Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Wartawan Sewaktu Meeting Mesti Ada!

Assalamualaikum,

Banyak betul komen-komen yang saya baca tentang isu meeting PAS-UMNO ni. Sebenarnya PAS memang telah melakukan kesilapan dalam isu ini dek tergopoh-gapah? Pressured by them is it? Seperti komen 'Anak Watan' memang patut bebenor lah PAS meminta persetujuan grass root dulu sebelum membuat keputusan sebesar ini.

Presiden Amerika sewaktu sedang merancang untuk berbuat sesuatu yang besar, akan sentiasa menunggu result gallop poll, Time/CNN polls dll dulu untuk mengetahui reaksi rakyat Amerika kepada permasalahan itu. Jika boleh, buat sahaja undian melalui Internet menerusi laman Web Tranung Kite dsb.

Jika dikaji dengan teliti, sebenarnya PAS tidak pun boleh menolak permintaan UMNO itu. Nak terima nanti padah dek putar belit, tak terima pun sama juga akan dikatanya kita cakap nak reformasi etc. tapi ajak berbincang pun tak boleh. "Mereka tu, nak berdemo dan berceramah saja", kata cek det nanti.

So memang tiada jalan keluar.

So cadangan saya satu saja tapi simple. Masa meeting esok tu, dan semua meeting lagi selepasnya, kita request yang para wartawan kita present so diorang boleh buat live terus kepada pendengar/pembaca laman web. Tranung kite etc. bolehlah organizekan semua ni. Kita tak boleh langsung harapkan media mereka, sebab sure putar alam punya.

So semasa meeting tu, para reformis boleh menilai sendiri perjalanan meeting itu malah boleh terus membuat kesimpulan akan keikhlasan Ameno tu.

Masa hari tu Ust Nasharuddin meeting tu, awat takde wartawan kita buat liputan? Ni tiba-tiba keluar muka depan paper diorang, abih dengan putar belitnya (kalau dia tak putar pun kita dah tak percaya langsung media bodoh ni). So camana kita nak tau apa yang sebenarnya berlaku? Oleh itu, make this one suggestion a reality and Ust fadzil and co boleh save face nanti in case something went wrong and the most important is, reformis akan tahu and media jahanam tu tak boleh tipu kita sebab kita tau.

Engineer Terengganu
p.s. Kita tak mau dengar alasan bodoh 'private meeting' etc. lagi that no journalist allowed. Bende ni melibatkan semua orang Melayu so i think we deserve to know.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com