Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


AKIBAT DARI MENGUNDI DAN DUDUK DIBAWAH TADBIRAN UMNO/BN

Assalamualaikum saudara-saudaraku BA lihatlah akibat mereka yang barada di bawah pentadbiran UMNO/BN (BARISAN NEHHI). Segala aduan dan masalah rakyat langsung tidak dihiraukan. Kawasan Perlimen Rais Anak lelaki Yatim... Asyik khayal dengan hal orang lain...Kawasan sendiri langsung tidak dihiraukan... Apalah punya pemimpin, MAKAN GAJI BUTA KE... RAIS bagi anak-bini makan duit haram...Duit panas... Saudara-saudari cuba baca artikal ini...

Setempat: MAKIN HILANG SABAR
Oleh Ziauddin Sharuddin
14 February 2001

Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak

1. JELEBU: Empat penduduk Taman Desa Permai, Simpang Durian di sini, tidak dapat menahan sabar kerana bukan saja ganti rugi belum diperolehi, malah surat yang dihantar tidak berbalas. Mereka penghuni rumah yang menjadi mangsa dalam kejadian tangki air pecah, 31 Januari tahun lalu.

Pemilik rumah itu Pengetua, Zakaria Md Zin; Guru Besar, Mohd Khairid Manap; guru, Adnan Abdul Baki dan kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang, Othman Wahab, membuat tuntutan antara RM3,000 hingga RM22,000.

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan negeri campur tangan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Menurut Zakaria, mereka terpaksa bersuara selepas lebih setahun berdiam diri kerana menyangka pihak terbabit mungkin mengambil masa untuk menyiasat kejadian itu.

Katanya, surat dihantar kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) dan kontraktor pembuat tangki air di Selangor, langsung tidak dijawab sehingga kini.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu senyap sedangkan selepas kejadian itu berlaku, pelbagai pihak datang melawat,.

Malah seorang pegawai kanan JBANS memberitahu mereka boleh mengemukakan tuntutan ganti rugi kepada kontraktor. Katanya, ini kerana kontraktor terbabit dikatakan masih bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan tangki air itu. "Selepas dinasihati pada 8 Februari tahun lalu, kami mengemukakan surat tuntutan ganti rugi melalui Jurutera JBANS daerah Jelebu kepada Pengarah JBANS.

"Kami kemudian berdiam diri kerana berpendapat sudah tentu perkara itu memerlukan siasatan yang mengambil masa lama," katanya ketika ditemui, kelmarin.

Turut hadir Adnan dan Othman, manakala Mohd Khairid mempunyai urusan peribadi di tempat lain.

Dalam kejadian Januari tahun lalu, beberapa bahagian tangki air yang terletak di belakang rumah penghuni terbabit pecah dan air melimpah membawa lumpur deras melanda rumah mereka.

Ini menyebabkan pelbagai peralatan rumah yang berat seperti mesin basuh dihanyutkan hingga kira-kira 50 meter. Malah, anak Othman yang ketika itu berusia sebulan yang sedang tidur dalam buaian nyaris dihanyutkan air, tetapi sempat diselamatkan isterinya.

Menurut Othman, tiada sebarang jawapan daripada JBANS mahupun kontraktor terbabit hingga November tahun lalu. Katanya, ini menyebabkan beliau menghubungi seorang pegawai kanan JBANS yang kemudian menyuruh menulis sepucuk lagi surat kepada JBANS yang dihantar pada 1 Disember tahun lalu.

Menurutnya, surat itu turut dilampirkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Dr Rais Yatim. "Sekali lagi surat kepada JBANS tidak mendapat sebarang jawapan, manakala surat kepada Rais dijawab dengan memberitahu bahawa perkara itu dalam makluman," katanya.

Adnan pula memberitahu, bulan lalu selepas surat kedua dihantar, beberapa pekerja yang datang dengan lori dan forklif datang mengangkut tangki air yang selama ini terbiar sejak kejadian itu berlaku.

Katanya, mereka yang kecewa kerana surat yang dihantar tidak berbalas kemudian minggu lalu, menghantar surat terus kepada kontraktor terbabit yang berpejabat di Selangor.

Menurut Zakaria, usaha untuk bercakap dengan Pengarah JBANS tahun lalu juga tidak pernah berjaya kerana selepas memperkenalkan dirinya, operator JBANS memberi pelbagai alasan seperti bermesyuarat atau tiada di pejabat.

Lebih memilukan, Othman memberitahu apabila menghubungi Jurutera JBANS daerah Jelebu minggu lalu, pegawai itu menyangka mereka sudah mendapat ganti rugi.

Selepas kejadian itu, katanya mereka terpaksa mengambil masa berminggu-minggu untuk membersihkan rumah dan membaiki pelbagai peralatan yang rosak dilanda banjir lumpur.

Zakaria berkata, tuntutan ganti rugi yang mereka buat hanya berdasarkan anggaran kerosakan peralatan rumah dan tidak termasuk kesusahan yang ditanggung.

"Lebih membimbangkan sekarang ialah kesan jangka panjang kejadian itu mulai kelihatan dengan beberapa bahagian dinding rumah retak dan kami khuatir struktur rumah terjejas," katanya.

Menurutnya, mereka bimbang lebih banyak masalah akan timbul pada masa depan dan mahu JBANS dan kontraktor terbabit bertanggungjawab.

Hoi...Rais, kalau kau baca artikal ini janganlah marah pulak... Akhbar kroni kau orang yang lapurkan... Ana sampaikan kepada mereka yang tidak membaca akabar Harian metro... Kau Saman lah Harian METRO kerana sebarkan keburukan perangai kau tu...

Kawasan sekocik itu pun kau takboleh tadbir macam mana kau nak kritik TUAN GURU NIK AZIZ BIN NIK MAT MENTERI BESAR KESAYANGAN AMBO...

Sekian

Wasalam


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 15 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com