Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tiada suasana menggalakkan: Pertemuan Umno-PAS ditangguh

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - Pertemuan PAS dan Umno yang dijadualkan berlansung esok (Isnin) telah ditangguhkan hingga ke suatu masa sehingga terbina 'suatu masa yang kondusif - menggalakkan'.

Demikian diumumkan oleh Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor dalam sidang akhbar yang penuh sesak oleh media dalam dan luar negeri.

Beliau memberitahu, Umno sebagai tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional mestilah mengambil insiatif untuk membina suastu suasana kondusif yang membolehkan perundingan mengenai perpaduan nasional dapat diteruskan.

Beliau menegaskan bahawa suasana menggalakkan mestilah dibina lebih dulu, iaitu dengan mengembalikan status-quo: Mengembalikan semula royalty minyak Terengganu kepada Kerajaan Terengganu, membenarkan semula penerbitan Harakah sebanyak 8 kali sebulan seperti sebelum ini dan menggugurkan cadangan Umno untuk memansuhkan nama Islam pada badan-badan Islam, khususnya PAS.

"Suasana yang baik mesti dibina lebih dulu," kata Dato' Fadzil kepada para wartawan yang penuh sesak di bilik persidangan Pusat Tarbiyah, Taman Melewar di sini.

Sidang akhbar tersebut yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden, Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Naib Presiden, Haji Mustafa Ali, Setiausaha Agung, Ustaz Nasarudin Abu Bakar, Ketua Dewan Pemuda, Haji Mahfuz Omar, Dr. Wahab Ismail dan Dr. Hatta Ramli.

Keputusan menangguhkan pertemuan PAS-Umno untuk membincangkan isu perpaduan nasional ini dibuat selepas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Dr. Hatta Ramli bersidang selama lebih tiga jam.

Keputusan PAS itu segera dihantar kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Seri Khalil Yaakub di Ibupejabat Umno. Dato' Haji Fadzil menyebutkan perkara yang memburukkan keadaan hingga tidak terbina suasana menggalakkan untuk berbincang.

Antaranya:

1) Insiden yang berlaku di Sabak Bernam beberapa amalam yang lalu di mana ceramah Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan Haji Muhamad Sabu di Markas PAS dihalang oleh pihak FRU menyebabkan suasana amat tegang.

2) Peristiwa yang sama bahkan lebih dahsyat berlaku di Kubang Pasu, di mana pihak polis telah menembak gas pemedih mata kepada mereka yang mendengar ceramah Barisan Alternatif di situ.

3) Peristiwa di Balai Polis Dang Wangi di sini di mana pihak polis menahan tujuh orang ketika mengiringi Pemuda Barisan Alternatif membuat laporan polis mengenai perlantikan Mokhtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

4) Polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan KeADILan di hadapan mahkamah di Kulim.

"Semua ini tidak menolong membina suasana tenang dan menggalakkan ketika kita hendak mengadakan rundingan mengenai perpaduan," kata Dato' Haji Fadzil. Menurutnya, PAS tidak mahu seperti apa yang terjadi di Palestin di mana ketika 'rundingan damai' hendak diadakan, tentera Israel terus menyerang rakyat Palestin.

"Kita tidak mahu seperti itu," katanya. Di sidang akhbar tersebut, Dato' Haji Fadzil membacakan kenyataan akhbar yang ditandatanganinya mengenai penangguhan pertemuan tersebut.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com