Yang kita nampak, bekas-bekas barisan kepimpinan muda dalam umno seperti Mazlan Harun Idris turut tampil utk memperjuangkan perpaduan Melayu . Maka tampil beberapa nama yang sudah lama tenggelam termasuk Ibrahim Ali dan Rahim Tambhy Chik ( tahniah !) serta Ghafar Baba. Ehem!
Kehilangan mereka samada secara sementara atau selamanya tidak pernah ditangisi oleh umno, jauh sekali untuk diratapi oleh orang-orang Melayu.
KELOMPOK YANG LOYA
Bagi kelompok umno yang sudah loya dengan kepimpinan Mahdey merasakan bahawa gerakan tersebut seharusnya menjadi satu platform atau pemangkin kepada gerakan yang lebih berwibawa dan berkesan untuk menggoncang kedudukan Mahdey. Tetapi ia seperti tersekat di sana sini. Apatah lagi apabila beberapa tokoh MT termasuk Mat Tyson turut memberi komen yang tidak favour kepada kumpulan berkenaan.
Gerakan itu, pada pandangan setengah pihak , harus disertai oleh semua golongan veteran dalam umno,termasuk Musa Hitam, Ghazali Shafie, Harun Idris dan lain-lain. Lalu bertanya orang umno ini, mana mereka semua? Ketika orang Melayu dalam umno berada di dalam kesempitan dan nazak yang teruk, para pemimpin veteran seolah-olah menghilangkan diri. Alangkah baiknya jika kumpulan ini dapat memberi tekanan terus menerus kepada Mahdey dan barisan kepimpinan umno yang jelas sudah hilang upaya untuk menerajui parti.
KEAHLIAN umno YANG MELUCUKAN
Baru-baru ini, gerakan mengemaskini keahlian umno dijalankan di seluruh negara. Maka bergeraklah beberapa orang kakitangan daripada PWTC ke seluruh pelusuk negara untuk memberi penerangan dan mendapat lapuran balas terhadap keahlian di peringkat akar umbi. Antara matlamat gerakan ini ialah untuk mengemaskini keahlian umno, mendapat maklumat mengenai ahli umno yang menyokong parti lawan, senarai cawangan yang aktif atau mati, dan juga gerakan mendapatkan keahlian baru, terutama dari kalangan jenerasi muda/belia.
Menurut sumber, respon terhadap taklimat dan gerakan ini sungguh mengecewakan! Kehadiran daripada kepimpinan di akar umbi sungguh menyedihkan seolah-olah umno sudah mati dan terkubur.
Apa ketidaknya, borang mengemaskini ahli yang diedarkan kepada 2.8juta ahli umno ( hahahhaa... kelakar betul) di seluruh negara tidak mendapat sambutan daripada ahli. PWTC hanya menerima setakat tidak lebih dari 300 ribu borang , dan sebahagian besar darinya telah dikembalikan dengan pengiriman lambang BA. Malah , di ruang-ruangan tertentu, mereka dengan beraninya mewarnakan borang berkenaan dengan warna hijau dan biru! Manalah tak haru umno!
Haru biru dalam umno sudah menjadi budaya, dulu kini dan selamanya. Tak heranpun. Memangpun kebanyakan pemimpin atasan dalam umno berfikiran haru biru dan celaru. Yang selebihnya otak blue. Banyak xxrated dalam hotak!
Tentang borang keahlian satu bab. Satu bab lagi ialah pertindihan keahlian umno. Hampir 50ribu daripada senarai keahlian terdiri daripada jumlah ahli yang bertindih nama, termasuk nama ahli yang mati tetapi masih dianggap hidup dan sah mengundi dalam pilihanraya umum.
PENGUNDI HANTU
Kepada sdr Saifudin Nasation ( dan petugas BA di Lunas), syabas. Memang benar kata Sdr Saifudin, sdr adalah bekas bapak segala hantu. Masakan pengundi hantu berani membuat onar di sana. Cuma, sebagai peringatan, senarai 50 ribu itu masih dikira tidak tepat, kerana ia tidak termasuk senarai sejumlah besar orang asli dan kaum pribumi di Sabah serta pendatang "haram bermusim". Pendatang haram ini akan diberi ruang dan tempat yang cukup selesa semasa musim pilihanraya, sengan syarat mereka sanggup menjadi pengundi hantu.
Berhati-hatilah dari sekarang dengan tektik dan strategi umno bagi tahun 2004 nanti. Satu sistem yang lebih canggih ( dengar kabarnya) telah disiapkan untuk diselaraskan dengan SPR.
SI LUNCAI DENGAN LABUNYA
Kepada penggerak gerakan Perpaduan Melayu ala ala latuk , lepas ini apa agenda kalian? Setakat melaung dan menjerit serta bertepuk tangan di PWTC tempoh hari, adakah mencukupi untuk melaungkan semangat bangsa? Apakah para pelajar yang diheret ke dewan pada hari itu mampu untuk merealisasikan impian berkenaan? Huhhhh.. huh! Keringat belum kering, debar hati menanti hentakan Mahdey pada Mesyuarat MT kali ini! Sabar jeler Bgahim...
Dahlia/KL
..............................................
Petikan FGR