Amin Sapiro (Baru sembang-sembang di Warong)
SERANGAN kepada UMNO dan parti komponen BN sedang
digerakkan bukan oleh Pembangkang saja, malah oleh
pihak dalam parti terbabit. Ini terbukti dengan
wujudnya NGO seperti Suqiu (MCA), Badan Bertindak
Melayu (BBM) dan beberapa puak dalam MIC yang
menyokong IPF secara diam-diam. Di Johor, kempen
senyap sedang menjadi-jadi.
UMNO/BN & Mahathir Menerima Tentangan Hebat
Persoalan yang timbul ialah: Mengapa BN
diserang-hendap dari segenap penjuru. Malah,
diperhatikan serangan dilakukan terhadap BN berasaskan
lapisan masyarakat seluruh negara. Gejala ini semakin
ketara apabila kita lihat (dan ada bukti) golongan
berpendapat rendah dan pekerja estet/ladang serta
peniaga kecil dan warung segugus menyebelahi
Pembangkang.
Kemudian kita nampak, golongan pelajar dan mahasiswa
telah lebih dulu menyebelahi Pembangkang. Inilah
faktor yang menyebabkan UMNO/BN menjadi semakin
kecundang. Kerana golongan ini adalah potensi
pengundi yang amat besar jumlahnya. Dianggarkan, tak
kurang dari 1.6 – 1.8 juta telah dan akan mendaftar
sebagai pengundi untuk sesi pilihanraya 2004.
Jika dulu, penduduk desa dan perkampungan Melayu
adalah akar-umbi penyokong UMNO, diperhatikan sekarang
mereka sudah berminda terbuka selari dengan maklumat
yang disebarkan oleh anak-anak mereka mengenai
kekejaman dan kezaliman, kejahatan dan kebusukan,
rasuah dan penyelewengan para pemimpin UMNO/BN yang
berpresiden dan berperdana-menterikan Mahathir
Mohamad.
Internet Memainkan Peranan Berkesan
Orang kampung sudah canggih sekarang. Komputer dan
internet serta Laman-lamanweb Reformasi dapat
memberitakan fakta yang diyakini dengan bukti-bukti
terperinci – memaparkan kezaliman dan keganasan
senario bikinan regim Mahathir Mohamad menafikan
ledakan demo-demo tuntutan hak asasi rakyat.
Ratusan rakyat desa yang memiliki komputer dan
sambungan internet menjadi tumpuan rakyat di
desa-desa. Makumat-maklumat terkini adalah berita
utama menggantikan akhbar media UMNO.
Internet menggantikan akhbar HARAKAH dan akhbar
berkala parti yang dipaksa membuat edaran 2 kali
sebulan. Alasan UMNO – mereka pun begitu juga. Yang
hairannya, mengapa jika puak UMNO pemalas maka mereka
menganggap Pembangkang pemalas pula?
Malah sekarang HARAKAH online dan Laman Tranung Kite
telah memberi kemudahan “Audi-Visual Network”
menggunakan komputer internet. Pemimpin tak ada
inisiatif ke? Sebok kutip rasuah saja ke? Atau cari
betina tambah penghuni “harem” mereka. Tak cukup
“empat”, nak tambah 10 lagi macam Shahidan Kassim,
Rahim TC dan Hassan Omar ke? Tak kesah siapa saja –
gadis sunti, adik ipar, bini orang …. Asal berdahi
licin KEBAS semua. Ulama UMNO akan kata – Lulus! OK!
Janji sembunyi-sembunyi belakang Pembangkang dah
lerrrrr….!!
Hari ini ucapan dan penerangan, maklumat dan kata-kata
petikan dari ucapan dan perbincangan pemimpin
Pembangkang yang mereka segani sudah boleh di
download, dengar dan simpan dalam disket. Hebat tu
oiiiikkkk….!!
Rakyat Johor tak perlu lagi ke Pasir Mas Kelantan
mendengar ucapan YAB TG Nik Aziz. Atau, mereka tidak
perlu lagi ke Rusila mendengar YAB TG Hj Hadi Awang
berceramah di sana.
Kesemua ini menambahkan keyakinan rakyat (khususnya
orang Melayu) terhadapa perjuangan pemimpin yang
mereka kasihi. Sekaligus mereka yakin bahawa PAS dan
Pembangkang sudah berkemampuan membawa rakyat
menghadapi cabaran teknologi global melinium ini. Tak
yakkin lagi mereka berkemampuan tinggi? Ribuan
jurutera, puluhan Ph.D dan ribuan pakar bedah dan
kesihatan sudah menganggotai BA.
Ceramah Pembangkang Minatan Rakyat
Walaupun UMNO menguasai semua saluran TV dan segala
macam akhbar; malangnya rakyat tutup TV bila rancangan
Berita dan Wawancara disiarkan. Mereka sudah tahu
bahawa pengacara cuma “cakap tak serupa bikin”. Mereka
adalah orang upahan regim Mahathir.
Ceramah umum Pembangkang masih memainkan peranan besar
sebagai sumber penerangan dan penyebar maklumat paling
berkesan dan diyakini habis-habisan. Mereka tidak
mentafsirkan penceramah mengahasut, kerana mereka
dapati mereka bercakap benar. Perkara yang dinyatakan
sengaja disembunyi oleh media yang diwujudkan oleh
UMNO! (kata mereka). Sebaliknya akhbar UMNO memaparkan
1001 macam fitnah dan pembohongan!! Rakyat dah muak!!
Muntah!!
Contoh Terkesan Menjelang 2004
Contoh yang terkesan dihati rakyat ialah ceramah BA di
Kubang Pasu. Ia berakhir dengan belantan dan semburan
air kimia beracun. Bagi petani-petani yang hidup
mereka sentiasa dipinggirkan oleh kerajaan BN,
kejadian itu semakin merapatkan sokongan mereka kepada
Pembangkang.
Selama ini mereka tidak tau mengapa kedupan mereka
masih lagi dianak-tirikan. Mereka mengharap sistem
padi kunca, sementara pemimpin UMNO jadi semacam
“chettiar”. Sudah 43 tahun negara merdeka, kehiudupan
mereka masih terbiar.
Orang kaya penokong UMNO memberi pinjam wang permulaan
“turun bendang” kepada mereka. Yang menyedihkan, tahun
hadapannya tanah mereka terlelong bertukar tangan!!
Mereka jadi hamba. Siapa yang kaya dan siapa yang papa
kedana? Tanyalah mereka..!
Yang menyedihkan lagi, yang melelong tanah pesaka
mereka ialah pemimpin UMNO sendiri. Waktu musim
pilihanraya, mereka dijanjikan dengan kehidupan yang
lebih baik dan kemudahan pelbagai macam. Setelah
mereka menang dan diberi amanat, rakyat marhain
dipandang seperti hamba abdi untuk mengkayarayakan
diri mereka sendiri.
Mereka masih ingat peristiwa rampasan tanah mereka di
Karpan. Tanah habis tergadai “loncong”, tetapi siapa
pula yang untung – ringgit penuh kantong? Yang tinggal
kini cuma mulut rakyat yang tertipu – MELOPONG! Perut
mereka semakin kosong. Setakat minum air perigi saja –
sampai perut naik kembong! Memang pemimpin UMNO cukup
pandai main “kelentong”..!! Itulah rupanya kalau
sokong “mamak-malbari” yang besar lubang hidung!!
Mereka merungut harga kelapa sawit jatuh hingga tidak
mampu menanggung perbelanjaan dapur. Malanglah mereka
yang berkeluarga besar. Dengan kenaikan tarif air,
kenaikan harga barang keperluan seharian, api letrik
dan minyak – mereka semakin sedar bahawa kerajaan
pimpinan Dr. Mahathir cuma “pandai janji tetapi
temberang paria saja banyak”. Bagi mereka – Mahathir
dan UMNO/BN mesti nak kena lanyak!!
UMNO/BN Jual “Tanah-Air”
Rakyat di Johor sudah mula bertanya, mengapa kerajaan
BN yang ditunjangi UMNO dengan wakil rakyat Melayu
sebagai majoriti sanggup menjual air ke Singapura.
Yang bangangnya, kemudian membelinya semula. Tidakkah
itu satu kerja yang memalukan anak negeri yang faham
cara menyuling air?
Selama ini orang Melayu dan rakyat di negara ini
dibangga-banggakan oleh pemimpin UMNO sebagai rakyat
yang berteknoloji tinggi – tapi mengapa menyuling air
semudah itu mesti mengharapkan segelintir rakyat di
pulau terkecil di seluruh Tenggara Asia? Apa rahsia
sebenar?
Kesimpulan rakyat ialah: rakyat dan tanahair negara
ini sudah tergadai-cagar oleh kerajaan Mahathir
Mohamad dan pemimpin UMNO/BN yang terlampau RASUAH!!
Itulah cerita sebenar.
Bukti yang memalukan masih diingat jelas – bahawasanya
ada pemimpin UMNO bersekongkol dengan korporat
Singapura hingga sanggup menjual pasir pantai dan
tanah “kerewel” ke republik itu. Ratusan rakyat
ramainya para nelayan pantai kehilangan mata pencarian
kerana rumpaian laut dan ledakan air laut yang dikocak
oleh jentera penyodok pasir itu – menyebabkan
telur-telur ikan dan kerangan laut pupus habis!!
Pemimpin itulah yang berhijrah ke republik itu setiap
malam – tunggang langgang berkepit betina di
disko-disko sepanjang Orchard Road!!
“Perpaduan Melayu” – Cerita Lama
Cerita-cerita seperti diatas diperkononkan oleh
setengah orang UMNO. Kununnya fitnah. Memalukan – kata
mereka. Kununnya, umpama borak-borak kosong warong
kopi, politik kampung.
Tetapi tahukah anda – Amin Sapiro orang kampung. UMNO
bermula dari cakap-cakap beginilah asalnya hingga
mendorong kepada “penyatuan Melayu” berasaskan
pelbagai parti politik dulu-dulu.
Mahathir dan pemimpin UMNO sila ambil ingatan bahawa
“Konsep dan budaya politik” orang Melayu memilih ketua
adalah mudah (simple). Mereka melihat kepada peribadi,
sikap dan kejujuran pemimpin. Jika ketua itu
menyeleweng dan terbukti melampaui batas norma-norma
budaya orang Melayu; PASTI mereka kecundang dan
disingkirkan.
Orang Melayu mungkin pemaaf dan sedia melupakan
segala. Tetapi kena waspada; jika mereka tahu diri
mereka ditipu dan dibohongi – tengok saja apa jadi
kepada kaum pendatang dalam sejarah penjajah yang
pernah menakluki negara ini. Belum ada satu bangsa
yang menjajah orang Melayu tidak ditentang. Walaupun
cuma bersenjatakan senapang lantak dan bambu runcing!
Akhirnya, kerana kerajaan British terang-terang
merancang menipu orang Melayu dengan mengabui mata
segelintir penyangak dari kalangan orang Melayu yang
sanggup menangkap dan membelasah pejuang Kemerdekaan;
maka kebangkitan orang Melayu adalah realiti yang
mendorong kepada ‘penyatuan orang Melayu’. Penyangak
itu adalah “pegawai polis” Melayu yang diberi upah
pangkat dan gaji besar oleh penjajah dulu. Mahathir
nak ikut cara itu? Nah! Tunggu….!! Tunggu…!
Tunggu…..!!
Siapa Jadi Perkakas Mahathir/UMNO?
Kini orang Melayu sudah sedar sesedarnya bahawa regim
Mahathir menggunakan taktik yang sama seperti
penjajah. Ribuan orang Melayu dan rakyat telah
dibelantan dan dibelasah di lokap. Orang kampung dan
desa sudah mengingati kembali sejarah British dan
Jepun yang menggunakan “kempitai” upahan. Ingatan
itulah yang mendorong mereka bersatu, berpadu dan
seiringan “menentang” dengan jihad dan kekuatan jati
diri.
Bermakna sekarang, “perpaduan Melayu” tidak pernah
tergugat. Cuma, jika dulu mereka berpadu dibelakang
UMNO, tetapi sekarang mereka berpadu di belakang
Pembangkang UNTUK menumbangkan UMNO/BN. Tidak ada
beda. Tidak ada nostalgia. Bagi mereka – sekali mereka
(orang Melayu) sudah hilang keyakinan kepada
pemerentah yang “pembohong dan beragenda” – jangan
harap pemerentah itu akan kekal.
Perbincangan “Perpaduan Melayu” Tak Ada Guna
Mahathir dan UMNO – sila ambil ingatan. Sebenarnya,
isu “Perpaduan Melayu” tidak RELEVEN. Yang lebih
penting kepada orang Melayu ialah sejauhmana regim
“puaka” yang sudah menyimpang jauh dari iltizam dan
inspirasi orang Melayu menuntut kemerdekaan dari
penjajah dulu; dapat disingkirkan!
Jika Perbincangan “Perpaduan Melayu” bermaksud
menyatukan orang Melayu supaya menyokong UMNO yang
dibarua dan di”Mamak-Malbari”kan – baiklah tak usah.
Tak ada guna. Tak ada faedah. Buat “habeh bogheh”
saja!!
Kerana “Nasi UMNO sudah jadi bubor lambok basi…!!”,
bagi orang Melayu, selagi Mahathir beragenda menipu,
berbohong dan jual temberang paria saja – sambil
mereka sekongkol menyusahkan kehidupan dan merosakkan
kesejahteraan orang Melayu (umumnya); UMNO pasti akan
jadi parti “itik tak sudu dan ayam tak patok”.
Sebagai peringatan: Eloklah Mahathir dan UMNO/BN
gulung tikar dan tunggu saja “izrail” menentukan
ketika yang terbaik mencabut nyawa-nyawa ikan
kalian..!!
Sekian adanya!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)