Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO ingin bersatu, tapi rakyat di'nganyam' oleh FRU

Oleh ISMAIL HASHIM

ALOR SETAR, 20 Feb (Hrkh)- Ceramah Keadilan di Kampung Lahar, Mukim Malau, Kubang Pasu pada 14 Februari telah ditembak dengan gas pemedih mata dan disembur dengan air kimia menyebabkan para pendengar bertempiaran lari.

Pada 18 Februari pula, orang ramai yang mengikuti perbicaraan kes pengundi hantu di depan Mahkamah Majestrit Kulim juga telah diperlakukan dengan tindakan serupa.

Begitu juga dengan satu lagi ceramah Keadilan di Gurun yang telah menerima nasib serupa dengan di Kubang Pasu menyebabkan Harakah difahamkan ada yang mendapat kecederaan tangan dan mata serta kerosakan bahan jualan.

Kerana itu pada 20 Februari (ketika berita ini ditulis) orang-orang kampung khususnya dari Kampung Malau dan sekitarnya telah keluar beramai-ramai membuat repot polis di Balai Polis Daerah Kubang Pasu.

Repot itu bagi menyatakan tidak setuju mereka dengan tindakan tidak beradab yang telah diperlakukan kepada penduduk kampung yang terdiri dari penoreh getah, orang biasa, pekerja kerajaan dan swasta, kanak-kanak, perempuan dan orang tua.

Persoalannya yang sedang bermain di kalangan pembaca dan masyarakat awam kini terutamanya, kenapa pendengar ceramah itu telah diperlakukan sedangkan mereka bukan orang sepatutnya menjadi mangsa.

Menurut kumpulan pendengar prihatin yang ditemui berkata, apa salahnya wanita-wanita yang datang mendengar ceramah termasuk orang-orang tua dan lebih-lebih lagi kalangan kanak-kanak yang tidak berdosa?

Ramai saksi mengatakan, tindakan pihak polis yang mendapat arahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ada lagi cara lain atau alternatif yang boleh diambil.

Namun perkara yang berlaku tetap berlaku namun ianya sedikit sebanyak telah mengikis kepercayaan orang ramai terhadap kerasionalan pihak polis dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan rakyat dalam negara ini.

Dalam ucapan Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dalam Taklimat Perbincangan Nasional pada 19 Februari lalu di Markaz Tarbiah PAS Pusat di Taman Melewar, Gombak, perkara itu juga telah dibangkitkan.

"Bagaimana perbincangan itu boleh berjalan jika pihak polis masih lagi diarahkan untuk bertindak terhadap ceramah-ceramah PAS dan Keadilan di Kedah?.

"Sepatutnya, jika perbincangan hendak dilakukan, semua perkara yang mengganggu proses itu hendaklah dihentikan segera," tegasnya di hadapan para pimpinan PAS seluruh negara.

Begitu juga dalam kenyataan bersama para pimpinan Barisan Alternatif juga mengaitkan perkara itu serta mendapat reaksi positif dari pembaca kerana mereka juga bijak.

Timbul di fikiran mereka, bagaimanalah hendak berlaku perbincangan antara dua belah pihak jika masih berlaku tindakan yang tidak munasabah seperti menghentam pimpinan PAS dalam pelbagai media dan sebagainya.

"Mana boleh berlaku perbincangan kalau berbagai-bagai tindakan dilakukan kepada pembangkang yang telah dinafikan hak yang telah mereka nikmati selama ini?," kata mereka.

Keadaan tidak selesa itulah yang menjadikan Perbincangan Perpaduan Nasional itu telah ditangguhkan "sehingga satu masa yang hanya Allah sahaja yang tahu bila tarikhnya," kata Ustaz Fadzil di akhir taklimatnya itu.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 21 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com