Tranung Kite - Kalau tidak jadi pertemuan PAS dan Umno, Mahathirlah penyebabnya
    Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kalau tidak jadi pertemuan PAS dan Umno, Mahathirlah penyebabnya

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Tindakan Presiden Umno, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, mengumumkan bahawa pertemuan perpaduan akan diadakan pada 19 Februari ini boleh dikatakan penyebab jika pertemuan tersebut dibatalkan.

Ini kerana, kenyataan beliau itu disifatkan sebagai satu tindakan 'belum duduk sudah berlunjur' atau dalam pepatah Inggerisnya 'jump the gun'.

Kenyataan tersebut telah mengecewakan PAS dan dalam sidang akhbar pertama Jawatankuasa Teknikal PAS petang tadi telah menceritakan perasaan pemimpin PAS terhadap kenyataan Dr Mahahthir tersebut.

Bagi mereka, Umno melalui Dr Mahathir telah melanggar perjanjian dalam mesyuarat pertama jawatankuasa teknikal PAS Umno pada 8 Februari lepas yang antaranya akan membawa balik semua perolehan mesyuarat tersebut kepada parti masing-masing.

"Parti masing-masing akan berbincang dan JK Teknikal PAS dan Umno akan berbincang semula dan membuat keputusan. Selepas itulah, baru apa-apa keputusan dibuat termasuk tarikh pertemuan," kata Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS.

Beliau mengetuai delegasi empat orang JK Teknikal PAS yang terdiri dari Dato' Hishamudin Yahya, Dr Hatta Ramli dan Dr Abdul Wahab Ismail. Kesemua mereka berada dalam sidang akhbar petang tadi.

Menurut Nasharudin, sepatut Umno mengambil tindakan meredakan dulu segala permasalah yang berlaku dalam negara ini sebelum pertemuan perpaduan ini boleh diadakan.

"Ini tidak. Nampaknya semakin menjadi-jadi pula sebagaimana yang berlakun di Kubang Pasu malam dan yang berlaku di Sabak Bernam sebelum ini," katanya.

Dalam sidang akhbar itu juga, Nasharudin menyatakan dengan jelas agenda yang PAS cadangkan dalam mesyuarat antara PAS dengan Umno nanti.

Antaranya kepincangan sistem kehakiman yang jelas dalam kes Dato' Seri Anwar, pencabulan ke atas demokrasi, kepincangan ekonomi serta peminggiran kedudukan dan peranan Islam.

"Kita nyatakan cadangan agenda kita kepada media sebagai tindakbalas kenyataan media yang dibuat oleh Presiden Umno. Kita juga ingin menegaskan mandat yang diberikan oleh parti adalah 'Perpaduan Nasional' dan bukannya 'Perpaduan Melayu' yang dicadangkan Umno," kata Nasharudin.

Nasharudin menjelas, yang menjemput adalah Umno dan PAS pihak yang menerima jemputan.

Ketika ditanya, kenapa agak lambat perkara ini dibangkitkan oleh JK Teknikal PAS, Nasharudin berkata, beliau baru sahaja balik dari luar negeri dan PAS baru sahaja mesyuarat mengenainya.

Berikut adalah kenyataan penuh Nasharudin yang diberikan kepada media petang Khamis lepas.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 15 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com