Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


'Takkan UMNO Hilang Di Dunia'

Isunya bukan 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' tetapi 'Takkan UMNO Hilang Di Dunia' Pemangku Ketua Polis Bandar Kuala Lumpur, Datuk Meor Chek Hussein Mayayuddin berkata semalam bahawa polis telah mengeluarkan permit untuk mengadakan Perhimpunan 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam selepas Badan Bertindak Melayu (BBM) diketuai bekas Timbalan Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ibrahim Ali, menghantar permohonan kedua.

Amat dikesali, pihak berkuasa, termasuk Polis dan Jabatan Peguam Negera, tidak sensitif terhadap laporan polis yang dibuat oleh DAP, PAS, KeADILan, PRM, organisasi bukan kerajaan (NGO), rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan agama, Melayu, Cina, India, Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan jantina untuk membantah poster dan sepanduk Perhimpunan 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia' yang menyeru semua “Melayu bersatu” dengan menggunakan sebilah keris dicabut berlatarbelakang darah merah – poster dan sepnaduk ini adalah bersifat provokatif, menghasut, tidak sensitive dan taboo dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Saya berasa kesal kerana Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dan Peguam Negara baru, Datuk Ainum Mohamed Said tidak membalas seruan saya supaya mereka mengambil tindakan keras atas laporan polis itu dan mendakwa bekas ahli politik UMNO seperti Ibrahim Ali, Rahim Thamby Cik dan Tamrin Ghafar yang mengadakan perhimpunan itu.

Mengapakah polis tidak mengarahkan BBM menurunkan poster dan sepanduk itu dengan segera?

Polis tidak menunjukkan kebebasan, profesionalisme, integriti dan keupayaannya mengutamakan kepentingan negara dengan memberi permit polis kepada BBM tanpa mengarahkannya menurunkan poster dan sepanduk dengan segera.

Poster, sepanduk dan perhimpunan itu merupakan ujian bagi Malaysia sama ada ia telah berkembang dalam 43 tahun ini di mana rakyat Malaysia adalah rakyat Malaysia, dan kemudiannya orang Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban atau negara kita masih berada dalam zaman penjajahan dan evolusi kesedaran serta konsep perpaduan negara yang lebih penting daripada pengasingan kaum masih belum wujud.

Penganjur perhimpunan itu harus berasa malu kerana menjadi pengganas politik yang sedia menjejaskan kemakmuran ekonomi Malaysia dengan menakutkan pelabur dengan menimbulkan ketegangan kaum dalam negara ini.

Dalam masyarakat pelbagai kaum seperti Malaysia, mereka yang cuba mewujudkan kebimbangan di kalangan rakyat dengan menghasut ketakutan kaum iaitu suatu komuniti sedang menghadapi kepupusan, sebenarnya adalah amat tidak bertanggungjawab – isu sebenar yang dihadapi ialah "Takkan Malaysia Kalah Di Dunia" dalam era teknologi maklumat dan globalisasi!

Adalah lebih wajar tema perhimpunan itu ditukar dari "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" kepada "Takkan UMNO Hilang Di Dunia", kerana ini adalah subjek yang terdapat dalam minda penganjur – perhimpunan itu juga telah ditukar ke ibu pejabat UMNO di PWTC.

Adakah bekas ahli politik UMNO layak untuk membincangkan "Takkan UMNO Hilang Di Dunia" sedangkan mereka bertanggungjawab ke atas keadaan UMNO yang teruk sekarang, akibat daripada sokongan mereka terhadap dasar-dasar yang membenarkan pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional terikat pada peneyelewengan, penindasan politik dan kedaulatan undang-undang yang terjejas.

Dilaporkan beberapa bekas pemimpin UMNO dan intelektual akan berucap di perhimpunan itu. Orang-orang ini harus sedar bahawa mereka akan kehilangan penghormatan daripada rakyat Malaysia, orang Melayu dan bukan Melayu, jika mereka hadir ke perhimpunan itu.

Pemimpin, bekas pemimpin, ahli dan penyokong UMNO harus mengecam komunalisasi BBM dan menunjukkan komitmen mereka terhadap Malaysia dengan tidak menghdiri perhimpunan itu. Jika tidak, rakyat Malaysia hanya boleh menyimpul bahawa pemimpin UMNO pada abad ke-21 adalah pengganas politik seperti Ibrahim Ali, Rahim Thamby Cik dan Tamrin Ghafar, membangkitkan persoalan "Takkan UMNO Hilang Di Dunia"!

..........................................................................................
Kenyataan akhbar Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada 3 Februari 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com