Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PAS serik bekerjasama dengan Umno - Haji Hadi

Oleh Detikdaily

KUALA TERENGGANU: PAS telah belajar dari kesilapan bekerjasama dengan Umno apabila dipecat dari Barisan Nasional pada 1978. Timbalan Presidennya, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak akan menyertai BN lagi dan menjadi alat kepada Umno.

Haji Hadi membuat kenyataan dan penegasan berkenaan berikutan perkembangan mutakhir kedua-dua parti yang mahu mengadakan perbincangan bersabit perpaduan Melayu dan perpaduan nasional.

Seperti kenyataan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Hadi mengulangi pendirian bahawa Pas lebih selesa menjadi pembangkang

Baru-baru ini Perdana Menteri Mahathir Mohamad membuat kenyataan dia bersedia menerima PAS jika parti Islam itu mahu menyertai BN. Katanya, dia tidak mempunyai halangan untuk menerima PAS jika diperseutujui oleh parti-parti komponen yang lain.

Bagaimanapun menurut Haji Hadi, PAS lebih selesa menjadi pembangkang dan sedang bersiap sedia untuk memerintah negara apabila tiba masanya nanti.

Manakala itu Setiausaha Agung PAS, Nasaruddin Mat Isa menyifatkan tindakan Mahathir membuat kenyataan mempelawa PAS menyertai BN, memberikan gambaran bahawa Umno memang tenat dan kehilangan sokongan.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com