Kira-kira tidak perlulah rasanya saya membuat ulasan yang panjang tentang
cadangan Badan Bertindak Malayu (BBM) ini, kerana telah banyak di perkatakan
oleh mereka-mereka yang lebih arif tentang tendang terajang cara politik Umno.
Dalam sehari dua ini di laman web web reformasi, tetapi cukuplah sekadar saya
memperkatakan bahawa cadangan perhimpunan pada 4 Februari 20001 sebagai yang di
sebut-sebut Tidak Melayu Hilang Di Dunia " ini tidak lebih daripada Agenda
Politik Merapu Umno Yang Basi Lagi Membosankan.
Sebab apa saya mengatakan sedemikian rupa, ini kerana jika di lihat pada
orang-orang yang duduk di dalam badan BBM itu sendiri adalah terdiri daripada
puak-puak Umno itu juga, cuma mereka hanya berselindung di sebalik pengujudan
BBM, kerana sekiranya cadangan itu dibuat melalui Parti Umno sudah tentu ianya
menampakkan tujuan dan matlamat mereka yang sebenar demi mencari sokongan semula
orang-orang melayu yang telah meninggalkan Umno dan berhijrah kepada BA. Ini
yang Pertama.
Yang Kedua: Agak mengelikan hati saya apabila orang-orang seperti ini (Tan Sri
Rahim Tamby Chik, Ibrahim Ali, Tamrin Gaffar dan lain lain yang masih belum
diketahui duduk di dalam BBM kemudian bercakap merapu yang kononnya " BBM
diujudkan adalah bertujuan sebagai satu badan pendesak kepada kerajaan, agar
dapat melaksanakan dasar yang lebih berkesan dalam menjaga kepentingan
orang-orang melayu dimasa hadapan". Ini cakap orang species-species Umno yang
telah pencen (Pencen mungkin kerana tidak dipilih oleh Rakyat Dalam Pilihanraya,
Pencen kerana ada skandal yang tidak boleh ditutup lagi dan perlu di rehatkan
serta lain-lain pencen…)
Saya nak bertanya kepada mereka-mereka ini, siapakah selama ini yang telah
membalun serta merompak harta dan hak-hak orang melayu dan rakyat di Negara
Malaysia ini, dengan Tanah Rizab Orang Melayu nya di rampas, wang rakyat di
gunakan, banyak lagi jika hendak di nyatakan disini, bukankah semuanya kerja
Umno/BN sendiri yang diketuai oleh Dr. Mahathir serta juak-juak kelian,
termasuklah yang duduk dalam BBM itu sendiri… jangan nak berselindunglah. Dan
Toloooong jangan gunakan isu-isu Suqui bagi menjalankan agenda-agenda yang
tersembunyi dari dalam BBM, kalau tak pandai membezakan antara perkataan "Rayuan
Suqui dengan Tuntutan Suqui".
Teringat saya pada satu lawak pagi Rabu 31 Januari 2001 yang mana berlaku
didalam bas semasa saya dalam perjalanan ketempat kerja bersama seorang rakan
Tiong Hua bernama Ah Chang, beliau tidaklah begitu faham dan mengerti ungkapan
serta peribahasa-peribahasa melayu dulu -dulu. Kejadian ini berlaku apabila bas
yang kami naiki sampai di selekoh Chow Kit Road, rakan saya terpandang akan
poster yang ditampal pada dinding -dinding batu Projek LRT yang terbengkalai
(Kerja Umno jugalah tu) katanya " Eh Sawal apa itu perhimpunan TAK MELAYU HILANG
DI DUNIA ada logo tangan dan keris berwarna merah. " maka saya pun menjawab "
Oh itu Ah Chang … mereka mahu adakan satu konsert M. Daud Kilau yang suka
gelek-gelek tu la.. di padang Kelab Sulaiman" … Lu jangan nak tipu saya lah
Sawal tarak gambar Dato' Daud kilaupun … " "Ah Chang zaman dulu-dulu kalau you
nak tahu, Daud Kilau dulu lia nyanyi guna keris di tangan dia banyak berani wao
tetapi sekalang zaman sudah molen tarak perlu tunjuk dia punya gambar … tulis
dia punya tajuk lagu saja pun sudah cukup.. ini lagu Tak Melayu Hilang Di Dunia
dulu manyak top looo" habis dia tanya saya lagi siapa penganjurnya … saya jawap
Ituuu Cik Hasimah and the geng la, luu kenal ka siapa cik Hashimah …Kamipun
sama-sama ketawa.
Beginilah !!! Yang se Elok-eloknya hentikanlah agenda memperbodoh-bodohkan orang
melayu, kerana kita sudah berada di zaman IT (Intelligenc Thinking) bukan zaman
pak pandir. Ambil lah kesempatan yang ada pada 4 Februari 2001 nanti dengan
membuat satu Dekelarasi Umno Bersama untuk mendesak agar Dr. Mahathir Mohamad
turun daripada takhta Perdana Menteri Malaysia, sekurang-kurangnya dapat
mengurangkan sedikit kebusukan yang terdapat didalam Umno itu sekarang, sebelum
menjelangnya tahun 2004 nanti. Dan saya percaya hanya orang-orang Umno totok
serta pak ampu pak ampu sahaja yang akan berhimpun pada 4hb Februari nanti dan
sudah tentu banyak perbelanjaan yang di gunakan untuk mengangkut mereka-mereka
ini dari seluruh malaysia bagi menjayakan Agenda Merapu Umno Yang Busuk Lagi
Membosankan itu, ini pun kalau ahli-ahli Umno masih sayangkan Parti Umno dari
terus pupus ditelah zaman. Tepuk Dada Tanya Selera ? Adahak perhimpunan ini
untuk kepentingan peribadi para pemimpin atau betul-betul niat yang ikhlas ?
Bak kata Y.B Azmin Ali Semut pun kalau nak cari gula, mereka pun bersatu.
Akhirnya mati kerana gula (Haa… ini semut jenis tamak yang tak pernah rasa
cukup ) dan juga Lanun pun kalau nah merompak mereka pun bersatu ..?. itu pun
akhirnya mati juga tak pernah rasa cukup .
Saya akhiri dengan serangkap pantun . Batu Belah Batu Bertangkup
Tangkap Ikan Dengan Buluh
Sudah Terang Kenapa
Lagi Bersuluh
Aku Dah Belah Kamu
Semua Marilah Ikut
Pusing-pusing jalan-jalan
Buah Mangga Buah Pulasan
Keluar Barisan Buatlah Bulatan
2004 jumpalah Bulan.
Awal Akhir