Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO begitu terdesak dalam isu Perpaduan Melayu

Akhir-akhir ini kita melihat serangan kepada Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) menjadi-jadi terutama selepas PAS memilih untuk menangguhkan pertemuan dengan UMNO pada 19hb Februari 2001.

Saya terasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar berkaitan isu panas yang banyak digempar-gempurkan oleh media massa kerajaan. Ulasan-ulasan di dalam media massa elektronik akhir-akhir ini menampakkan sikap melampau mereka kepada parti-parti pembangkang. Kita terkejut dengan kenyataan TV3 dalam buletin Utama 21 Februari yang menyatakan bahawa PAS hanya menghantar surat pembatalan dengan diselitkan di pintu pagar Rumah Tan Sri Khalil Yaakob. Sedangkan surat tersebut dihantar terus kepada Tan Tri Khalil Yaakob melalui pegawainya. Saya menyokong penuh cadangan Setiausaha Agong PAS untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap TV3.

Di malam yang sama TV3 cuba merendahkan krebiliti YB Dato Presiden PAS, Ustaz Fadhil Mohd Noor, yang menyatakan bahawa terpaksa tunduk dengan golongan radikal atau ektremis dalam PAS yang tidak bersetuju dengan pertemuan ini walaupun sebab pembatalan tersebut telah dijelaskan oleh YB Dato' Presiden PAS yang disiarkan dalam berita jam 7.00 pagi TV1 20 Februari 2001. Saya berterima kasih kepada RTM1 yang berani menyiarkan penuh statement Ustaz Fadhil yang boleh menjelaskan kekeliruan yang timbul. Jikalau kita menerima sekalipun ulasan TV3, ini akan menampakkan kehebatan PAS kerana jelas membuktikan bahawa PAS adalah parti yang membuat keputusan berdasar kepada Roh Kemuafakatan Ahli Majlis Mesyuarat bukan seperti mana UMNO yang bersifat One Man Show atau dalam kata lain Diktator. Jikalau First Man-nya mengata A semuanya akan kata A.

Berita-berita di media massa terutama media eletronik hari tidak lain umpama Senario dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu bagi orang PAS khususnya di dalam mengulas isu politik tanahair. Antaranya usaha untuk melagakan pimpinan tertinggi PAS. Ustaz Fadhil, MB Kelantan, MB Terengganu dan juga kepimpinan Dewan Pemuda. Bagi orang PAS mereka merasa hormat kepada kepimpinan selain di atas sifat Ulamak tetapi juga di atas sifat tawadhu' dan merendah diri. Kita pernah mendengar ucapan MB Kelantan yang berhasrat untuk melepaskan jawatan sebagai MB kerana tidak mahu diberi sanjungan yang sangat tinggi. Ini jauh berbeza dengan senario di dalam UMNO. Percakaran dalamannya sudah menjadi pengetahuan umum. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan diri tidak digugat oleh sesiapa.

Saya turut merasa terkejut kerana pada malam yang sama TV3 turut menyiarkan wawancara dan komentar dengan seorang yang menjadikan pakar rujuk kerajaan dalam bahagian agama, Astora Jabat. Ini kerana pendedahan yang dibuat Mufti Terengganu dalam program Sehari Bersama Ulamak di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin akhir tahun lalu bahawa mesyuarat mufti-mufti di Sabah pernah mempertikaikan ruangan yang diberikan oleh Utusan Malaysia kepada Astora Jabat, ini kerana banyak idea dan ulasannya menyeleweng daripada ajaran Islam. Namun kita melihat ruangan tersebut kekal hingga hari ini. Malah beliau diberi ruangan yang lebih luas untuk mengemukakan pandangannya yang sesat itu dalam media massa.

Saya berpandangan UMNO hari ini lebih rela umat Islam sesat kalau ia memberi pulangan yang baik kepada politik UMNO. Buktinya Astora Jabat diberi ruangan dalam laman Web UMNO. Jemaah Al Quran Malaysia ( JAM ) diketegorikan sebagai pertubuhan sesat JAKIM dan turut diakui oleh IKIM (Harakah bil. 1186 , Fikrah hal. 6 "Jawapan kepada Subky Latiff" ) tetapi hingga saat ini tiada tindakan keras daripada kerajaan. Begitu juga Sisters In Islam. Malah diberi ruang dengan menyiarkan tulisan-tulisannya. (Utusan Malaysia 22-2-01) Ini kerana tulisan mereka ini banyak membantu Kerajaan UMNO. Hal ini kalau berterusan amat membahayakan kerana akan terjadi suatu masa akan datang mana-mana ajaran sesat yang hendak menyelamatkan diri mereka akan mengambil peluang ini, apakah akan terjadi dengan negara kita ?? Yang jelas siapakah yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

Sebagai seorang ahli PAS, kita merasa dukacita dengan tindakan polis yang dibawah pengawasan Kementerian dalam Negeri yang tidak profesional mengacau dan mengganggu ceramah-ceramah Barisan Alternatif di Sabak Bernam dan Kubang Pasu dengan menggunakan kekasaran. Ini adalah suatu tindakan yang sungguh tidak bertamaddun.

Insiden-insiden yang berlaku ini membuktikan, sekarang UMNO begitu terdesak kerana masalah perpecahan dalaman dan juga penolakan orang Melayu yang telah hilang kepercayaan kepada UMNO. Saya yakin pertemuan antara UMNO dan PAS yang hanya ditangguhkan oleh PAS akan dibatalkan terus oleh UMNO.

Takkan Islam Di Dunia

Amir IPU UKM 96
Terengganu.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 22 Februari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com