Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Cerita Ceramah KeAdilan di robek Anjing-anjing suruhan

Cerita 1
Oleh : YG

Aku baru balik dari tempat ceramah. Tak sangka, di sebuah kampung terpencil,di tengah-tengah sawah, malam pulak tu...Dahlah buat sekatan jalan raya, bertrak-trak fru tunggu,ceramah belum selesai, Ezam baru nak mula cakap,orang semua tertunggu-tunggu ucapan Ezam, tiba-tiba air dan gas pemedih mata yang sampai. Lari lintang pukang kami.Kesian anak-anak kecil,pak cik makcik yang tak pernah menyangka SAMA SEKALI bahawa semua ini akan berlaku dalam satu perhimpunan yang aman damai. Bayangkanlah...aku berkali-kali terjatuh,hilang kasut,pedih mata,kerongkong perit,malam kelam. Alhamdulillah, doa panjang Saifuddin memberi kekuatan Tahniah pada Saifuddin yang mampu berdoa dalam tenang walau keadaan sudah terlalu gawat. Tak dapat kubayangkan apa terjadi seterusnya....tiba-tiba berselisih dengan Ezam,kesian Ezam mungkin terkena gas pemedih mata, semuga Allah memberi perlindungan dan kekuatan kepadanya.

kalau di jalan raya, di bandar, waktu siang, jalan rata, tak kisah lari lintang pukang, ini tengah sawah, berlumpur,jalan tidak menentu, kelam gelemat, orang-orang tua, mak cik-mak cik yang tak pernah mimpi ini terjadi.itu sebab aku cerita!!!

Cerita 2
Oleh : Tapai

Waktu YB Mat Sabu berceramah anjing tak berani kacau...

tapi sebaik saja YB Mat Sabu habis cakap, Ketua Polis Kubang Pasu sibuk naik pentas dengan hailer dia. Tapi YB Mat Sabu mintak Lokman proceed untuk jemput YB Saifuddin. Lokman bagi peluang pada KP Kubang PASu cakap guna mic. Tapi dia degil nak pakai hailer dia jugak. Hailer tu tak berfungsi sekejap. Bila berfungsi semula, dia bagi amaran pada orangramai supaya bersurai kerana kata dia perhimpunan ini tida permit dan ini perhimpunan haram!! HARAM kepala hotak dia!!! Dia yang "HARAM J****!!!" (pinjam kata-kata Ustaz Azizi Hj. Abdullah)

KP tu ugut pulak.....kalau tak bersurai.....anjing akan gunakan kekersan!!! Orang menjerit REFORMASI!! dan Allahuakbar!!

YB Mat Sabu sempat bagitau...

....yang Ameno dah berpecah teruk....dulu kes Kuli, pecah1!! Lepaih tu kes DSAI...pecah lagi11 Sekarang kes puak-puak outdated "Tak Melayu Hilang Di Dunia" pulak lagi pecah!!

Dalam ucapan bekas Ketua Perhubungan AMENO Kedah, Dato' Ya Said ada berucap dalam perhimpunan tu. Dia kata rumah AMENO dah buruk, dah nak roboh. Tapi jangan tukar atap, jangan tukar dinding saja...Kena TUKARRR.....tiang "Seri"!!!! Mahadead la tuu...

Ghafar Baba pun ada berucap!!! Lepaih tu puak-puak tu jumpa YB Mat Sabu dan mintak BA bersedia...sebab lepaih ni berkemungkinan besar puak-puak ni pun nak berjuang bersama-sama BA!!!

Bila YB Saifuddin berucap....

Anjing-anjing dah mula bawa trak water canon tu masuk. Orang dah naik risau. YB mintak makcik-makcik dan kakcik-kakcik yang bawak anak kecil cari perlindungan. Yang lain bertenang!!

Kata YB...Ameno lahanat ni jual air pada Singapore 3 sen setiap 1000 gelen. Orang Kedah pulak ditindas dengan 80 sen setiap 1000 gelen. Tak ke gila namanya puak-puak Ameno ni. Jam ni orang dah mula nak bangun. Angin sepoi-sepoi bahasa........

tapi aku respect betul.... masa YB Saifuddin berdoa, meremang bulu roma bila dia mintak supaya puak-puak zalim ini dihapuskan dan memohon pertolongan dari langit....

Cerita 3
Oleh : HC

Pakcik-pakcik KP mula sedar

Dari perbualan pakcik dan makcik KP tadi, Tapai melaporkan betapa rakyat kampung telah sedar betapa apa yang mereka dengar selama ini berlaku di KL tentang orang kena sembur air dan gas itu penipuan semata, akhirnya malam ini mereka semua telah merasa sendiri.

Macam-macam sumpah seranah yang keluar dari mulut makcik kampung...anak haram, gampang, pukimak dan sebagainya.

Johari keADILan ketika itu sedang berbincang dengan OCPD Kulim untuk memberikan sedikit peluang lagi untuk penceramah tetapi belum sempat habis cakap, polis dah sembur dan tembak gas. Warong makan semua tidak terkecuali kena sembur.

Insyallah ambo akan ke KL petang Sabtu ini bersama reformis di Balai Dang Wangi dan Jalan TAR. Demo tetap demo! Siapa nak perlekeh demo, dia punya pasal. Kalau dia ada cara lain, eloklah buat sendiri, tapi jangan nak menyibuk hal orang lain. Sorry kalau terasa.

Cerita 4
Oleh : Malai Ellam

Jitra, Rabu 14 Feb: Perhimpunan Rakyat anjuran Pemuda Keadilan di Malau, kawasan perkampongan petani menjadi kacau apabila pihak FRU melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air kepada para hadirin. Dijangka seramai 5000 lebih hadirin yang majoritinya adalah para petani, menjadi kelamkabut apabila mereka buat pertama kalinya menyaksikan cara kerja pasukan keselamatan menjaga ketenteraman awam dengan kekerasan.

Perhimpunan tersebut juga dijangka menyaksikan penyerahan borang menyertai parti Keadilan oleh seramai 300 orang UMNO. Seminggu sebelum ini telah diadakan majlis kenduri kesyukuran dengan kemasukan sejumlah ahli menyertai parti tersebut.

Kejadian malam tadi menimbulkan beberapa persoalan kerana tidak pernah sebelum ini mana mana ceramah di negeri Kedah dihadiri juga oleh pasukan FRU. Pada malam sebelumnya ceramah yang seperti itu juga diadakan di Kodiang - kedua kedua kawasan ini berada di dalam Parlimen Kubang Pasu. Kali terakhir kejadian keganasan pasukan keselamatan ialah sewaktu berlakunya tragedi berdarah Memali.

Bagaimanapun semasa laporan ini dicatatkan tiada berlaku sebarang kecederaan walaupun kelihatan beberapa orang wanita membawa anak anak mereka bergegas keluar dari tapak perhimpunan. Kawasan tersebut sebenarnya adalah kawasan persendirian dan terdapat rumah kampong berdekatan sawah padi dimana ceramah di adakan. Tembakan gas pemedih mata tersebut juga turut mengesani para penduduk kampong yang berdekatan.

Penceramah yang berucap pada malam tersebut ialah YB Mohd Sabu, YB Saifudin Nasution dan turut bersama untuk berceramah ialah Sdr Ezam Mohd Nor. FRU mula bertindak selepas memberi amaran pada ketika YB Saifudin sedang membaca doa selamat.

Sebelum itu YB Saifudin memberitahu bahawa kerajaan Malaysia menjual air kepada Singapura pada kadar 1 000 gallon - 3 sen , tetapi kepada rakyat negeri Kedah 1 000 gallon - 80 sen. Penjelasannya terhenti bila FRU mula mengganas.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 17 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com