Webmaster - February 11, 2001
Heboh sekelian juak parti reput amno beberapa hari lalu dengan isu BBM yang kononnya telah menikam dari belakang pemimpin tua kesayangan mereka. Katanya BBM tersalah memilih pendekatan untuk menegur pimpinan dan lebih mirip kepada corak pembangkang.
Perhimpunan yang didalangi oleh bekas menteri yang juga penjilat bontot PM terkemuka Ibrahim Ali itu dilihat sebagai satu perhimpunan yang melawan arus perdana oleh sebahagian ahli-ahli amno ortodoks. Perhimpunan yang menghimpunkan aktivis Melayu veteran yang bertujuan kononnya untuk mengembalikan semangat kebangsaan Melayu itu dikatakan sebagai provokasi perkauman oleh sesetengah pihak pula.
Kenyataan-kenyataan oleh amno dan pihak-pihak lain telah menggambarkan BBM bertindak bersendirian tanpa pengaruh atau naungan daripada mana-mana pihak. Ia menggambarkan BBM sebagai satu badan berasingan yang mendokong semangat kebangsaan Melayu seperti sebelum merdeka dulu. Perhimpunan yang dikatakan perkauman itu sebaliknya mendapat liputan besar-besaran oleh media pemerintah.
Kita sedia maklum bahawa sebahagian besar muka-muka dan tok dalang perhimpunan BBM tersebut adalah daripada parti ortodoks Melayu yang sedang nazak itu. Apatah lagi si Ibrahim katak itu yang amat terkenal dengan skil mengampunya hatta sanggup menjilat bontot sesiapa sahaja asalkan dapat meneruskan survival politiknya.
Kita semua maklum amno dalam masa yang sama sedang tersekat-sekat kenazakan hingga sanggup membuang egonya untuk berbincang mengenai perpaduan Melayu dengan parti pembangkang yang dulunya dianggap agen asing.
Kita juga maklum yang puak-puak amno jugalah yang terlebih sudu dari kuah mengulas mengenai penarikan balik pingat oleh Sultan Kelantan, berlagak Hang Tuah membela raja sedangkan dulunya merekalah yang menjijak raja-raja Melayu.
Apakah kesemua isu Melayu itu tiada berkaitan? Adalah tidak logik untuk kita mengatakan kesemuanya itu berlaku tanpa pengaruh amno. Sebagai satu-satunya parti politik berasaskan bangsa Melayu, apatah lagi sedang ketandusan isu meraih sokongan politik yang semakin rebah, adalah merugikan sekiranya mereka tidak mengambil peluang daripada isu-isu Melayu sekarang ini.
Hal ini jelas dengan sikap mereka yang masih lagi menuding jari ke arah pembangkang khususnya PAS dengan kemerosotan perpaduan di kalangan mereka sedangkan di masa yang sama memujuk PAS untuk berbincang. PAS pula berharap dapat menekan amno dalam situasi kenazakan mereka itu untuk berbincang isu royalti.
Sebagai sebuah parti yang dipimpin oleh PM yang cenderung untuk mendapatkan penasihat kewangan Yahudi, kita tidak menolak kemungkinan pemikiran Yahudi terlibat dalam situasi ini. Amno yang kehilangan sokongan Melayu sedang mencari pihak lain yang boleh dipersalahkan dalam soal perpecahan "Melayu" kononnya. Di masa yang sama mereka akan menampilkan imej sebagai pembela Melayu dan Rajanya.
Perbincangan dengan PAS hanyalah satu landasan untuk memerangkap PAS dan pembangkang lainnya dalam kemelut politik mereka. Tindakan menyalahkan pihak ketiga seperti PAS yang majoriti ahlinya adalah Melayu adalah bertepatan dengan strategi mereka untuk mengalih sokongan kaum berkenaan kepada parti mereka semula.
Sedikit kesilapan atau kegagalan dalam perbincangan berkenaan akan dihalakan kepada pembangkang. Mereka mempunyai kekuatan media berbanding pembangkang untuk menyebarkan dakyah mereka dalam keadaan kaum Melayu sedang neutral menantikan hasil perbincangan tersebut.
Kami berpendapat perbincangan dengan amno tidak lebih merupakan perbincangan Palestin - Israel yang tidak akan menjanjikan apa-apa keberuntungan melainkan kepada pihak Yahudi - amno.
Apakah anda fikir BBM itu adalah serpihan Melayu yang inginkan perubahan dalam amno? Jika anda beranggapan begitu anda sebenarnya telah terperangkap dengan helah politik ala yahudi mereka. Melayu amno tidak akan sedar selama-lamanya selagi mulut mereka disumbat dengan kemewahan. Apatah lagi si penjilat-penjilat yang telah sebati dengan hidangan bontot tua itu.