Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Zam of Utusan Malaysia (parliamentary-sec) & M'siakini

WARTAWAN BEBAS BUAT LIPUTAN MENTERI DI MALAYSIA, KATA ZAINUDDIN

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Senator Datuk Zainuddin Maidin berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa wartawan di negara ini tidak bebas membuat liputan menteri-menteri di Malaysia, adalah tidak benar.

Zainuddin atau lebih dikenali Zam berkata di Malaysia, orang ramai boleh melihat Perdana Menteri dan juga menteri-menteri lain dari semasa ke semasa sejak zaman kepimpinan terdahulu sehinggalah kepada kepimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang dikelilingi para wartawan dari jarak dekat. "Sebaliknya kalau di Britain, di Amerika Syarikat, kita boleh lihat Perdana Menteri Britain atau Presiden Amerika Syarikat, hanya ditemuramah oleh wartawan dari jarak jauh dan seolah-olah seperti mendengar ucapan presiden atau perdana menteri terbabit," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya adalah tidak wajar dakwaan sedemikian dibuat berasaskan hanya wartawan portal berita internet Malaysiakini.com yang tidak dibenarkan menghadiri sebarang sidang media membabitkan menteri kabinet Malaysia.

"Malaysaikini tidak dibenarkan membuat liputan sidang media bukan kerana Malaysiakini kritikal kepada kerajaan tetapi kerana kredibilitinya diragui," katanya. Zainuddin berkata laporan terbaru "Far Eastern Economic Review" bertarikh 8 Feb mengandungi temubual dengan penyangak wang antarabangsa George Soros bertajuk "Levelling the Field" yang menyebut bahawa Malaysiakini ialah pertubuhan media yang menerima bantuan daripada "Open Society Fund" milik Soros, membuktikan kredibiliti Malaysiakini diragui.

Zainuddin mendakwa beliau juga mempunyai maklumat bahawa Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan pernah bekerja dengan sebuah akhbar yang anti-kerajaan di negara ini.

Mengenai usaha memulau sesetengah akhbar dan media yang didakwa pro-kerajaan, Zainuddin berkata usaha itu dilihat tidak memberi kesan.

"Sekarang kita lihat penonton TV3 dan RTM telah meningkat dan penjualan akhbar-akhbar utama di negara ini juga telah meningkat, ini menunjukkan akhbar yang mempunyai wartawan yang beretika dan profesional akan terus mempunyai kredibiliti yang tinggi," katanya.

-- BERNAMA

.........................................................................................

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung, hari ini berkata Kementerian Dalam Negeri mengharamkan semua wartawan Malaysiakini.com daripada menghadiri sebarang majlis kerajaan kerana laman web itu bersifat kritis terhadap kerajaan.

Katanya, Malaysiakini.com tidak boleh dianggap akhbar harian tempatan kerana ia menyampaikan berita melalui internet dan tidak mempunyai kad perakuan akhbar seperti akhbar-akhbar lain di negara ini.

Buat masa ini, tidak banyak jabatan kerajaan menyedari hal ini, katanya dan oleh itu kerajaan telah memutuskan untuk melarang semua wakil Malaysiakini.com daripada semua acara kerajaan.

Beliau berkata kerajaan akan turut mengambil tindakan sewajarnya terhadap Malaysiakini.com jika dakwaan bahawa ia menerima dana luar negara seperti Tabung Masyarakat Terbuka (Open Society) milik George Soros terbukti benar.

Dia juga berkata semua pertubuhan di negara ini perlu mendapat kelulusan kerajaan sebelum menerima bantuan wang dari negara luar.

Chor berkata Malaysiakini.com tidak mendapat kelulusan kerajaan untuk mendapatkan wang dari luar negara.

Timbalan menteri ini berkata demikian selepas merasmikan penubuhan Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia di Taiping (Perak) hari ini.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 12 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com