Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kerajaan harus menamakan pemimpin atau pegawai yang membayar lebih saham MAS

Kerajaan harus menamakan pemimpin atau pegawai yang membayar 117% lebih daripada harga pasaran kepada Tajudin Ramli bagi saham MAS tanpa penilaian professional supaya laporan polis dapat dibuat terhadap mereka Akhbar Star hari ini melaporkan pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Aziz Shamsuddin bahawa dalam masa seminggu kerajaan akan menjelaskan pembelian semula saham MAS milikan Tan Sri Tajudin Ramli bernilai RM1.79 bilion pada harga RM8 per saham, pada premium sebanyak RM4.32 atau 117% melebihi harga pasaran yang bernilai RM3.68 per saham.

Aziz memberitahu wartawan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam semalam:

"Beri kami masa satu minggu. Maklumat itu akan membantu membetulkan maklumat salah yang timbul daripada pembelian itu."

Mengapakah kerajaan memerlukan satu minggu lagi untuk menjelaskan pembelian itu, sedangkan kerajaan bersetuju dengan urus niaga itu 2 bulan yang lalu – tiada penilaian professional seperti yang diakui Tajudin dalam surat edarannya kepada pemegang saham Naluri. Kerajaan harus menamakan pemimpin atau pegawai yang membayar 117% lebih daripada harga pasaran kepada Tajudin Ramli bagi saham MAS tanpa penilaian professional supaya laporan polis dapat dibuat terhadap mereka – sama ada kemungkiran janji atau penyalahgunaan kuasa. Rakyat Malaysia masih berasa terbingung kerana terperanjat dengan pembelian itu dan penyelamatan 2 syarikat LRT, PUTRA dan STAR yang diumumkan pada 10 hari yang akhir tahun lepas.

Adakah Aziz sedar bahawa wang sebanyak RM7.79 billion dapat digunakan untuk membina 10 buah universiti dengan segera atau memberi biasiswa atau pinjaman kepada 300,000 orang pelajar atau membina perumahan kos rendah bagi 200,000 orang rakyat?

Aziz berkata bahawa "pemimpin yang sewajarnya” akan membuat pengumuman itu dalam masa satu minggu.

Kerajaan harus memberi suatu notis mengenai persidangan tentang pembelian itu dan menjemput mereka yang berminat demi menyoal keputusan itu.

menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin telah berkata bahawa harga itu telah disetujui kerajaan dan Tajudin. Walau bagaimanapun, kerajaan harus sedar bahawa ia bertindak bagi pihak rakyat yang bukan “pembeli yang rela”.

Saya ingin menghadiri persidangan itu dan saya berharap “pemimpin itu” tidak akan mengelak daripada menjelaskan pembelian itu supaya meyakinkan rakyat Malaysia bahawa urus niaga MAS tidak membazirkan tabung awam.

........................................................................................................
Kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada 10 Februari 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com