Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


BUDAYA DAN SIKAP PEMIMPIN UMNO

OLEH : ARZAMAN SULAIMAN

SEMENANGNYA majority pemimpin yang masih berada di dalam UMNO sudah tidak relevan lagi. Rata-rata mereka sama seperti Presiden mereka yang tidak boleh ditegur dan dikritik oleh pemimpin diperingkat akar umbi. Apabila ditegur dan dikritik mereka akan melenting dan mengatakan ahli atau pemimpin UMNO perlu mengkitik pemimpin mereka melalui saluran parti. Dan satu lagi budaya pemimpin UMNO yang huduh lagi buruk apabila mereka sudah tidak memegang sebarang jawatan penting mulalah mengkritik tetapi apabila mereka berada dalam kedudukan yang baik mereka menjadi pembodek nombor wahid.

Kita dapat lihat apabila beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang menamakan kumpulan mereka Badan Bertindak Melayu mengadakan perhimpunan untuk membincang masalah orang melayu dengan tajuk "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" pada mulanya menarik perhatian pemimpin UMNO yang sediaada. Tapi apabila perhimpunan itu diadakan dan menjadi medan untuk mengkritik hebat kepimpinan kerajaan dan UMNO yang sedia ada khususnya Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Dr. Mahathir Mohamad pelbagai raksi yang kurang senang kita dengar dikalangan mereka yang masih memegang jawatan tertinggi dalam parti.

Timbalan Presiden UMNO, Pak Lah dipetik berkata, beliau kesal kerana perhimpunan tersebut turut disertai oleh ahli UMNO dan dijadikan medan untuk mengkritik kepimpinan kerajaan. Beliau meminta sebarang perasaan tidak puashati terhadap kepimpinan kerajaan boleh dibincang sesama ahli UMNO atau disampaikan melalui anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Nampaknya cukup manis kata-kata yang terkeluar daripada Timbalan Presiden UMNO, tapi kini semua orang tahu samada ahli UMNO mahupun tidak sekiranya kita mengkritik kepimpinan yang sedia ada walaupun ada rasionalnya, kita akan diserang oleh para pembodek yang masih memegang jawatan dalam parti. Bila tiba musim pemilihan kita akan dikepak dan dinyahkan daripada harakah kepimpinan. Malah mungkin yang lebih malang lagi, pengkiritik itu akan menerima pelbagai sekatan ekonomi. Dan yang lebih parah mungkin pengkritik itu akan menerima nasib sepertimana yang berlaku kepada Anwar Ibrahim.

Mengapa ini berlaku? Saya yakin perkara ini berlaku kerana para pemimpin besar UMNO telah dikelilingi oleh Mr. Yesman dan apa saja yang dibaut oleh boss meraka semuanya baik dimana mereka walaupun hati mereka berkata tidak baik tapi mulut mereka tetap berkata baik. Lantaran mereka telah berkuasa terlalu lama dan dikelilingi oleh mereka yang Yesman membuatkan mereka tidak dapat menerima kritikan dan teguran. Saya sendiri pernah mendengar tape mesyuarat MKT UMNO berhubung dengan isu Anwar majority meraka yang bercakap menyokong Datuk Seri Presiden termasuk Ibrahim Ali yang sampai tumbuk meja. Hanya Dr. Affifudin Omar yang memberikan pandangan yang rasional. Tapi apa terjadi kepada Dr. Afifudin, jawatan MKT melayang dan calon pilihanraya tercicir dan kini mungkin akan ditentang dalam pemilihan bahagian pula. Begitulah nasib yang bakal diterima oleh meraka yang tidak sependiraian dgn pucuk pimpinan.

Dan semua orang melayu tahu sikap dan budaya pemimpin UMNO apabila berada dalam kepimpinan parti kerja lain tak ada hanya membodek pucuk pimpinan tapi apabila terkeluar ataupun berada dalam keadaan yang agak terpinggir mulalah mengeluarkan kritikan pedas kepada pucuk pimpinan. Contohnya Ibrahim Ali, satu masa dulu jangan sapa mengkritik kepimpinan Dr. Mahathir tapi hari ini setelah jawatan tertinggi dalam parti hilang dan kedudukan dalam kerajaan hanyut, belaiu dan rakan-rakan yang senasib dengannya mengepalai perhimpunan yang mengkritik pucuk pimpinan kerajaan dan UMNO. Pemimpin jenis apa yang harus kita gelarkan kepada mereka?

Kini Dr. Mahathir baru tahu siapa kawan sebenar dan siapa lawan sebenar. Sesungguhnya Dr. Mahathir telah masuk perangkap yang belaiu bina sendiri bersama-sama musuh politiknya yang sebenar. Beliau yang termakan dengan fitnah telah melempar pelbagai tuduhan yang cukup mengaibkan kepada anak didiknya yang begitu setia mempertahankan kepimpinannya, iaitu Anwar Ibrahim. Kini benteng pertahanan kukuhnya sedang menderita sakit dan merengkoko dalam penjara. Sekiranya Anwar benar-banar ingin mencabar kepimpinannya, sudah tentu beliau lakukan tindakan itu pada tahun 1993 ketika belaiu mengepalai team wawasan. Ketika itu beliau benar-banar berada dipuncak kekuasaan. Tapi Anwar tidak melakukannya dan dia bukan terdiri daripada manusia yang lupa jasa baik orang kepadanya.

Dan apabila benteng pertahan itu telah patah dan kepercayaan besar diberikan kepada Pak Lah, dan beliau menggunakan segala kepercayaan yang diberi untuk mempengaruhi Dr. Mahathir memberikan kedudukan kepada rakan-rakannya yang pernah bersamanya dalam team B. Manakala rakan-rakan beliau yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan pula bertindak mengkritik dan menekan agar Perdana Menteri berundur. Sebijak-bijak Dr. Mahathir dia terlupa peribahasa melayu "walaupun luka telah sembuh tetapi parutnya tetap ada" dan apabila kita terpandang saja parut sudah pasti teringat kesakitan yang dirasai apabila luka. Dan kini adalah masa dan ketika yang cukup baik untuk membuat pembalasan.

Walaupun Pak Lah menegur BBM tetapi harus diingat mereka semua ini adalah rakan-rakan beliau semasa dalam team B dulu. Dan kini pengkritik hebat Dr. Mahathir dalam MKT, iaitu Sharir Samad juga daripada team B. Nampaknya kini Dr. Mahathir sudah tidak boleh buat apa-apa lagi selain angkat bungkus. Ini kerana gelombang penentangannya diluar begitu hebat dan gelombang yang sama juga kini berada dalam UMNO. Mampukan Dr. Mahathir menghadapi gelombang ini sendirian?

Hanya satu cara yang mampu dibuat bagi meredakan kemarahan rakyat diluar terhadapnya, BEBASKAN ANWAR DAN BUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA DAN TANGKAP MEREKA YANG TERLIBAT MENGATURKAN RANCANGAN JAHAT INI. Jika ini dibuat mungkin kemarahan rakyat akan sedikit reda dan para penyokong Anwar yang masih berada dalam UMNO akan kembali berada dibelakangnya bagi menghadapi kemaraan musuh politik sebenarnya. Hanya ini yang mampu dibuat oleh Dr, Mahathir bagi menyelamatkan keadaan walaupun itu bukan satu jaminan.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 8 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com