Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BA GAGAL LAGI

Kenaikan kadar tarif air di negeri Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya seharusnya disokong penuh oleh pihak BA.

Sepatutnya, di waktu awal-awal ura-ura ini terdengar, seharusnya pihak BA pantas melakukan road-show bagi menyokong penuh kenaikan ini malah sepatutnya menyerahkan memorandum sokongan kepada Menteri Besar Khir Toyo. Kalau ianya baik untuk rakyat, apa salahnya sesekali kita sokong..ye tak!!..Walau bagaimanapun kenaikan yang diumumkan tersebut adalah sangat rendah dan tidak berpatutan dan bagi pihak BA sepatutnya terus mendesak agar kerajaan negeri menaikkannya sehingga 200%. Semuanya ini untuk rakyat juga..Usul ini bolehlah dibawa di dewan negeri kelak kerana ini merupakan hadiah yang paling bernilai dan yang ditunggu tunggu oleh rakyat yang terus padu di belakang pimpinan BN. Adalah sesuatu yang amat dukacitanya kerana pihak BA gagal mengambil peluang yang ada ini mengajak rakyat negeri Selangor berarak, berhimpun, berdemontrasi jalanan malahan mengadakan majlis sujud kesyukuran akan kurniaan nikmat baru ini dan berdoa semoga banyak lagi kenaikan seperti kenaikan harga barangan runcit, tol dan tambang bas.

Sesekali biar akhbar perdana menyiarkan bahawa pihak BA ada kalanya boleh bersetuju dan menyokong penuh keputusan kerajaan kerana inilah dia hadiah yang amat ditunggu oleh rakyat Malaysia kerana dengan nikmat tersebut kita akan sentiasa bersatu aman dan hidup berbahagia!!..bersyukur jangan lupa!!..Mari kita lihat apakah kita akan dibelasah FRU atau ditembak gas pemedih mata kerana menyokong keputusan kerajaan??..Syabas kepada kerajaan Barisan Nasional pilihan rakyat kerana sentiasa peka kepada kehendak rakyat dan tahun 2004 nanti pasti kita akan terus padu di belakang kerajaan Barisan Nasional.

p.s ditujukan khas kepada semua rakyat Malaysia kecuali negeri Kelantan dan Terengganu...Marilah kita terus bersatu di bawah pimpinan BN!!..


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 24 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com