Tranung Kite - Menangkis Penipuan PM tentang Globalisasi
    Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Menangkis Penipuan PM tentang Globalisasi

Assalamualaikum,

Kelmarin PM kebencian kita merengek lagi pasal 'globalization'. Dia nak 'globalization' ikut acuan dia saja (acuan dia apalagi kalau bukan utk kroni moni ku sayang). Bab ni, sapa-sapa yang tak cukup menyelami hal ekonomi sudah pasti tertipu dek Penipu Maha sorang ni.

Saya nak terangkan sedikit kepada para pembaca pasal 'globalization', dan mengapa ianya baik untuk kita semua. PM kita tu tau sebenarnya baik, kalau tak pasal trade, camana kita leh maju sekarang nie betul tak?

Tanpa free trade, umat manusia tidak akan dapat maju dengan cepat. Malah, akan jadi seperti penghabih boreh aja. Tarak guna. Jika semua umat manusia bersatu, sudah pasti lebih mudah. Key word di sini ialah, 'specialization' ataupun pengkhususan. Inilah kebaikan 'globalization' yang tiada bandingnya.

Bayangkan jika di kawasan anda, tiada kedai. Semua orang ada tanah sendiri, tanam makanan sendiri (macam zaman dulu lah ni). Adakah anda nak tanam padi, sayuran, ternak biri-biri, lembu, kerbau semuanya sekaligus? Sudah pasti sungguh sukar. Anda tidak akan menjadi 'efficient'. Yelah takde fokus orang cakap. Berapa jenis sayuran atau buahan yang anda boleh tanam dan jaga serentak? Sawah? Kerbau? Sudah pasti minimal sahaja.

So kalau anda bijak, pakat aja ramai-ramai di kawasan anda itu, sorang tanam padi, sorang tanam sayuran, sorang jaga lembu etc. Maka produktivity kawasan anda akan melambung tinggi dan semua orang dapat menikmati semua benda serentak. Kebaikan 'free trade' ini ialah, orang yang jaga lembu tu dia boleh fokus, apakah caranya yang boleh membuatkan lembu tu lebih sihat, lebih banyak susu, orang yang tanam sayuran tu, boleh cari baka yang terbaik untuk sayuran dan cara tanaman yang terbaik. Pendek kata, semua orang menjadi efficient.

Nampak sangat di sini, pengetahuan or knowledge tentang pengkhususan anda itu sangat penting. Sekarang mari kita tambahkan satu lagi kampung yang duduk berdekatan dengan kampung anda. Kampung ni pun buat pengkhususan mereka sendiri. So sekarang ada dua kampung, yang produce barang-barang yang sama. Dengan penggabungan dua kampung ini, sesiapa yang tanam padi paling sikit hasilnya, atau paling tak berkualiti, dia akan tewas oleh jirannya di kampung sebelah. Kalau dia nak lawan jugak, dia kena samai ataupun melebihi kualiti produk lawannya. Ini akan menghasilkan 'competition' dan hasilnya ialah, 'cheaper, better, and more production'.

Sekiranya anda tak mampu nak lawan, biarkan dia dengan sawah padinya, anda tanam atau buat benda lain. Senang saja. Specialization is basically is "who do what, best".

Benda ini penting kerana 'lowest cost per unit of production' itu mesti dipenuhi. Jika tidak, akan terjadilah pembaziran dari segi tenaga, bahanapi, 'raw material' dll.

Saya bagilah satu contoh. Proton kita tu. Disebabkan tiada competition terbuka, mereka gagal menghasilkan lowest cost per unit of production menyebabkan pembaziran yang banyak sampai hampir muflis (takpa Petronas ada! Petronas = duit rakyat). Mereka juga gagal menghasilkan yang terbaik dek kekurangan pengetahuan or knowhow. Hasilnya ialah kereta yang mahal tapi tak berkualiti. Mangsanya ialah seluruh negara, sebab terpaksa pandu kereta macam ini.

Apakata jika market negara dibuka? Samaada Proton lawan, ataupun gulung tikar atau pun pergi buat bisnes buat tikar sudahlah. Rasanya tak banyak company di dunia ni specialized dalam penghasilan tikar buluh etc. Sudah pasti boleh maju punya. So jika market dibuka, orang Malaysia akan bayar lebih murah untuk kereta-kereta yang lebih berkualiti. Again, cheaper and better.

Adakah Malaysia akan jatuh bengkrap? Sudah pasti tidak. Kita specialize buat bende yang orang lain tak buat, ataupun kita buat apa yang kita boleh buat best (bukan burung kakak tua atau pondan). Kalau mereka pandai sangat buat kereta, jom kita buat kereta yang jalan pakai elektrik. Sudah pasti laku. Atau yang pakai solar. Bila kita dah specialize, mudah sahaja.

Lagi satu ialah 'borderless world'. Ini lagi satu yang PM selalu putar belit. Sebenarnya concept untuk borderless world ni simple sahaja. Saya beri contoh. Negara Jepun dengan Filipina. Jepun kaya dan maju. Filipina belum lagi. Tetapi barangan dan buruh cukup murah. Malah berbelas kali sehingga berpuluh kali lebih murah daripada di Jepun. So kalau saya di Jepun nak bukak bisnes, saya akan buka kilang saya di Filipina. Again, 'lowest cost per unit of production'. Tapi untuk menarik orang Filipina, sudah pasti saya akan beri gaji lebih tinggi daripada orang Filipina sendiri. Kerana bagi saya, dah dapat penjimatan yang besar kerana membukanya di Filipina, instead of Japan. Dalam keadaan ini, situasi 'win-win' is created for both countries.

Jika kita amati, syarikat elektronik gergasi di Malaysia membayar gaji yang agak lumayan sebab sebenarnya gaji setiap pekerja itu tidaklah seberapa berbanding dengan Amerika Syarikat contohnya di mana gaji termurah ialah melebihi RM 22 sejam!

So jika difikirkan, mengapa tidak semua syarikat gergasi di Amerika dan Jepun tu pindah semua dan buka saja kilang mereka di Malaysia? So theory borderless and free world ni ialah, jika ada satu negara yang kaya dan satu miskin, mereka berdagang, maka lama kelamaan perbezaan mereka itu menjadi semakin kecil. Ini kerana pengaliran modal dsb ke negara yang murah itu. So apa akan jadi kepada negara yang kaya itu? Tidakkah semua pekerjaan akan berpindah ke negara yang miskin itu? Habis diorang nak buat apa? Sudah pasti pada mulanya banyak yang dibuang kerja. Tetapi mereka ini ialah pekerja yang bijak dan berpengalaman. Mereka tidak ada masalah untuk membuat pekerjaan lain yang lebih baru dan mencabar. Maka sekali lagi, knowhow or knowledge matters. Syarikat gergasi sanggup bayar mahal, kerana pekerja di negara kaya tadi lebih berpengetahuan dan berpengalaman. Basically they are higher up the chain compare to us.

Tanpa globalisasi dan borderless world, negara miskin tadi akan jauh ketinggalan. Nah saya rasa ini sudah cukup untuk menjelaskan kebaikan globalisasi sebenarnya.

Globalisasi penting untuk kemajuan umat manusia sejagat. Tengok Korea Utara yang tak mahu trade langsung tu. Apa dah jadi? Tengok Korea Selatan yang cukup maju dek kerana aktif sangat berdagang.

Sebenarnya PM kita tu tau kenyataan saya ini sebab tu bila dok Malaysia dia asyik membebel pasal keburukan globalization, tapi bila pi oversea, dia akan berusaha menjemput bisnes-bisnes tu jugak. Sebenarnya mana ada acuan sendiri dsb. Buatlah macam mana pun, yang penting ada competition dan 'lowest cost per unit production' itu dijaga maka tiada masalah.

BTW tengoklah kelentong PM tadi masa ditemuramah tentang MAS yang tenat tu. PM cakap nak bagi kat foreigner untuk kendalikan MAS. Nak cari yg berkelayakan. So maknanya Tajuddin Ramli tak berkelayakan lah. Lagi pulak, takde ke Malaysian yng ada knowhow untuk kendalikan MAS. Kan MAS kita dok jaga utk berpuluh tahun dah, pesal takdak expertise pulak? Adakah kita ni makin tak pandai sampai kena pertolongan mat salleh? Ketuk gendang cakap malaysia boleh, laa ni malaysia tak boleh pulak nak kendalikan airline. Nak pi space konon, piiiraaahh!!

Actually sebabnya bagi kat foreigner sebab nak jual share MAS tu kat mat salleh. Tu aja sebab dia. Mat salleh tak mau beli share aja, but org lain control . Rugi lah dia. So terpaksa bagi dia jaga. Sat lagi dia start retrench, potong gaji etc. Maha tak akan peduli semua itu, yang penting MAS jadi positive balik.

Nahh....sapa yang menggadai negara? Menjual hak milik negara? Bukan PM sendiri ke tu? Tapi berdasarkan teori globalisasi, itu semua tidak menjadi masalah. Apa yang penting kalau Malaysia nak maju ialah mempunyai pekerja-pekerja yang bijak pandai dan berpengalaman. Bukan macam Tajuddin tu. That's all that matters.

Sebenarnya ada beberapa lagi hal tentang globalisasi dan borderless world ni. Contohnya ialah kadar tukaran matawang di mana nilai matawang sesuatu negara itu akan mencermin kan kedudukan kewangan dan ekonominya.

Sekian, Wassalam.

Engineer Terengganu
tolong@freeanwar.com

p.s. Kome tak susah hati tengok result SPM yang baru ni? Boleh tak mereka jadi para pekerja yang setanding dengan negara lain?


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com