Amin Sapiro (Mahathir cuba main Yo-Yo..heheh)
SEJAK sebulan dulu saya sering menerima email dari
teman-teman siber meminta saya memberi komentar
mengenai ledakan INFLASI yang semakin menular di
negara kita atas tidakan tidak berhemah regim Mahathir
yang tidak peduli dengan keresahan dan keseksaan
rakyat.
Saya jawab – tidak perlu kita bincangkan jika
bertujuan menyedarkan rakyat. Kerana, rakyat akan
sedar keperitan gigit inflasi yang mendesak. Saya
kata, Ekonomi adalah semacam cuaca – ia akan dirasai
oleh semua orang. Biarkan dulu, kelak akan saya komen
mengikut perlu.
Saya kata juga, jika dibincang mengenai inflasi,
masakan pemimpin UMNO akan faham. Sebab, majoriti
mereka macam “ayam betina mengeram telor tembelang”.
Maknanya, pemimpin UMNO terlampau bangang. Maklumlah
99% mereka tak cukup sekolah. Naik dalam parti sebab
cekap dan sanggup “pijak kepala kawan”.
Tambahan pula, hampir semua mereka takut bila
berbincang dengan Mahathir, apatahlagi menyanggah
ketetapan mamak-paria tu. Maklumlah, masing-masing ada
“kutu atas kepala”. Sekali dilanyak Mahathir tanggal
kulit kepala. Macam Khir Toyol…Rambut semua gugur
dahhh..!!
Jadi, cerita banyak-banyak pun tak guna. Kita dalam BA
bukan penggubal Dasar. Apa kita susah? Jika inflasi
memuncak yang akan kena “tarok habis-habisan”
dipelengkung kepala oleh rakyat ialah UMNO/BN yang
berketuakan seorang PROMPAK @ PENYANGAK!! Kita
ceramah, bogelkan UMNO dan kebangangan pemimpin
mereka..!
Lagipun, jika inflasi memuncak-mendadak, pun ada
hikmahnya. Pertama: Rakyat akan terus resah. Kesannya,
rakyat akan faham bahawa regim Mahathir akan dicop tak
cekap menangani isu-isu ekonomi dan kesejahteraan
rakyat. Dengan itu rakyat akan membuat kesimpulan
bahawa regim Mahathir TAK layak dan tak MAMPU
mentadbir negara dan rakyat lagi.
Apa jadi? Ya! Ya! Tahun 2004, rakyat akan
berbondong-bondong memangkah BA. Johor, Melaka dan N9
pun akan lingkop. Sokongan 100% kepada BA. Masa itu
kita akan dapat merancang dan menggubal dasar demi
kepentingan rakyat menghadapi melinium ke-21 ini,
insyaAllah!
Pengundi Johor (sepanjang pemantauan turun padang
peringkat akar-umbi) sudah membuat keputusan akan
“membenamkan” Mahathir dan UMNO/BN di Laut China
Selatan. Bagi jerung makan dan berpesta. Ramai bangkai
pemimpin UMNO/BN…..woooiiiii…..!
Beberapa pihak dalam UMNO sendiri sudah memulakan
kempen “Nyah Mahathir” sama ligat dengan reformis BA.
(tentu sdr. tahu siapa mereka, kan?). Mereka niat
memang nak sokong BA. Kalau menang 50-50 nanti,
they’ll cross-over…!! Best juga yek? Tak payah BA
keluar belanja. Alasan mereka: DEMI KEPENTINGAN
NEGARA!!
Antara isu-isu yang dibangkitkan ialah INFLASI air
yang berpunca dari perbuatan rasuah Mahathir dan “geng
perompak” dalam UMNO yang semakin tidak pedulikan
kepentingan rakyat. Mahathirlah “bedebah sial” yang
menetapkan harga air paling murah dijual ke Republik
“seberang tambak sebelah sana”. Mahathir-Daim
memfaraitkan rasuah “air” imbuhan harga – masuk poket
mereka. Beratus juta disimpan di Bank Israel disana.
Tetapi, “barua-barua” yang berdua itu bijak menipu
rakyat. Maka diacah-acahlah kununnya mereka bertelagah
berkelahi dengan Goh Chok Tong. Itu pun SANDIWARA
juga. Dollah “main golf” dengan Chok Tong.
Ketawaaaaaa… hehehe.. taktik murahan puak UMNO nak
alih tumpuan rakyat dari berbincang masalah dan
kekejaman + Kezaliman Matahir + UMNO. Itulah “sifir
2x5”nya..!!
Ewahhhhhh… diingatnya orang Johor bodoh semua ke? Kita
pun ada kawan sepermainan di “seberang tambak sebelah
sana”. Dah melampuh bocor RAHSIA Mahadir – perompak
nomor WAHID negara. Cerita ini dah tersebar dengan
dokumen lengkap disertakan sekali. Orang Johor dah
mula tak percaya kpd “uMMno”..!!
OK! Bacalah paparan yang dikutip dari Utusan Meloya
ini. Bukan nak rujuk cerita penyangak media massa
Mahathir Kutty ni.. Tapi kita nampak sekarang: paparan
media itu adalah sebagian dari SANDIWARA
Mahathir-“uMMno”..!!
Sebenarnya, isu kenaikan tarif air di Selangor itu
adalah SANDIWARA terkini Mahathir dan UMNOnya. Jangan
anda tak tahu… kenaikan tarif air di Selangor akan
diarahkan oleh Mahathir supaya diturunkan semula
kepada tarif asal. Jadi, nampaklah kununnya regim
Mahathir memahami rungutan rakyat KONON!! Hahahah….
Pandai kan? Taktik lama daaaaaaa……!! Tapi tak
jalan..Tunggu dan lihat!!
Regim Mahathir dah tak ada modal nak pujuk rakyat.
Mungkin tarif letrik akan naik juga. Bila rakyat
bising… haha.. turun semula. Macam itulah cara MENIPU
rakyat, kan?kan?kan?
Jaga..jaga… dalam semak ada ranjau. Mahathir “kepala
penyangak”. Sandiwara Mahathir GAGAL lagi..!! Jangan
orang Melayu terkena pisang berbuah dua kali. Orang
Melayu janganlah tertipu murahan lagi.OK?
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)
`````````````````````````````````````````````````````````````````````
HARGA BARANG DIJANGKA NAIK -- TIDAK DAPAT DIELAK KESAN
DARIPADA KENAIKAN TARIF AIR DI SELANGOR
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Sektor industri meramalkan
hampir semua barangan pengguna yang dibuat di Lembah
Klang dijangka naik harga ekoran peningkatan tarif air
sehingga 60 peratus.
Antara barangan yang dijangka naik harga ialah barang
makanan, minuman, barangan plastik, kosmetik dan
ubat-ubatan.
Dua persatuan industri ketika ditanya mengenai kesan
kenaikan tarif air terhadap perindustrian negara
memberitahu, kenaikan harga barang-barang itu tidak
dapat dielakkan kerana ia berkaitan dengan kos
pengeluaran.
Setiausaha Agung Persatuan Pengilang-Pengilang
Bumiputera Malaysia (PPBM), Raja Nong Chik Raja Zainal
Abidin memberitahu, dalam industri makanan dan
minuman, air merupakan elemen penting dan air terpaksa
digunakan dengan banyak untuk menghasilkan
produk-produk tersebut.
Menurut beliau, industri pemprosesan bahan kimia di
dalam industri kosmetik dan ubat-ubatan juga amat
memerlukan air yang banyak.
``Bayangkanlah setiap meter padu air akan mengalami
pertambahan sehingga 72 sen atau 60 peratus berbanding
harga sekarang. Setiap hari mereka terpaksa
menggunakan beratus-ratus meter padu air untuk
kegunaan industri mereka.
``Saya tidak menolak kemungkinan para pengusaha
terpaksa menaikkan harga produk masing-masing untuk
menampung kenaikan kos operasi,'' katanya kepada
Utusan di sini hari ini.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Mohamad
Khir Toyo, mengumumkan kadar tarif air di Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dinaikkan antara 20
hingga 75 peratus membabitkan lapan sektor penting,
berkuat kuasa dua minggu lagi.
Bagi sektor industri dan komersial, kenaikan tarif air
adalah 50 peratus iaitu dari RM1.20 kepada RM1.80 bagi
kadar 35 meter padu ke bawah, manakala, bagi
penggunaan yang lebih dari 35 meter padu menyaksikan
peningkatan kadar tarif sebanyak 60 peratus iaitu
meningkat dari RM1.20 ke RM1.92 semeter padu.
Dalam pada itu Raja Nong Chik mengakui kerajaan
mempunyai hak untuk menaikkan tarif air tetapi
kenaikan itu perlulah munasabah.
``Saya kira kenaikan antara 10 hingga 20 peratus
adalah kadar yang munasabah,'' katanya lagi.
Turut sependapat dengan PPBM ialah Presiden Persatuan
Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Looi Teong Chye,
yang menganggap kenaikan tarif baru air sehingga 60
peratus boleh membebankan para pengusaha industri
kecil dan sederhana (IKS).
Bahkan, katanya, kenaikan harga hasil produk-produk
IKS tidak dapat dielakkan sekiranya tarif baru itu
terus dilaksanakan terutama bagi industri makanan dan
minuman.
``Saya tahu peningkatan harga akan membebankan
pengguna tetapi dalam masa yang sama para pengusaha
terpaksa juga memikirkan kos yang kian bertambah
akibat kenaikan harga air ini.
``Dan apa yang kami rasa tertekan ialah kenaikan kali
ini benar-benar tinggi dan tidak munasabah. Kalau naik
maksimum 20 peratus mungkin bebanan itu kurang
dirasai,'' katanya lagi.
Kata beliau, kerajaan sepatutnya menumpukan usaha
untuk menyelesaikan masalah paip-paip yang usang yang
telah menyebabkan pembaziran air kira-kira 40 peratus.
``Dari sini sahaja kerajaan dapat menjimatkan beratus
ribu ringgit,'' ujarnya.
Sementara itu, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA) menyifatkan kenaikan tarif air itu sebagai
membebankan golongan pengguna berpendapatan rendah.
Presidennya, Prof. Dr. Hamdan Adnan berkata, golongan
berpendapatan rendah terpaksa berbelanja lebih
daripada sepatutnya sehingga berkali ganda semata-mata
untuk menggunakan air dan barangan keperluan lain yang
naik harga ekoran kenaikan tarif itu.
Menurut beliau, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku
kerana air adalah barangan perlu yang tidak boleh
ditukar ganti.
Beliau menegaskan, Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS)
sepatutnya mencari jalan terbaik untuk mengatasi
masalah tunggakan bil air sebanyak RM208.1 juta dan
bukannya menjadikan alasan kenapa kadar tarif air
perlu dinaikkan.
``Kenaikan ini akan lebih menyulitkan lagi pengguna
untuk sama-sama membantu JBAS dalam mengatasi masalah
bil air tertunggak dan ia bakal menyumbang kepada
tunggakan yang lebih tinggi,'' katanya ketika
dihubungi.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Abd. Rahman Manan
pula menggesa kerajaan negeri menimbang semula
kenaikan kadar tarif air bagi kepentingan golongan
berpendapatan rendah dan sederhana.
Menurut beliau, kadar kenaikan itu akan memberi kesan
negatif kepada golongan tersebut untuk menggunakan air
kerana bimbang untuk membayar dengan harga yang lebih
tinggi daripada biasa.
Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD dan ROSNIZA MOHAMAD