Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kerajaan tolak permohonan Anwar jalani rawatan di Jerman

Oleh Abdul Hafiz Baqi

KUALA LUMPUR ,10 Feb (Hrkh) - Kerajaan telah menolak permohonan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan rawatan di luar negara bagi menjalani pembedahan berikutan kesakitan tulang belakang yang dialami oleh beliau.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Abd Razak Hj Kechik dalam satu sidang akhbar yang diadakan di situ hari ini.

Dalam kenyataan itu, Anwar tidak dibenarkan sama sekali mendapatkan rawatan di luar negara seperti yang diminta oleh beliau dan ahli keluarganya.

Sebelum ini Anwar pernah membuat permohonan untuk melakukan pembedahan tulang belakang di Jerman dengan pembelanjaan sendiri melalui kaedah 'Endoskopi'(kaedah yang memerlukan pembedahan menima) disebabkan kaedah tersebut tiada di Malaysia.

Bagaimanapun, kenyataan HKL hari ini memberi kebenaran kepada Anwar membawa pakar dari Jerman jika Anwar sanggup membuat persetujuan bertulis dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan.

Menurut kenyataan HKL lagi, Anwar mesti menanggung semua perbelanjaan bersabit khidmat perundingan, rawatan dan pembedahan yang akan diberikan oleh pakar tersebut.

Di samping Anwar bertanggungjawab sepenuhnya segala risiko semasa rawatan dijalankan.

"Pakar-pakar dari Malaysia akan menyaksikan semua perundingan, pemeriksaan, rawatan dan prosedur yang diberikan oleh pakar dari Jerman itu.

"Pakar itu mestilah datang ke HKL untuk memeriksa Anwar dalam masa 14 hari mulai hari ini (10 Februari 2001)," kata Dr Abdul Menurut Razak, pemeriksaan rawatan dan prosedur mesti dilakukan di HKL dan Anwar tidak dibenarkan sama sekali dirawat di luar negara serta beliau (Razak) tidak akan membuat permohonan untuk tujuan itu.

Beliau menjelaskan, pakar perubatan telah menasihati Anwar supaya menjalani pembedahan di HKL mengikut kaedah yang diamalkan di HKL tetapi tidak dipersetujui oleh beliau (Anwar).

Tambah beliau, keputusan tersebut belum dimaklumkan kepada keluarga Anwar tetapi sudah dimaklumkan kepada Anwar.

Turut hadir dalam sidang media tengahari tadi, panel pakar-pakar perubatan termasuklah yang terlibat memberi rawatan kepada Anwar.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 11 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com