Pemuda keADILan, Lokman Adam menafikan kenyataan Ketua pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussin dan Ketua Peneranganya, Azimi Daim yang mendakwa parti KeADILan dan Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP-Pusat) menjadi punca kegagalan pertemuan PAS-Umno pada 19 Febuari lalu.

Melalui satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh beliau, Lokman menyifatkan kenyataan kedua-dua pemimpin pemuda Umno tersebut menggambarkan keadaan parti itu yang sangat tenat dan sarat dengan berbagai penyakit yang biasa dijangkiti oleh parti tua .

"Hentikan cubaan untuk menyelamatkan parti yang bakal dikuburkan dengan menunding jari kearah orang lain apabila harapan kamu untuk melihat kejayaan masa depan Umno berkecai dengan gagalnya perbincangan tersebut."Kata beliau.

Sebelum ini Berita Harian 22 febuari mengeluarkan kenyataan Hishamuddin berkenaan kegagalan pertemuan PAS - Umno kerana didalangi oleh KeADILan dan DPP-Pusat .

"Pemimpin PAS bukan seperti pemimpin Umno yang boleh digoreng mudah oleh Dr Mahathir, Jangan kelirukan fakta kerana tiga tuntutan PAS bukanlah syarat baru pertemuan PAS - Umno, sejak pertemuan Jawatan Kuasa Teknikal kali pertama lagi tuntutan itu telah dikemukan oleh Pas ." terang Lokman.

Beliau juga bersetuju dengan tindakan PAS menangguhkan pertemuan tersebut memandangkan syarat yang dikenakan oleh PAS tidak dipenuhi oleh Umno sehingga 18 febuari.

Menurut beliau syarat yang dikemukakan oleh PAS patut disokong oleh seluruh rakyat Malaysia kerana PAS meminta supaya dikembalikan hak rakyat Terengganu, hak rakyat untuk bersuara dalam negara demokrasi dan hak sebuah parti yang konsistem memperjuangkan Islam.

Lokman juga bersependapat dengan Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar yang menyifatkan Umno sebagai pencuri .

"Tuntutan ini sebenarnya terlalu ringan kerana antara mangsa rompakan dengan penyamun besar negara, maka sewajarnya mangsa rompakan meminta penyamun tersebut memulangkan semula haknya ."Jelas Lokman

Selain daripada itu beliau juga mengingatkan kepada Hisham dan Azimi jika mereka benar-benar mahukan sokongan orang melayu belalah nasib penoreh getah , penanam padi, penanam kelapa dan pekebun sawit yang sangat menderita kerana kejatuhan harga produk mereka.

"Jika ini menjadi agenda pemuda Umno saya yakin akan ada orang yang akan bersimpati menghulurkan tangan untuk memperbaiki kebocoran kapal Umno yang dipimpin diktator tua yang menanti ajal itu . "sambung beliau .


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 24 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com