Feww...penatnya ...aku baru balik dari Sabak Bernam...Malam tadi Ada Ceramah PAS sempena 50 Tahun Pas Kawasan Sabak Bernam.
Penceramah YAB MB Trengganu, YB Hassan Shukri dan YB Mohammad Sabu.
Ceramah gagal mendapat permit dengan alasan yang macam biasa lah... mengganggu lalulintas lah itulah inilah...
Lalu kami buat dalam dewan Markaz....Pengerusi Majlis YB Ustaz Solehin Mukhyi (malam tu semua penceramah dan pengerusi YB kecuali Alu-aluan oleh YDP yang hampir jadi YB). Elok aje lebih kurang 10 minit Bang Mat kita mulakan ceramah, maka FRU pun datang masuk ke kawasan ceramah. Keadaan menjadi kecoh dan tegang sedikit. Para hadirin semua berdiri dan naik semangat.Polis dan FRU cuba masuk ke dalam ceramah namun gagal kerana penyokong dan Unit Amal berjaya menghalang mereka masuk.
Lori sial Water Cannon gagal masuk ke kawasan markaz atas idea seorang ahli veteran yang mendapat pengalaman di Iraq agar membuat Barricade dengan kereta, lori dan van ahli-ahli agar menyukarkan gerakan andai kata FRU menceroboh kawasan markaz. Dia kata lain kali kalau ada lori kontena atau bulldozer lagi baik..ternyata berjaya idea beliau itu.
ceramah.
Tujuan polis menceroboh markaz tersebut hanyalah untuk membuat gempak kepada hadirin agar bersurai. Tetapi para hadirin lebih takutkan Allah. YB Mat Sabu terus sahaja menyerahkan Ceramah kepada YAB Tuan Guru Hj Hadi semasa kekecohan berlaku sambil melaungkan Takbir. Gegak Gempita Markaz PAS Sabak Bernam kali ini. Sepanjang yang saya tahu inilah laungan TAKBIR yang paling menggegarkan yang pernah saya dengar sepanjang markaz ini di dirikan.
Dengan pertolongan ALLAH RabbulJalil...maka musuh-musuh Allah ini berundur apabila laungan takbir menggegarkan gendang-gendang telinga. YAB Ust Hadi mengambil alih ceramah dan dapat mengawal suasana dan para hadirin mula duduk semula. Keadaan menjadi tenang semula.
Pada malam sebelumnya juga berlaku kekecohan di rumah Hj Mee di Sg Hj Dorani ketika ceramah BA oleh Ezam, Gobala, Badrul Amin dan Norman Toha...
Sekarang polis sudah mempunyai unit-unit pencegah rusuhan di setiap daerah. Yang cuba menghalang kita tu rupanya kawan-kawan polis kita yang selalu sama-sama minum di kedai kopi dan mereka juga selalu berkata menyebelahi kita. Dengan ini mulai hari ini janganlah kita baik-baik dengan sahabat kita yang kerja sebagai polis. Kenal boleh baik jangan...
Orang Sabak Bernam sekarang sudah biasa dengan FRU. Orang Sabak Bernam cuba nak rasa gas dan peluru juga...malam tadi ada yang terlebih naik semangat tetapi dapat di tenteramkan...kita mahu mabil alih negara dengan cara aman.
Mengikut laporan, ramai juga ahli-ahli umno dan JKKK yang hadir dengar ceramah. Hehehe FRU datang mereka cabut lari...tapi sekurang-kurangnya mereka tahu orang PAS dan BA yang lainnya berani dan tak takut mati.
Aku kesian kat sorang budak...calar dadanya kerana lari bila FRU datang...
Khir Toyo...ko siaplah...nyawa kau tak seberapa je kat Selangor ni...orang UMMNO pun tak suka kat kamu...
2004 InsyaAllah orang UMMNO di Sabak Bernam akan bersatu dengan BA dengan memangkah BA..
:-0
LAWAN TETAP LAWAN
TAKBIRRRRRR
ALLAH HU AKBAR
ALLAH HU AKBAR
ALLAH HU AKBAR