Yes! DPS
Oleh - HC
Nampaknya momentum untuk berdemo setiap petang Sabtu akan bertambah setelah apa yang disaksikan di depan Sogo dan di Dataran Merdeka pada hari ini. Rakyat yang dahagakan kebebasan dan kebenaran pada petang ini telah turun dengan begitu ramai sekali.
Rancangan Pemuda BA begitu mengejutkan anjing upahan kaki jilat dan pecacai Madey yang terkaku apabila Ezam dan rakan-rakan terus bergerak dari Balai Dang Wangi menuju ke DM dengan pantas sekali. Trak FRU pemancut air tak sempat nak kejar, tambahan pula trafic jam memang dahsyat sebentar tadi. Depa tak sangka langsung kita nak ke DM. Cuma sebuah heli sahaja yang sempat berpusing di udara ketika itu.
Rakyat turun sehingga membanjiri jalanraya sepanjang jalan ke DM. Memang tak sangka senario 20 September berulang sekali lagi. Ambo ingat setakat nak berdemo depan Balai dan SOGO saja. Tapi polis sudah silap. Apabila mereka menghalang dan mengusir rakyat dari depan balai itu, masing-masing mula bergerak ke tempat lain yang tiada kehadiran polis iaitu di DM.
Yang best tu, Pemuda BA sudah siap timing mereka. Ucapan hanya 10 minit sahaja di depan High Court. Ezam siap naik atas pentas yang tak taulah pulak bila wujud di situ. Memang dah rezeki kita nampaknya petang ini sudah disiapkan pentas untuk berucap. Ezam berucap pakai loud-hailer. Kain rentang Pemuda PAS punyalah besar ada 3 helai direntangkan di atas pentas itu. Ezam kata, kalau Dugong tidak turun dari Mahkamah Persekutuan, kita akan adakan demo setiap minggu! Wow! Best tu!
Siap 10 minit, truk gila tu pun sampai tapi dah terlewat sebab orang semua dah bersurai, tapi rakyat menuju ke SOGO semula selepas itu tanpa arahan sesiapa. Kain rentang dibawa dan laungan reformasi dilaungkan lagi sepanjang jalan ke SOGO. Sekuriti SOGO dah panik mula tutup pintu belakang.
Dari jauh ambo nampak polis mula kejar dan pukui rakyat. Mungkin ada yang kena cekup lagi. Tapi hujan yang renyai ketika itu mula bertambah lebat, seterusnya polis pun tak boleh kejar lagi. Ambo pun start kereta dan ambik orang rumah kat Chow Kit yang pergi beli pakaian budak.
Kesimpulannya, turn-out petang tadi begitu membanggakan sekali. Masa di depan SOGO kita melaungkan Reformasi itu, nampak tak berapa ramai. Tapi bila start saja nak pergi DM, entah mana datang tetiba sahaja jadi macam semut menghurung gula. Agaknya itulah golongan silent majority yang tak berani ke depan, tapi bila berarak, mereka begitu berani sekali. Memula kita ingatkan depa nak tunggu bas balik rumah, rupa-rupanya tak jadi balik bila dijemput ke DM!
Ucapan terimakasih diucapkan kepada rerakan lain yang menjadi news-breaker di FGR petang ini. Insyallah, kita tingkatkan kerjasama dua hala ini. Malam ini, lintas langsung dari Kulim pulak!
Salam,
HC
..................................................................................
Demo petang ini versi Mak Cik
Jam 10 pagi, Mak Cik suruh L telefon guru komputernya untuk tunda kelas. 'Kenapa?' tanya gurunya. 'Adik-adik tak sihat.' jawab L. Keempat-empat anak Mak Cik ada kelas hari ini. Yang tak sihat cuma seorang tapi cukuplah untuk dijadikan alasan.
Jam 11, L sibuk membuat persiapan. 3 botol air, tuala dan kamera, semuanya disumbat ke dalam backpacknya.
Jam 12, Mak Cik berdua beranak bertolak dari rumah untuk ke stesen komuter. Pak Cik telefon dari pejabat untuk confirm meeting point.
Pemandu teksi memberitahu Mak Cik yang jalan banyak ditutup untuk persediaan Tour de Langkawi. KL sentiasa sesak dan Mak Cik pun bukannya hari-hari di KL, jadi tak tahulah sama ada hari ini ada kelainannya atau tidak. Melewati Pasar Seni, Mak Cik tinjau-tinjau juga ke arah Masjid Jamek sebab kalau ikut program perhimpunan bermula di situ. Mak Cik tak berani nak tanya pemandu tapi mengikut pemerhatian Mak Cik, macam tak ada apa-apa. L sedikit resah. Risau agaknya kalau-kalau persiapannya sia-sia.
Sekitar jam 3.30 kami sampai di Balai Polis Dang Wangi. Sebaik saja kami masuk ke situ, datang seorang polis traffik memberi isyarat supaya kenderaan di situ berpatah balik. Deretan bas dan teksi, satu-satu mula berpusing. Orang tak berapa ramai. Kami mendengar laungan reformasi. Kata Pak Cik, boleh tahan kuatnya, mungkin ramai di depan.
Bawah pokok di depan balai polis seorang pak cik memberikan impromptu speech. Marah benar nampaknya beliau pada UMNO. Di situ adalah 2-3 orang polis. Mak Cik risau kut-kut dicekup pula pak cik itu. Bila Mak Cik sampai di sisinya, Mak Cik pun kata 'Sabar Pak Cik'. Pak Cik pulak kata 'Saya sokong Pak Cik'. Agaknya seronok pak cik itu mendengar yang dia tak keseorangan.
Kami mengikut jalan belakang carpark untuk sampai ke depan balai polis. Di situ seorang reformist wanita, orang Trengganu agaknya, dengan segera menghulur tangan. Terperanjat juga Mak Cik. Tak sangka pula muka Mak Cik ni dah dicam oleh regular reformists. Wanita ini memberitahu Mak Cik yang 5 orang dah ditangkap tetapi dia tak memberitahu identiti mereka. Mak Cik tanya alasan penangkapan. Katanya sebab melawan.
Disebabkan hari ini Mak Cik batuk-batuk, Mak Cik ajak Pak Cik pergi beli air dan gula-gula Hacks di barisan kedai di belakang carpark. Waktu itu, seorang pegawai membuat announcement meminta 'Tuan-puan yang tidak berkenaan supaya beredar dari kawasan ini.' Wanita Trengganu tadi melaungkan sesuatu. Menjawab pula pegawai itu. Dengan mikrofon, pegawai itu berkata 'Sesiapa yang ada masalah, boleh datang berjumpa saya dan tuan punya kenderaan juga dibenarkan mengeluarkan kenderaan dari sini.'
Macam-macam reaksi yang Mak Cik lihat dari orang ramai yang ada di situ. Ternyata mereka tidak puas hati dengan kehadiran FRU di kawasan itu.
Ketika kami berjalan keluar, seorang Cina melaungkan 'Reformasi'. Mak Cik seronok tengok sahabat dari kaum Cina pun mempunyai semangat juang. Pak Cik pulak ingatkan Mak Cik yang 'pejuang' itu mungkin SB. Ketika kami menghampiri Si Cina ini, dia mengeluarkan kertas petition SRJK Damansara. Mak Cik beritahu beliau, 'Saya ingat awak SB.' Dia pulak menjawab 'Memang saya SB tapi SB BA.' Kira oraitlah tu.
Selepas membeli air, kami menyusuri jalan hingga sampai ke depan Sogo. Kumpulan di depan Sogo yang menyanyi dan membuat laungan reformasi tidaklah begitu besar tetapi sukar juga nak menganggarkan yang ada di Pertama, di atas tangga Sogo dan di kaki lima yang berhampiran. Kenderaan yang lalu pun bolehlah tahan dengan hon reformasi mereka.
Apabila kumpulan yang membuat laporan tiba di depan Taza, kumpulan depan Sogo menyerbu mereka dan terhentilah seketika lalu-lintas di situ. Dengan serta-merta arahan untuk ke Dataran Merdeka di buat. Pada ketika itu, hujan mula turun rintik-rintik.
Memang benar, apa yang HC cakap. Tiba-tiba jalan jadi sesak dengan orang yang mahu berarak. Hati Mak Cik cukup tersentuh melihat dua orang wanita tua - anggaran Mak Cik mereka ini berusia 60an - turut berjalan bersama-sama ke arah DM. Dan sememangnya mereka menyertai kita kerana Mak Cik jumpa mereka semula di DM.
Dataran Merdeka hari ini mempunyai 2 pentas. Satu pentas untuk persembahan hujung minggu dan satu lagi pentas untuk Tour de Langkawi. pekerja-pekerja pun masih sebok memasang kerusi-kerusi di situ. Pentas Tour de Langkawi didirikan betul-betul di depan Mahkamah Agong dan di situlah Ezam memberikan ucapannya.
Kenderaan yang lalu-lalang boleh dikatakan memberikan kerjasama apabila petugas menunjukkan isyarat mereka memerlukan hanya 10 minit untuk ucapan Ezam dan Ezam pun cukup menjaga waktu.
Mak Cik harap ada akhbar esok, tak kiralah akhbar Melayu atau Inggeris atau Cina yang menyiarkan gambar banner-banner yang direntangkan. Mesej banner-banner ini meminta Mohtar Abdullah supaya meninggalkan jawatannya sebagai hakim. Jika Mohtar akur dengan permintaan rakyat, dia bolehlah kekal dengan gelaran dugong kerana mempunyai kulit yang nipis tetapi kalau dia terus berlagak macam tak ada apa-apa, wajarlah kita menyediakan gelaran yang sesuai dengan kulit mukanya yang tebal itu.
Selesai Ezam berucap, barulah kelihatan sebuah helikopter di langit dan water cannon. Beberapa minit kemudian menyusul pulak trak FRU. Melihat kumpulan yang bersurai dalam satu kumpulan besar, Pak Cik menyuruh kami berpatah balik. Kami pergi ke taman yang di situ dan duduk-duduk di situ. Beberapa reformist yang datang dengan keluarga juga mempunyai idea yang sama.
Mak Cik lihat Tian Chua di julang oleh kumpulan yang menuju ke Jalan TAR. Dari tempat kami lepak, tak nampak pula apa yang terjadi seterusnya.
Setelah lalu-lintas menjadi normal, kami pun pergi ke TAR untuk agenda yang kedua iaitu shopping.
Ketika balik, sekali lagi kami melewati Balai Polis Dang Wangi. 2 trak FRU masih berada di situ. Di Dataran Merdeka, masih ada water cannon dan trak FRU.
'Apa yang dia orang buat kat situ lagi?' tanya Pak Cik. Entahlah...rasanya reformist semua sudah pulang dan sedang berehat di rumah masing-masing dan mungkin sedang memikirkan strategi untuk main-main lagi minggu depan.
Lawan tetap lawan!!!
...........................................................................
Semangat reformasi masih utuh.
Oleh - Parang tajam.
Melihat apa yang berlaku pada hari ini di B.Polis Dang Wangi,depan Sogo dan di Jln Raja Laut, ternyata semangat reformasi tetap utuh dan membara.Tanpa di sangka-sangka para pendemo jalanan bertambah menjadi ribuan dengan sekelip mata.Rupa-rupanya semasa di hadapan Sogo dan Pertama Complex mereka hanya memerhatikan dari jauh.Kalau begini keadaannya memang ada harapan utk menjatuhkan Mahathir melalui demonstrasi jalan raya,tak perlu pilihanraya.Hanya yang perlu adalah kesediaan para Pemimpin utama BA utk mengepalai pendemo.Tak pelu bincang lagi kita hanya teruskan demo.
Lawan tetap lawan.
..............................................................................
7 penyokong reformasi ditahan, termasuk Tian Chua
Oleh - ‘Ein Azmi dan Zakiah Koya
6:56pm, Sat: Seramai tujuh orang penyokong reformasi hari ini ditahan polis dalam satu perhimpunan di Kuala Lumpur, termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Nasional Tian Chua.
Tiga daripada mereka ditahan di depan balai polis Jalan Dang Wangi dan selebihnya berdekatan kompleks membeli-belah Sogo. Turut ditahan petang ini penulis tamu malaysiakini Hishamuddin Rais.
Seorang daripada tujuh lelaki itu mengalami pendarahan di mulut dan mereka dipercayai dibawa ke balai berkenaan.
Bagaimanapun polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tangkapan ini.
Kira-kira 3,000 penyokong pembangkang berarak dari balai polis itu melalui Jalan Raja Laut menuju Dataran Merdeka dan dipimpin oleh Ketua Pemuda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Nor.
Mereka melaungkan slogan “reformasi” dan “undur, Mahathir undur.” Kumpulan itu kemudiannya bersurai di depan Mahkamah Persekutuan di bangunan Sultan Abdul Samad.
Kira-kira beberapa ratus penyokong reformasi selepas itu meneruskan perarakan melalui jalan yang sama menuju kompleks Sogo sehingga disuraikan oleh sekurang-kurangnya 50 anggota polis.
Sebelum itu, Ezam dan rakan-rakan sejawatnya daripada PAS Mahfuz Omar dan Parti Rakyat Malaysia Faisal Sanusi membuat laporan polis, dengan diiringi oleh Naib Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.
Mereka meminta polis menyiasat dakwaan salah laku hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohtar Abdullah ketika menjawat Peguam Negara.
Dalam laporan polis itu, pembangkang mendakwa Mohtar gagal melaksanakan tugas pendakwaan dalam kes-kes yang jelas mempunyai prima facie (bukti yang kukuh).
“Beliau juga telah melakukan pendakwaan terpilih dan menyalahgunakan kuasa sebagai Peguam Negara,” laporan itu dipetik.
Mohtar turut didakwa cuba menutup kes salah laku bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin walaupun laporan polis telah dibuat terhadap bekas hakim itu berhubung lawatannya di New Zealand dengan seorang peguam terkenal VK Lingam.
Menutup kes pemberian saham
Menurut laporan itu lagi, Mohtar pernah bercuti bersama seorang tokoh perniagaan Vincent Tan dan Lingam di Itali pada 1994.
“Sehubungan dengan itu, kami mengesyaki bahawa Mohtar telah menutup kes salah laku Eusoff Chin,” laporan itu dipetik.
Mohtar juga didakwa menutup kes pemberian saham sejumlah 1.5 juta unit oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Rafidah Aziz kepada Fazrin Azwan, menantu menteri itu.
Menurut laporan itu, seorang pegawai polis telah memberikan keterangan di mahkamah Petaling Jaya berhubung dokumen cadangan pendakwaan terhadap Rafidah ketika perbicaraan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dituduh terhadap Ezam.
“Tetapi sehingga beliau (Mohtar) bersara sebagai Peguam Negara, tiada tindakan yang beliau laksanakan (untuk mendakwa Rafidah),” menurut laporan itu.
.........................................................
Oleh : Si Belalang
Hari ini aku melihat kehebatan Ezzam ....
Tiba-tiba semacam ada kekecuhan sebaik sahaja di memasuki pintu pagar balai (anjing) Dang Wangi@Dang Busuk ...
Bila aku menjengah dicelah-celah manusia yang berada di situ, kelihatan Ezzam menudingkan jari telunjuknya ke arah beberapa orang pegawai anjing yang menunggunya di situ.
Selepas dari itu aku mendapat tahu bahawa pada mulanya pegawai-pegawai polis itu seolah-oleh enggan menerima kemasukan Ezzam yang hendak membuat lapuran. Ini menyebabkan Ezzam menghempaskan salinan repot yang berada di tangannya lalu memberi kata dua yang tegas sambil menudingkan jari telunjoknya ke muka pegawai pegawai anjing tersebut, Akhirnya mereka mengalah dan menerima kedatangan Ezzam sedangkan laungan reformasi kedengaran bertubi-tubi mengiringi kejadian itu ...
Anjing ni jenis yang suka mengejar dan menyalak, tapi kalau dibentak, pasti dia akan diam dan takut !!!!
Satu kejadian yang melucukan dikalangan anjing-anjing tersebut ....
salah seorang kawan mereka sendiri yang menjadi jurugambar dari bukit tak aman, telah ditangkap oleh siput-siput babi yang bertugas semasa sedikit kekecohan di depan balai semasa Ezzam masuk untuk membuat lapuran ...
aku kenal sangat dengan budak kampung aku tu, tapi pasal dia ni jenis menyamar ambil gambar, berbadan gempal dan berambut sedikit panjang akhirnya kena tangkap jugak. anjing dang busuk tak kenal anjing bukit aman, yang seronoknya, penjelasan beliau bahawa dia pun anjing jugak langsung tidak diambil endah oleh siput-siput babi yang menangkapnya. Bagi mereka sapu sahaja dulu, tangkap tanpa banyak soal, jangan dengar alasan mereka yang kena tangkap... dengar khabar lama jugak dia kena tahan ...
Tak tahulah kalau motif tertentu disebalik tangkapan itu !!!