Adakah laman web UMNO bahan korban pertama dalam permulaan pergelutan kuasa UMNO yang dicetuskan oleh Perhimpunan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"?
Saya telah berkata bahawa perhimpunan Badan Bertindak Melayu (BBM), "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" merupakan nama yang tidak padan kerana perhimpunan itu sebenarnya mengenai "Takkan UMNO Hilang Di Dunia" dan ini merupakan cabaran terbesar bagi kepemimpinan Mahathir dalam UMNO sejak pemisahan Team A- Team B dan pemberontakan Razaleigh pada tahun 1987. Saya telah mengecualikan cabaran Anwar Ibrahim terhadap Mahathir kerana tidak pernah dibenarkan dalam UMNO.
Nampaknya, perhimpunan itu menandakan permulaan pergelutan kuasa dalam UMNO dan ramai orang telah menanya sama ada laman web UMNO, UMNO-online, adalah bahan korban pertama kerana ramai orang mengadu tidak dapat melawat laman web itu sejak petang lalu selepas 2 serangan terhadap penganjur dan penceramah di perhimpunan itu.
Selepas satu artikel bertajuk "Perhimpunan Barisan Bertindak Melayu: Keluar Dari Landasan Agenda Melayu" diterbit di laman web UMNO untuk menghentam perhimpunan itu atas sebab perhimpunan itu tidak bertujuan mencari cara untuk melindungi kepentignan Melayu tetapi hanya untuk menunjukkan penceramah sebagai pejuang Melayu dan selain dariapda Tan Sri Awang Had Salleh dan Tun Ghafar Baba, semua penceramah lain merupakan “wakil” PAS dan Pemuda KeADILan ("wakil Mahfuz dan Ezam"), ia bertujuan menyerang perhimpunan itu.
Artikel yang bertajuk "Badan Bertindak Melayu (BBM) Agendanya Mengelirukan", menuduh bahawa perhimpunan itu mungkin telah dianjurkan oleh Parti Semangat Melayu 46 12 tahun yang lalu apabila ia beradu dengan Mahathir dan UMNO.
Artikel itu menyatakan:
"Apakah mereka ini sekali lagi menjadi kelompok 'elit' yang turut sama berjuang dan bertujuan untuk menumbangkan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamed melalui jalan lain?"
"Mengapa mereka menggunakan platform ini, nama keramat Melayu ini dan perhimpunan ini sebagai satu wadah menzahirkan dendam mereka kepada YAB Perdana Menteri? Belum terpadam rupanya dendam mereka."
"Percaya atau tidak, saya terasa berada dalam majlis yang dianjurkan oleh Parti Melayu Semangat 46, 12 tahun yang lalu. Tatkala Dato' Harun diusung ke atas pentas bersama kereta roda dan diiringi oleh seorang jururawat yang manis, ia segera mengingatkan saya peristiwa Almarhum Tunku Abdul Rahman diberikan sambutan yang serupa."
"Bezanya, kedatangan Dato' Harun disambut dengan teriakan 'Hidup Melayu !!!'."
"Nampak sesuatu yang tidak kena dengan BBM ini. Mungkin niat mereka baik. Mungkin mereka berniat untuk memperbetulkan sesuatu dan mengkritik kerajaan dalam menjalankan prinsip demokrasi yang diamalkan"
"Mereka turut peka dan gelisah terhadap perpecahan yang berlaku dewasa ini. Malangnya, isu dan pandangan setengah mereka tidak ada bezanya dengan apa yang disampaikan oleh pihak pembangkang."
"Bagi mereka, perpecahan yang berlaku ini hanya kerana kelemahan dan kredibiliti pemimpin yang mereka pertikaikan."
"Mereka mempertikaikan susunan kabinet, dasar penswastaan dan projek KLCC, Putrajaya dan sebagainya. Maksudnya, perpecahan ini adalah berpunca segalanya dari kelemahan kerajaan dan pemimpin tertinggi (cara mereka pukul anak menyindir menantu) dalam menjaga hak orang Melayu."
"Mereka menyediakan peluru buat PAS dan KeADILan untuk menghina pemimpin Melayu yang lain. Tidak seorang pun yang mengkritik PAS mahupun KeADILan sedangkan kedua parti ini banyak menggugat perpaduan dan pembangunan Melayu."
"Tidak seorang pun menyalahkan fitnah dan adu domba yang disusun secara bersistem untuk menjahanamkan kredibiliti pemimpin kerajaan."
"Tidak seorangpun, yang menyalahkan tohmahan dan penipuan yang bertali arus disusun oleh PAS dan KeADILan termasuk yang dilakukan oleh manusia yang mengaku menjadi ulama dalam PAS."
"Malah, mereka sebenarnya menjadikan forum ini sebagai medan untuk mengutuk dan mengkritik kerajaan dan YAB Perdana Menteri. Mereka, sama seperti PAS atau Keadilan yang turut menghentam membabi buta."
Seruan supaya tindakan disiplin diambil dalam UMNO terhadap penganjur dan penceramah di perhimpunan itu telah terdengar, sehingga salah satu penceramah, ahli pendidikan Tan Sri Awang Had Salleh terpaksa menjauhkan diri dengan menuntut bahawa penganjur kurang kredibiliti dan beliau berasa tertipu kerana perhimpunan itu telah menyimpang tema asal iaitu perpaduan Melayu.
Penganjur menggunakan poster dan sepanduk yang bersifat menghasut dan provokatif – rakyat Malaysia masih menunggu polis dan Peguam Negara mendakwa penganjur atas kesalahan menghasut - sentimen perkauman yang dimainkan di perhimpunan itu dengan mempersalah kaum lain atas kemerosotan UMNO seperti menggunakan rusuhan 13 Mei 1969 dan seruan kepada kerajaan supaya menolak 83 rayuan pilihan raya Suqiu harus diutuk, terdaapt beberapa perkara yang disebut oleh penceramah, misalnya:
"Kami ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin bahawa orang Melayu tidak akan meninggalkan UMNO tanpa sebab. Pemimpin-pemimpin UMNO harus menyelidik mengapa orang Melayu menolak UMNO dalam pilihan raya 1999. Jika sebuah rumah adalah dalam keadaan teruk, kita tidak harus memusnahkannya. Jika tiang rumah yang rosak, maka kita boleh menggantikannya."
- Datuk Zakaria Said, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah.
"Dr Mahathir telah melakukan banyak perkara bagi negara, tetapi kini beliau harus dengar daripada akar umbi. Kerajaan harus menjelaskan isu-isu kepada akar umbi sebelum membuat keputusan…Akar umbi berpendapat bahawa Kabinet harus dibersihkan. Kabinet kini tidak menikmati kredibiliti di kalangan orang Melayu"
- Datuk Mazlan Harun, anak lelaki bekas Mentri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.
"43 tahun selepas merdeka, tetapi di manakah hak kita? Jika kerajaan membelanjakan berjuta ringgit untuk Putrajaya, MSC dan semua bangunan hebat ini, tentunya ia dapat mewujudkan pembangunan yang memberi faedah kepada orang Melayu. Akan tetapi masih terdapat petani dan nelayan Melayu yang miskin. Sebaliknya, kerajaan lebih mementingkan syarikat dan orang-orang yang terpilih - YTL, MRCB, Berjaya, Renong, DRB (korporat besar Malaysia)."
- Tajuddin Rahman, veteran Umno.
"Masalah dengan UMNO sekarang ialah ramai orang cuba mengampu. Perhimpunan seperti ini adalah tempat yang sesuai untuk meluahkan pandangan kita kerana mereka yang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO lebih suka menyenangkan hati pemimpin-pemimpin dan bukan memberitahu kebenaran."
- Datuk Ibrahim Ali, seorang bekas timbalan menteri.
Persoalan ialah sama ada penceramah ini telah melanggar disiplin parti dalam UMNO dengan memberi ucapan sedemikian dan mungkin tidak akan mengakui kesalahan mereka atau diambil tindakan disiplin, atau mereka mengatakan sesuatu yang benar dan sedia mencetuskan perubahan dalam UMNO yang melibatkan penyingkiran Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Masalah terbesar yang dihadapi oleh penceramah ini ialah mereka kekurangan kredibiliti politik untuk mengetuai perubahan dalam UMNO akibat daripada peristiwa politik mereka yang lalu – kecuali seseorang yang berkredibiliti sedia mengetuai perubahan itu. Terdapatkah orang ini dalam UMNO?
........................................................................................................
Kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang di Petaling Jaya