Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Isu Anwar Ibrahim, royalti minyak akan dibangkitkan

Oleh Nur Abd Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim dan royalti minyak Terengganu merupakan antara isu besar yang akan dibangkitkan oleh PAS dalam pertemuan PAS-Umno yang dijadualkan pada 19 Februari ini. Menurut Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, isu Anwar merupakan isu yang menyentuh hak asasi manusia dan ia menjadi isu nasional yang begitu menekan perasaan rakyat.

"PAS mengharapkan pelbagai isu utama yang akan dikemukakan nanti, iaitu termasuk isu Anwar, akan dibincangkan dan akan menghasilkan keputusan yang baik dicapai," kata Dato' Haji Fadzil kepada Harakahdaily.

PAS juga, tambahnya, akan menggunakan pendekatan global iaitu isu yang bukan sifat perkauman tetapi merupakan isu perpaduan nasional.

Ini termasuklah masalah yang melibatkan kaum-kaum lain seperti Cina dan India, katanya.

Di samping itu, beliau juga turut meminta supaya media memberikan laporan yang adil dalam isu pertemuan PAS-Umno Isnin ini.

Dato' Fadzil Mohd Noor mengharapkan Umno tidak menggunakan kesempatan di atas nama rundingan untuk `memerangkap sesiapa'.

Katanya, PAS mengharapkan kejujuran dan keikhlasan Umno dalam rundingan pada 19 Februari ini demi kepentingan perpaduan nasional.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 15 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com