Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Papan tanda projek kerajaan BN ganti kerajaan Malaysia

Oleh Syed Putra Syed Ahmad

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Bermula tahun ini, rakyat Malaysia bukan sahaja akan terus menyaksikan kampit-kampit baja dengan cop Barisan Nasional dan lambang dacingnya, tetapi juga papan tanda-papan tanda gergasi di tapak-tapak projek pembangunan kerajaan persekutuan dengan perkataan dan lambang yang sama.

Menurut sumber di sebuah jabatan kerajaan di sini, arahan berkenaan perkara itu telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dalam satu pekeliling pada akhir tahun lalu.

Menurut beliau, arahan tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Dato' Dr Shamsuddin Hitam, menyebut bahawa Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya pada 25 Okt 2000 bersetuju supaya setiap projek yangh dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan dipamerkan dengan papan tanda yang bertulis perkataan "Projek Kerajaan Barisan Nasional" berserta lambang parti berkenaan.

Penyediaan papan tanda bagi mana-mana projek kerajaan, sama ada pusat atau negeri, adalah perkara yang biasa.

Lazimnya papan tanda berkenaan mengandungi beberapa maklumat penting mengenai projek yang dilaksanakan seperti agensi pemilik projek, nama projek, nama dan alamat pegawai penguasa, nama kontraktor, tarikh milik tapak dan tarikh siap projek yang dimaksudkan, kata sumber itu lagi.

"Arahan baru ini merupakan sesuatu yang agak luar biasa kerana sebelum ini tidak pernah tidak pernah nama parti dikaitkan dengan mana-mana projek kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri," kata beliau.

Selain itu menurut surat arahan yang sama, saiz papan tanda bagi projek-projek kerajaan persekutuan juga akan diperbesarkan ke saiz billboard kerana anggapan bahawa saiz sedia ada adalah terlalu kecil dan sukar dibaca, tambahnya.

Arahan baru ini, menurut sumber berkenaan, jelas mempunyai motif politik kerana sebelum ini telah ada arahan tidak rasmi di jabatan tertentu, yang tidak 'menggalakkan' penggunaan warna hijau pada bangunan milik kerajaan, termasuk atap, jubin dan warna bangunan.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 1 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com