Dr.AQ~ TEGURAN : KEPADA PEMIMPIN PERGERAKAN ISLAM DAN LAIN
SEPERTI BIASA, sebagai seorang Islam yang perihatin terhadap perjalann pergerakan yang memakai jenama Islam, saya berhak memberikan pendapat. Hak itu adalah:-
pertama, atas nama Islam;
kedua, pemimpin Islam bertanggung jawab bukan sahaja kepada anggota persatuannya tetapi juga kepada seluruh orang Islam, bukan Islam dan makhluk Allah;
ketiga, kerana sekian lama Islam diperjuangkan, tetapi nampaknya pihak "pemimpin" atau pimimpinan sajaha yang beruntung. Pihak pengikut dan orang Islam, pada umumnya, terus menerus berada dalam kerugian. Mereka menunggu "harapan" dari satu dekad ke dekad yang lain ;
keempat, bentuk dan mutu kepimpinan Islam yang diharapkan masih dalam proses dan peningkatan "mutu" :
pemimpin yang unggul ialah:-
1. Mereka yang berilmu menurut nilai siddiq, amanah, tabligh, fatanah dengan Al Quran, Hadith, Ijmak ulama (bukan sendiri-sendiri mengeluarkan fattwa dan pendapat) ilmu am iaitu sains dan teknolgi, ilmu mengatur berbagai bidang kehidupan termasuk pentadibiran organisasi dan negara. Pemimpin sering melihat sejarah dalam setiap hal yang hendak dilaksanakan. Pemimpin kena mempunyai pengetahuan khusus dan luas atau pengetahuan am;
2. Mereka bersifat sebagai seorang guru mengajar dan memimpin murid yang tidak tahu;
3. Mereka bersifat sebagai murid, belajar daripada orang lain dan dari pengikutnya kerana setiap orang mempunyai "kebolehan dan "kepandaian". Pemimpin kena merasakan diri mereka sebagai gelas yang kosong. Tadah dan saring "air" yang diminta ;
4. Mereka bertindak sebagai doktor mengubati pesakit pengikutnya dengan bimbingan yang benar dan luas ;
5. Mereka sebagai diplomat sentiasa berdelomasi "senyum", kata-kata yang ilmiah dan berfalsafah iaitu "siasah" yang tidak menyalahi "Al_Quran, hadith dan ijmak ;
6. Mereka bersikap sebagai pembela kepada Islam dan rakyat ; dan 7. Mereka menja;uhkan diri daripada menjadi HAKIM, mejatuhkan hukum terutama dalam isu yang mereka tidak tahu atau masih kabur.
Atas dasar di atas maka penulis masih boleh memberi pandangan membina atau teguran. Biasanya, tidak kurang mereka yang tidak memperdulikan pandangan orangh lain, terutama jika penulis tidak punya kuasa atau bukan berada dalam kumpulan mereka. Prasangka begitu tebal, ertinya nilai kepimpinan masih berada di bawah tahap mutu yang diharapkan, seperti faktor diatas .
Suatu hal yang kentara ialah apabila ada sesuatu isu, mereka didatangi oleh wartwan (masing-masing dengan motif yang tersembunyi : ada yang melaporkan apa yang telah dikatakan, dan ada pula wartawan yang memerangkap atau memutar apa yang dijawab. Jika diingatkan kepada pemipin ini, maka balas-jawab mereka nampaknya lebih tahu tentang perangkap atau putar belit daripada apa yang "kita" agak. Mereka tidak mengaku "tidak tahu" atau "mengaku salah", bersikap seperti kebanyakan peguamlah ! Itu sikap yang sering kita dengar dan jumpa.) Mereka itu gemar sekali mendapat liputan media, terutama televisyen. Masing-masing seperrti tidak sabar hendak menjawab, walaupun dalam masa mereka hendak ke tandas atau baharu keluar dari tandas. Mereka tidak sempat duduk pun, begitu baik melayani wartawan. Sesudah itu apabila "kata-kata atau jawapan" mereka keluar dan kemudian kena lambung lantas dibidas (smash) maka marahlah mereka dihadapan pengikutnya.
Kelemahan mereka ialah mereka tidak suka pakai "teks" ucapan dan tidak menurut keputusan mensyuarat atau tidak dimesyuaratkan dahulu sebelum mejawab sesuatu pertanyaan yang mengenai negara dan "policy" pergerakan Islam. Justeru itu maka banyak yang terperangkap dan terpaksa ikut arus. Pusing ke kiri pusing ke kanan, perahu hanyut juga, bukan ?
dr_ahmadkamar@hotmail.com
015-30 Feb.,2001