Assalammualaikum,
Saya secara terbuka ingin menegur akan kepimpinan PAS, terutamanya PEMUDA yang
terlalu agresif dan terlampau mengikut rentak tari UMNO Laknatullah. Mengapa
hendak ambil pusing sangat akan isu PINGAT yang berupa PENGAT. Itu semua adalah
mainan dunia. Tiada apa yang hendak dimalukan dengan penarikan pingat oleh
Sultan yang memang dah diketahui tahap IQnya bawah sedikit daripada Ibrahim Ali.
Ini semua merupakan taktik UMNO untuk mengeruhkan suasana. Janganlah diikut
sangat. Saudara Mahfuz... tolong tengokkan anak buah itu.... UMNO akan sentiasa
mencipta isu untuk dimainkan. Apa yang saya lihat pemimpin BA terlalu cepat
melatah dengan kerenah UMNO. Pesanan saya kepada pimpinan BA.... UMNO sudah
ibarat orang gila talak dan orang gila tak usah dilayan. Saranan saya, serahkan
sahaja semua pingat yang ada dan teruskan Berkhidmat Untuk Rakyat. PINGAT
(Pahala) daripada Allah lebih penting, bukan SULTAN. Penarikan pingat sultan
tiada apa yang perlu dimalukan. Tetapi laknat Allah yang mesti ditakuti.
Selesai isu karut ini kalau ikut petua saya.
ANAK WATAN