Di peringkat awal Gerakan Reformasi ini meletus dahulu, saya telah mengutara dan mendedahkan sebanyak sembilan kali mengenai rancangan konspirator yang ingin menamatkan riwayat Anwar dengan pelbagai taktik kotor dan jahat mereka. Dalam tulisan saya yang boleh dirujuk di http://www.geocities.com/Pentagon/Bunker/1711/bahan1103.html saya telah mendedahkan mengenai Konspirasi Pembunuhan ke atas Anwar dimana pada Perenggan ke 10 artikel tersebut saya telah melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan Anwar, “Percayalah saudara saudari semua, jika layanan dan kekejaman yang dilakukan ke atas Anwar seperti yang berlaku sekarang di dalam penjara berterusan, Anwar akan menderita yang berpanjangan (kalaupun tidak mati) sebelum tamat tempoh beliau menjalani hukuman penjara ke atasnya. Saya yakin Anwar tidak akan menjadi seorang yang ‘sempurna’ lagi bila keadaan ini berterusan diperlakukan ke atasnya”. [Terbukti sekarang dengan penderitaan yang Anwar sedang alami]
Dalam artikel saya yang bertajuk “Aziz Shamsuddin Diberi Kuasa Penuh Untuk Hapuskan Anwar “ yang boleh dibaca di http://members.tripod.com/mahafiraun/15p09aziz.htm saya turut menulis dengan cemas akan keselamatan Anwar selagi beliau berada di dalam cengkaman para konspirator jahannam tersebut. Ekoran itu, saya telah menyeru para pendokong Reformasi semua agar menyelamatkan Anwar melalui tulisan saya di http://members.tripod.com/mahafiraun/19p08bahaman.htm selepas negara digemparkan dengan kejadian Anwar diracun dengan arsenik. Setahun yang lalu, iaitu pada 31 Januari 2000, dalam tulisan saya yang boleh dibaca di http://members.tripod.com/mahazalimtwo/310100sac.html saya telah mendedahkan mengenai usaha terbaru para bajingan konspirator untuk menghapuskan Anwar dengan menggunakan ilmu hitam. Dengan Izin Allah dan mungkin berkat dan makbulnya doa kita semua, permainan ilmu hitam yang ditujukan kepada Anwar itu tidak ‘berbekas’ dan memakan dirinya.
Kini setelah lebih dua tahun Anwar dikurung dalam sel yang tidak selesa, beliau menghadapi sakit tulang belakang yang serius, yang membawa kepada risiko lumpuh. Keadaan fizikal di dalam sel penjara merupakan faktor kedua terbesar selepas faktor utama kecederaan yang diakibatkan oleh Rahim Si Bapak Anjing, yang membawa kepada penyakit slipdisc yang dialami oleh Anwar kini. Mahathir dan anjing-anjingnya memang sengaja mahu melihat dan membiarkan Anwar berkeadaan sebegitu dengan harapan Anwar akan cepat ‘padam’ dan hapuslah riwayat musuh ketatnya itu.
Pengesahan para pakar yang merawat Anwar akan kemungkinan risiko lumpuh akan dihadapi oleh beliau tidak sedikit pun mampu menarik sebarang rasa ‘simpati’ oleh Mahathir dan anjing-anjing belaannya. Tuduhan yang mengatakan Anwar berpura-pura sakit merupakan suatu isyarat tersirat untuk terus menekan dan menghapuskan Anwar dari muka bumi ini. Dengan tuduhan itu jugalah maka si Kaldai Padang Pasir, Dollah Badawi terus menjadikannya ‘batu loncatan’ untuk melampiaskan dendamnya ke atas Anwar dengan memerintahkan Setiausaha Politiknya pergi meninjau bilik kurungan Anwar di Penjara Sungai Buloh dan seterusnya mengarahkan pihak penjara mengubahsuai untuk menempatkan Anwar yang sedang kesakitan itu.
Tindakan Dollah si Kaldai Padang Pasir yang mengarahkan agar Anwar dihantar balik ke penjara dalam keadaan dirinya yang amat uzur itu bukan sahaja suatu perbuatan kejam dan zalim, malah memungkinkan Anwar menemui ajalnya dengan lebih cepat. Tindakan Si Dollah Kaldai Padang Pasir itu merupakan suatu ancaman terhadap nyawa dan keselamatan Anwar sendiri, yang memungkinkan Anwar akan mati dalam situasi yang menyedihkan di bilik kurungannya itu. Tidak ada dalam mana-mana peruntukan undang-undang bagi manusia yang bertamadun untuk menafikan hak seseorang yang mengidap apa-apa penyakit daripada mendapatkan rawatan sehingga doktor telah mengesahkannya sudah sihat dan mampu mengurus dirinya sendiri. Hatta jika terhadap musuh dan tawanan perang sekalipun, rawatan perubatan seharusnya diberikan kepada mereka sehingga sembuh. Adakah Anwar Ibrahim lebih teruk dan buruk dari tahanan perang dan penjenayah merbahaya sehingga beliau patut dinafikan haknya dari mendapat rawatan sehingga disahkan telah pulih sepenuhnya?
Sebenarnya kebimbangan si Dollah Kaldai Padang Pasir itu bukan lagi terhadap Mahathir. Mahathir kini amat sukar untuk menyingkirkannya sepertimana yang telah dilakukan ke atas tiga timbalannya sebelum itu. Ini kerana kedudukan dan nyawa politik Mahathir sendiri sudah terlalu lemah buat masa kini. Mahathir kini ibarat singa tua yang kesemua taring-taringya sudah tercabut dan hanya menunggu hari sahaja untuk dikambus ke dalam lubang atau dicampak ke dalam gaung. Mahathir kini sudah tidak berupaya lagi untuk mengambil tindakan keras ke atas Dollah kerana kedudukan beliau telah dilemahkan oleh faktor penyingkiran Anwar. Dollah melihat Mahathir kini ibarat orang tua nyanyuk yang sedang nazak dan tidak mampu lagi untuk membasuh beraknya sendiri.
Disebabkan Mahathir sudah dianggap bukan lagi suatu ancaman besar terhadap survival politiknya, Dollah melihat pula Anwar sebagai ancaman dan musuh utama yang bakal menghambat cita-cita politiknya untuk menduduki kerusi PM. Pengaruh dan kekuatan politik yang dibawakan oleh Anwar melalui Gerakan Reformasi dianggap sebagai halangan paling besar dan getir oleh Dollah kerana selagi Anwar terus bernafas, amat sukar untuk memadamkan bara reformasi yang kelihatan tidak mahu padam itu. Selagi Anwar hidup, peluang Dollah untuk menjejaki Mahligai Putrajaya peninggalan Mahathir nanti agak tipis kerana sebaik sahaja Mahathir mati atau dijatuhkan, sudah pasti bukan beliau yang akan naik tetapi Anwar lah yang bakal ditabalkan oleh rakyat, termasuk oleh orang-orang UMNo sendiri.
Ketakutan orang-orang UMNo untuk melahirkan sokongan terbuka kepada Gerakan Reformasi dan Anwar sekarang hanyalah disebabkan Mahathir masih hidup. Sebaik sahaja Mahathir mati atau disingkirkan, Dollah yang tidak pernah meyakinkan sesiapapun akan kewibawaannya itu sudah pasti tidak mampu bertahan lama di kerusi PMnya. Samada beliau menjadi ‘Habibie’ atau ‘diHabibiekan’ tidak penting, tetapi karismanya sebagai orang nombor satu negara sangat dipertikaikan. Atas sebab itu akan wujud pergeseran dan pertelingkahan teruk di dalam UMNO apabila Mahathir jatuh. Untuk membendung kekalutan ini serta kekosongan kepimpinan yang ada, maka orang-orang UMNo sendiri nanti yang akan bersetuju untuk mengangkat Anwar sebagai PM. Sementelahan pula mereka sendiri tidak percaya bahawa Anwar seorang yang bersalah dalam tuduhan kotor yang dilemparkan oleh Mahathir itu.
Atas faktor dan perkiraan politik inilah maka Dollah melihat faktor Anwar sebagai ancaman utama terhadapnya untuk menduduki kerusi PM itu. Beliau melihat faktor Anwar akan menjadi halangan besar kerana orang-orang UMNo sendiri masih ramai yang menyokong dan bersimpati dengan Anwar. Tidak mustahil Anwar akan dipulihkan ke kedudukan yang tinggi semula sementara Dollah sendiri akan dipinggirkan begitu sahaja. Inilah ancaman dan kebimbangan utama Dollah terhadap masa depan politiknya sekiranya Anwar dibiarkan terus hidup. Padanya, Gerakan Reformasi akan terus membara dan menjadi ancaman selagi Anwar bernafas. Apabila Anwar meninggal, gerakan tersebut akan padam dan terus lenyap sedikit demi sedikit dan sokongan rakyat akan kembali berpihak kepada kepimpinannya. Ini ditambah kerana Mahathir sudah tidak lagi berkuasa dan kebencian rakyat terhadap Mahathir akan turut terpadam sebaik sahaja beliau dijatuhkan dari puncak kuasa. Atas perkiraan yang rakyat cuma bencikan Mahathir dan tidak dirinya, Dollah mengharapkan kepimpinannya nanti akan diterima semula oleh rakyat (dengan syarat Anwar juga sudah tiada).
Berdasarkan perkiraan inilah maka Dollah Si Kaldai Padang Pasir cuba bertindak lebih kejam dan zalim daripada Mahathir sendiri dengan mengarahkan Anwar yang sedang dirawat di HKL itu dihantar pulang ke penjara Sungai Buloh pada Selasa ini (esok). Padanya, nyawa Anwar sudah tidak mempunyai apa-apa nilainya lagi. Lagi cepat Anwar ‘padam’ lebih selamatlah survival politiknya. Niat dan tujuannya cuma satu….biarkan Anwar cepat mati…. Tindakan Si Kaldai Padang Pasir itu merupakan satu kecenderungan untuk membunuh Anwar di luar batas peri kemanusiaan. Dalam keadaan Anwar yang terlantar sakit itupun, soal belas kasihan dan peri kemanusiaan sudah tiada lagi di hatinya. Usah bercakaplah soal sesama Islam. Lebih jauh lagi dari itu.
Saya ingin memberi amaran kepada semua pendokong Reformasi dan Barisan Alternatif bahawa JIKA SEKIRANYA APA-APA BERLAKU KE ATAS ANWAR selepas dia dikembalikan dalam keadaan masih kesakitan ke penjara Sungai Buloh pada Selasa ini, ABDULLAH AHMAD BADAWI, TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA MESTI DIPERTANGGUNGJAWABKAN !! HUTANG DARAH AKAN DIBAYAR DENGAN DARAH, HUTANG NYAWA MESTI DITEBUS DENGAN NYAWA JUGA !! ADAKAH DOLLAH BADAWI KEPINGIN MENYUSULI JEJAK DATO’ TAHA ATAUPUN DR JOE FERNANDEZ DI LUNAS BEBERAPA BULAN LEPAS ?
Sampai bila kita hendak bersabar dan terus bersabar dengan telatah dan kekejaman manusia durjana bernama Mahathir dan Abdullah Badawi itu ? Sekadar mengutuk, mengecam dan membantah sahaja ? Arahan penghantaran pulang Anwar ke sel penjaranya oleh Dollah Badawi itu perlu disusuli dengan jawapannya : DEMONSTRASI BESAR-BESARAN DI DEPAN HOSPITAL KUALA LUMPUR !! [Saya masih mengharapkan Dollah Badawi mengubah fikirannya apabila membaca tulisan ini dan tidak mengambil tindakan bodoh menghantar Anwar balik ke Sungai Buloh sehingga beliau benar-benar sihat ]
“Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi itu”
Cucu Datuk Bahaman
(darah sedang menggelegak ni)
5 Februari 2001