Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MASYARAKAT MELAYU PULAU PINANG BERGOLAK

OLEH : ARZAMAN SULAIMAN

KINI masyarakat melayu di lebih 190 kariah masjid di seluruh negeri Pulau Pinang sedang bergolak dan bergelora akibat berikutan perlantikan AJK Kariah Masjid 2001 yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Hakikatnya gelora ini dicetuskan oleh UMNO yang menggunakan jentera MAIPP untuk mencantas habis kebanyakan AJK Kariah Masjid yang dikenal pasti menyokong pembangkang.

Kita amat hairan ketika pucuk pimpinan tertinggi UMNO menghulurkan tangan untuk bermuzakarah mengenai perpaduan melayu, para pemimpin mereka diperingkat bawah mencetuskan api permusuhan dikalangan pegikut PAS mahupun KeADILan yang masih berada di dalam jawatankuasa masjid. Apa maknanya ajakan Presiden UMNO untuk berbincang dalam waktu yang sama mereka terus mencetus api permusuhan dan kemarahan pengikut dan pendokong PAS dan KeADILan khususnya BA?

Berdasarkan fenomena ini kita berani mendakwa bahawa pelawa Dr. Mahathir kepada PAS dan KeADILan untuk berbincang mengenai perpaduan melayu merupakan sandiwara bagi mengurangkan tekanan ketika beliau sedang berhadapan dengan tekanan daripada dalam parti yang diketuainya. Dan tindakan ini juga dipercayai bagi mengalih perhatian masyarakat umum terhadap isu sebenar yang menjadi pertikaian ramai, umpamanya isu kezaliman, rasuah dan penyelewengan kuasa

Jesteru itu para pemimpin PAS yang berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan UMNO harus berhati-hati dengan perangkap yang cuba dipasang oleh UMNO. PAS boleh mengambil pengajaran daripada pengalaman bergabung sebagai komponen BN dalam tahun awal 70an. PAS juga perlu berwaspada terhadap politik putar-belit UMNO. Hakikat sebenar mereka tidak pernah memikirkan masalah penyatuan melayu kerana ketika mereka sendat dengan kuasa mereka merananpkan satu persatu hak keistimewaan orang melayu.

Sebagai contoh yang paling ketara disaat dan ketika laungan perpaduan bergema dan memenuhi dada-dada akhbar yang mereka kuasai para pemimpin mereka diperingkat akar umbi menyingkir para pengikut dan pendokong PAS dan KeADILan daripada menanggotai AJK Kariah Masjid di Pulau Pinang. Tindakan ini dibuat oleh para pemimpin UMNO yang berselindung disebalik MAIPP.

MAIPP kini diketuai oleh Datuk Dr. Hilmi Yahya selaku Yang DiPertuanya. Beliau merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga ADUN Telok Bahang. Beliau juga merupakan anggota MKT UMNO, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau. Melalui kuasa yang ada ditangannya beliau telah merobak kebanyakan pegawai dan AJK Kariah masjid yang sedia ada. Beliau telah bertindak menyingkir kebanyakan pegawai dan AJK masjid yang dichop condong menyokong pembangkang dan mereka melantik pemimpin mereka yang bergiat di cawangan untuk menganggotai jawatankuasa dan pegawai masjid.

Sebenarnya masyarakat setempat tidak berapa kisah siapa yang mereka lantik, tapi biarlah perlantikan itu kena pada tempatnya. Kalau hendak melantik juga orang UMNO lantiklah mereka yang mempunyai sedikit sebanyak ilmu agama yang bakal membantu mereka menjalankan tugas dan menyelesaikan masalah yang berbangkit mengenai agama kelak. Orang itu juga hendaklah ahli masjid agar belaiu benar-benar tahu apa permasalahan masjid.

Perbalahan ini timbul kerana UMNO telah menggunakan jentera MAIPP untuk melantik pemimpin mereka tanpa mengambil kira factor yang tersebut tadi. Malah ada dikalangan mereka yang dilantik tidak pernah menghadiri program-program anjuran jawatankuasa kariah seperti baca yasin, kuliah dan ceramah agama. Malah ada dikalangan orang UMNO yang dilantik itu sembanyang jumaat pun selang dua tiga minggu jauh sekali untuk solat berjemaah yang lain.

Jika orang beginilah yang menjadi pilihan MAIPP untuk mentadbir masjid dikhuatiri program-program mengimarahkan masjid akan terbantut. Dan bagaimana usaha untuk mendekatkan masyarakat dengan institusi masjid bagi menanam kesedaran beragama bagi mengahadapi keruntuhan akhlak dan moral masyarakat yang semakin ketara lagi mencabar ini.

Berikutan tindakan MAIPP yang tidak disenangi oleh majority orang melayu di Pulau Pinang ditakuti akan berlaku perpecahan dalam masyarakat Islam Pulau Pinang yang sememangnya merupakan kaum minority di Pulau Pinang. Dengar khabarnya baki AJK Kariah Masjid yang telah dilantik tetapi tidak berpuashati dengan perlantikan keseluruhan AJK Kariah itu akan meletakkan jawatan sebagai tanda protes.

Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Rahman Kadir atau lebih mesra dengan panggilan Pak Rahman dipetik berkata, melalui maklumat yang diterima mereka yang dilantik sebagai Pegawai dan AJK Masjid tidak pernah ke masjid dan kaki mbuat maksiat.

"Senarai asal yang dihantar oleh jawatankuasa lama diketepikan dan dimasukkan nama baru yang tidak pernah ada dalam senarai yang dikemukakan. Daripada mana nama-nama ini dating?" Tanya Pak Rahman.

Manakala ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang yang juga Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Hamdan Abdul Rahman pula dipetik berkata, tindakan MAIPP ini hanya mengundang perpecahan dikalangan orang melayu khususnya islam dikalngan anak kariah kerana sebagai anak jati temapat itu dan sebagai ahli masjid mereka tahu siapa yang perlu dilantik untuk memimpin mereka.

Nampaknya UMNO masih lagi angkuh dan tidak mahu belajar daripada kesalahan dan kesilapan yang mereka lakukan menyebabkan majority orang melayu yang pernah berdiri teguh dan meyokong kepimpinan telah mengalihkan sokongan dalam pilihanraya yang lepas. Misalnya di Pulau Pinang UMNO Pulau Pinang yang bertanding di 4 kerusi parlimen dan 10 DUN tidak pernah menghadapi masalah untuk menang, tapi dalam pilihanraya lepas UMNO telah kalan satu kerusi parlimen dan dua DUN. Dan sekiranya kepimpinan UMNO terus angkuh dan tidak berubah sikap, yakinlah dalam pilihanraya umum yang akan datang lebih banyak kerusi UMNO yang akan tersungkur.

Dan sudah menjadi lumrah alam apabila sesaorang itu hendak jatuh mereka akan melakukan pelbagai kesilapan yang tidak sewajarnya dibuat akibatnya mereka akan tersungkur menyembah bumi. Ketika itu kesedaran sudah tidak bermakna lagi bagaikan perpatah melayu berkata terantuk baru tergadah.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 9 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com