Amin Sapiro (terus memantau turun padang)
MAKIN hari semakin ketara bahawa regim Mahathir yang
didukung oleh Barisan Nasional telah “reput sokongan”
rakyat banyak. Situasi begitu sangat mencemaskan pihak
perancang dan pengendali strategi parti, khususnya
dalam meraih sokongan pengundi baru – terutama sekali
golongan muda yang rasional, berpendidikan dan
berfikiran maju dan terbuka.
Rakyat Melakukan Anjakan Paradigma
Anjakan paradigma sokongan rakyat terhadap Pembangkang
semakin ketara. Keadaan ini makin melemaskan Mahathir,
UMNO dan komponen BN. Mereka sudah cuba sedaya upaya
mempertikaikan keterampilan BA dan komponen Brisan
itu. Malangnya, strategi pemimpin UMNO semakin
‘balik-awah’. Sebaliknya, penyokong UMNO dan BN
sendiri sudah hilang arah. 70% dari mereka sudah
berpaling tadah!!
Inilah yang menyebabkan Mahathir menggelabah dan
terluka parah. Rata-rata pemimpin UMNO/BN sudah tak
tentu arah. Diarahlah Polis menambah kelengkapan
senjata untuk membelasah rakyat. Sebaliknya, rakyat
semakin bersedia dengan pertahanan mereka.
Mahathir lupa bahawa dalam peperangan menentang
ledakan rakyat, tidak ada satupun regim DIKTATOR yang
selamat. Nicolae Caucescue sendiri tersadai ditepi
longkang, bergelimpangan menjadi mayat. Mobuku Sese
Seko bagaimana? Shah Iran cabut lari ke mana? Hitler –
walaupun bersembunyi dalam terowong bunker,
kesudahannya bagaimana? Mungkinkah terowong Putrajaya
akan menjadi “kubu” atau “Kubur” Mahathir anak-beranak
dan Kroni politik pula?
“Going out of hand”
Mahathir..!! Baca ini baik-baik……!!
Berita ‘senyap-senyap’ menyebut bahawa Dr. Mahathir
dan kuncu-kuncu “think tank” parti di PWTC dan
Puterajaya semakin lemas dan hilang akal. Ledakan
ketandusan sokongan rakyat semua kaum menunjukkan
bahawa Barisan Nasional sudah dijangkiti virus “UMNO”.
Virus ini semakin menular dan sedang merosakkan fabrik
hubungan sesama komponen BN pula.
Yang paling menyulitkan keadaan ialah: UMNO yang
selama ini dikenali sebagai sebuah parti Melayu telah
gagal menunjukkan keterampilan yang berwibawa terhadap
penyelesaian isu-isu berkaitan dengan orang Melayu.
Karenah dan keceluapran, tindakan mengkesampingan
“kenegaraan” (statesmanship) Dr. Mahathir sendiri
adalah punca yang merosakkan perpaduan kaum.
Dengan itu, komponen BN semakin sulit menyakinkan
pengundi bahawa BN masih boleh diyakini. Pelbagai
kekecundangan UMNO sudah nampak semakin tertonjol.
Bukan saja oleh Pembangkang Melayu malah oleh beberapa
pihak dalam UMNO sendiri.
UMNO Salah Tafsir Pengaruh Mahathir
Pada mulanya regim Mahathir menganggap bahawa Dr.
Mahathir punya kekuatan dan pengaruh yang sukar
digugat. Malangnya itu dulu.
Selama ini pemimpin UMNO semacam terpukau dengan
ucapan dan tindakan beliau mempengaruhi orang Melayu.
Malangnya itu semua adalah agenda-agenda pembohongan
beliau untuk menipu orang Melayu. Walaupun ramai
pemimpin UMNO berjawatan merasa lega dengan ledakan
berita fitnah yang disebarkan melalui media massa,
tetapi kini mereka telah diinsafkan oleh para pemmim
Pembangkang yang berani berkata benar.
Pelbagai percubaan pemimpin elit UMNO telah
dijadualkan. Mereka menggunakan jasabaik
penulis-penulis upahan seperti Chamil Wariya,
Zainuddin a/l Maidin dan Kadir Jasin. Masing-masing
melupuskan etika kewartawanan sejagat – berubah sikap
menjadi “tawanan” buta mata hati, dangkal minda dan
rosak kepala hotak..!! Hematnya mereka menjadi
“wartawan penyangak” perosak minda rakyat dengan sikap
“tukang jilat” taik kering yang melekat di punggung
Mahathir Mohamad..!!
Beberapa ‘profesor’ Cangkong seperti Ramlah Adam,
Nordin Kardi dan rakan-rakan yang sewaktu dan sama
berconggok di”jamban” yang sama dengannya, dijanji
ganjaran upah lumayan asalkan menulis panjang-panjang
di media UMNO.
Mereka bersedia menjual maruah diri di kaca TV. Mereka
taksub dan akur dengan arahan supaya melemparkan
kewarasan minda doktor falsafah (Ph.D) mereka semasa
mereka ‘berhadas di tandas’ tanpa “flush”. .
Mereka sanggup menggantikan ijazah dan maruah diri
dengan keluaran univertsitu UMNO baru(A) yang
kurniakan khas oleh Mahathir (“Vice” Chancellornya)
dan UMNO yang mengiktiraf “PHD” itu pula.
“PHD” yang itu membawa takrif “Penyebar Hasad Dengki”
pula. Bagi rakyat yang berminda terbuka – sekaligus
mereka dicop tidak layak bergelar mahaguru..!
Sebaliknya rakyat tahu bahawa berfungsi pemegang PHD
itu adalah “agen-agen” adu-domba perosak minda
rakyat!!
Membazir saja ringgit dan sen rakyat menanggong
perbelanjaan menyekolahkan mereka ke negara luar. Bila
dapat ijazah, mereka takut kepada “mamak-malbari” yang
satu ini..!! Tidakkah ini jenis orang Melayu yang
harus diberi kesempatan mengajar zuriat rakyat
marhain?
Badan Bertindak Melayu (BBM) bagaimana?
Badan Bertindak Melayu (BBM) yang pada mulanya cuma
acah-acah bagai anak-anak “main pondok”; kini telah
mulai menampak trend yang “kurang sihat” untuk
menegakkan kepentingan UMNO dan BN (pada tanggapan
Mahathir & Co.).
Diketahui bahawa mereka sudah merancang untuk
mengeluarkan akhbar berkala. Strategi mereka tidak
disedari oleh beberapa pihak – rupa-rupanya mereka
sedang memberi penerangan kepada penyokong UMNO akar
umbi. Modes operandi mereka hampir sama maksud dengan
reformis yang dijana oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
juga. Cuma strategi mereka sedikit berbeda..!!
Yeaaaahhhhh… Mahathir, Dollah Bedawi dan beberapa puak
dalam “think tank” UMNO semakin terkapai-kapai
dibenamkan oleh rakyat banyak. Inilah yang menyebabkan
Mahathir semacam hilang akal dan ikhtiar untuk
mengatasi masalah yang merundung meraka.
Tenat..! UMNO/BN Semakin Tenat.!!
Pemantauan rambang menunjukkan bahawa UMNO/BN memang
tenat sekarang..!! Semakin ketara sekarang, asakan
bukan saja dari luar UMNO malah sudah meledak dari
dalam parti itu sendiri.
Isu “Perpaduan Melayu” yang pada mulanya dirancang
oleh “Mak Lendir” itu akhirnya tidak mendapat sebarang
manfaat kepada parti. Mahathir sendiri yang bersikap
celupar hingga Pembangkang Melayu dan BA amnya telah
berjaya membuktikan kepada rakyat (termasuk penyokong
UMNO) bahawa Mahathir adalah tidak ikhlas – jauh
sekali dari jujur.
Pentadbiran Yahudi-Israel
Tujuan Mahathir bukan untuk memperpadukan orang
Melayu. Sebaliknya beliau mahu orang Melayu menyokong
beliau seorang sahaja. Dengan itu orang Melayu akan
terus-menerus “diperkuda” seperti keadaan orang Melayu
dibawah pemerantahan penjajahan.
Mahathir sedang menggunakan taktik Yahudi-Israel untuk
melumpuhkan kaum Palestin. Contohnya:
1) Di Kubang Pasu, rata-rata mereka adalah orang desa
yang berjiwa aman. Mereka tidak menyangka bagaimana
“kurang ajar dan biadapnya” regim Mahathir mengganasi
mereka. Baru sekarang mereka sedar dan nampak dengan
bersaksikan mata kepala mengapa warga kota di Kuala
Lumpor tidak putus-putus berdemo menuntut supaya
“MAHATHIR UNDOR”.
2) Di Kulim pula, orang kampung berduyun-duyun hadir
ke pekarangan mahkamah memberi sokongan kepada
rakan-rakan yang berjaya mematahkan pakatan konspirasi
“Regim Mahathir-SPR”. Mereka itulah yang berencana
memusnahkan proses Demokrasi Pilihanraya.
Rakyat bertepuk tangan bila sepandok bertulis terang
warna warni berukuran 5 kaki tinggi melalakkan frasa
“MAHATHIR IS THE ENEMY OF THE STATE”..!! Tulisan ini
sudah tersebar di seluruh negara dan dunia. Tentu PW
laman Reformasi ada menyimpan slogan keramat itu.
Saksikanlah..!!
Proses Regim Komunis Dalam Bikinan
Beberapa gambar membuktikan bahawa regim Mahathir
sudah mencapai tahap perilaku regim komunis Cina di
Tienanmen Square. Gambar-gambar itu juga memperlihat
dengan terang lagi bersuluh bagaimana Mahathir dan
Dollah Bedawi semakin mengganas dengan bantuan
“anjing-anjing bertubuh manusia ” peliharaan regim
puaka penzalim rakyat jelata.
“Anjing-anjing” itu diberi imbuhan gaji bulanan dari
kocek rakyat. Mereka diperlengkapkan dengan peralatan
membelasah rakyat yang menegakkan Keadilan dan
menumbangkan Kezaliman. Inikah sebuah kerajaan yang
mahu rakyat hidup dalam aman?
KEKERASAN..! KEGANASAN..! KEZALIAMN…!! Silih
bergantilah dirancang oleh Mahathir dan kuncu-kuncu
dalam UMNO/BN. Ia semakin meluas dirakam dan
diabadikan oleh rakyat dalam minda mereka. Sekarang
mereka sudah cukup bokti untuk menolak regim ala
Yahudi-Israel berhaluan seperti Komunis yang menafikan
hak asasi rakyat dan agama (Islam).
Kezaliman, pembohongan dan “mungkir janji” adalah
antara ‘traits’ regim ini. Inilah yang akhirnya
menyebabkan rakyat membuat kesimpulan bahawa ‘Regim
Mahathir wajar di tumbang dan dihapuskan dari muka
bumi Allah ini’..!
Kesimpulan UMNO
(Perhatikan baik-baik)
Terdengar khabar diperingkat pemimpin pertengahan yang
dianggotai oleh para penyokong dan pemimpin UMNO.
Mereka disebut sebagai keputusan bahawa: Mahathir
sebagai presiden parti tidak harus dibiarkan lagi
berenak-enak melakukan kezaliman kepada rakyat
mengikut sekehendak hatinya.
Kata mereka: Jika UMNO hendak diselamatkan, pilih satu
antara dua – samada Mahthir UNDOR segera pada
bila-bila masa sebelum tahun 2004, dan “heret”
Mahathir dan kuncu-kuncu yang melakukan rasuah ke
mahkamah.
Atau, Mahathir MESTI disiasat oleh satu Suruhanya Di
Raja, diadili dengan saksama oleh sebuah mahkamah
bebas berjuri. Jika didapati bersalah, mereka yang
terlibat hendaklah dihukum selari dengan Perlembagaan
dan undang-undang yang dikanunkan.
Khabarnya para pemimpin UMNO sedang merancang dan akan
melaksanakan siri tekanan begitu. Tekanan itu sudah
semakin kuat dan hebat. Mereka sudah nampak karenah
Mahathir sudah melampaui batas.
Khabarnya, Mahathir pun sudah dimaklumkan. Bagi mereka
parti lebih afdhal dan melepasi seorang ketua yang
tidak beretika dan sering melakukan kerosakan kepada
negara dan rakyat. Parti tidak wajar ‘condon’ karenah
biadap Marcos dan Soeharto di Malaysia. Jika itulah
cara pendbiran yang diikuti Mahathir, beliau adalah
orang ketiga selepas mereka berdua!!
Mahathir Lebih Percayakan “Mamak-Malbari”
Pemimpin UMNO sudah tahu taktik Mahathir. Mereka sudah
nampak bahawa Mahathir juga tahu bahawa orang Melayu
sudah berpadu sebagai satu kaum. Sekarang Mahathir
sedar bahawa puak pewaris “mamak-malbari” sajalah
tempat beliau menyandar untung nasibnya.
Maka, dirasuahlah suku-sakat sama keturunan dengan
beliau – diberi pangkat dan peluang buat
$$$$$$$$$$$$…. dengan melantik mereka ke taraf menteri
dan S/Usana Parlimen. Perbuatan Mahathir ini semakin
menjana penentangan dari dalam UMNO sendiri. Walaupun
penentang itu ‘senyap-senyap’, tetapi dalam hati penuh
dendam kesumat!! Mereka menanti ketika dan masa yang
tepat untuk bertindak.
Kesimpulan Rakyat
Rakyat yang berpendidikan menyimpulkan bahawa regim
Mahathir sudah terang-terang GAGAL membawa negara
menjawab cabaran melinium ke-21.
Sebagai permulaan strategi, jumlah mereka yang
terhimpun sebagai pengundi baru pada 2004 ditaksir 1.6
juta. Sejumlah besar dari mereka adalah anak-anak muda
dan belia yang sering terdedah dengan gejolak
Reformasi dan ledakan Demo. Mereka berada dimerata
pelusuk negara. Strategi mereka sukar diatasi SPR,
Polis dan “undang-undang belantara” Mahathir Mohamad.
Mereka menyedari kekuatan dan peranan mereka. Mereka
bijak dan cekap mengatur tindakan dengan penuh waspada
lagi cermat. Buktinya, 20 bus pelancung penuh berisi
“pengundi hantu” tajaan Mahathir dan UMNO/BN
terperangkap di Lunas.
Mereka berkesanggupan berhadapan dengan sebarang
hukuman “mahkamah cacamarba” yang diupah Mahathir
menurut keputusan beliau. Tetapi, kerana bagi mereka
yang menentang kezaliman itu menganggap ia satu
“Jihad”, mereka lebih sanggup ke penjara dari membayar
denda.
Kesimpulan Pembangkang
Mereka bergelar Pembangkang (hari ini) kelihatan
semakin merapatkan barisan. Mereka mendedahkan kepada
semua kaum bahawa UMNO, BN dan Dr. Mahathir tidak
wajar lagi diberi peluang menerajui pentadbiran negara
selanjutnya.
Barisan Alternatif (BA) sudah terang-terang
berkeupayaan menegakkan sebuah kerajaan pilihan
rakyat. BA sudah menampakkan kecemerlangan di Kelantan
dan Terengganu. Kedah sedang dalam perancangan untuk
diambilalih. Begitu juga Pahang, Selangor dan Perak.
Pembangkang BA sudah tidak peduli lagi apa Mahathir
dan regimnya mahu buat. Kebusukan rasuah dan
penyelewengan, ‘bailot’ dan rompakan terhadap hak dan
harta rakyat sedang disebarkan. Rakyat harus diberi
maklumat melalui pelbagai sumber.
Rakyat tidak peduli samada ceramah rakyat diberi
permit atau tidak. Bagi mereka hak mereka mengetahui
yang benar adalah wajar dari segi undang-undang. Musa
Hitam dan SUHAKAM yang “bungkam” boleh cakap
macam-macam. Polis boleh bawa belantan atau air kimia
kuning untuk disemburkan.
InsyaAllah…. Rakyat sudah mengambil keputusan.
Kerajaan BA yang dikehendaki 22 juta rakyat Malaysia
akan diberi mandat. Semakin nampak bahawa BA telah
jelas berupaya untuk mengambilalih pentadbiran negara
selepas 2004…!!
Kemana Mahathir, dan pemimpin UMNO dan BN yang
kecundang dan rasuah hendak lari? Tidak ada tempat
yang selamat melainkan mereka akan disemadikan di Sg
Buloh sebagai perkampungan “SELAMAT”…!! Perjuangan
rakyat massa hampir mencapai matlamat…!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)