Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Teori Gelombang Ketiga

Intipati terhadap pendapat Alvin Toffler adalah bahawa sejarah manusia, walaupun nampak kompleks dan bercanggah; boleh dilihat membentuk kerangka (pattern) tertentu.

Kerangka yang beliau nampak mengambil bentuk 3 kebangkitan besar atau 'gelombang'.

Gelombang Pertama berlaku apabila seseorang, mungkin 10 000 tahun dahulu, menanam sebiji benih dan menjaga pertumbuhannya. Zaman Pertanian telah wujud, dan kepentingannya terlihat apabila manusia berubah dari perpindahan tidak tentu (nomad) dan pemburuan; dan mula menetap di dalam kampung-kampung dan membentuk budaya.

Gelombang Kedua adalah pertunjukan kekuatan mesin, bermula daripada Revolusi Industri di Eropah dan terpacu setelah Perang Saudara Amerika. Rakyat mula meninggalkan budaya bertani di kampung untuk bekerja di kilang-kilang di bandar. Ia memuncak pada Perang Dunia Kedua, satu pertembungan industri berat, dan peletupan bom-bom atom di Jepun.

Dalam masa kita merasakan bahawa kekuatan mesin adalah tidak tertanding, kita mula merasakan akan muculnya Gelombang Ketiga, yang berdasarkan bukan pada kekuatan fizikal, tetapi pada kekuatan mental. Ia adalah apa yang kita sifatkan sebagai Zaman Maklumat atau Zaman Ilmu; yang mana dalam masa ia dipacu oleh ledakan teknologi maklumat, ia mempunyai pemacu sampingannya juga, di antaranya desakan sosial di seluruh dunia untuk lebih kebebasan dan hak individu.

--------------------------------------------------------------------------------

Diterjemah secara bebas dari artikel oleh Michael Finley mengenai Alvin Toffler.

* Alvin Toffler adalah tokoh pemikir masa hadapan (futurist) yang mengeluarkan teori Gelombang di dalam buku-bukunya 'The Third Wave' dan 'Future Shock'.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 12 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com