Amin Sapiro (….nampak cahaya samar yang semakin
terang)
BERITA keadaan berkecamok di Kubang Pasu belum lagi
reda; kini diberitakan sedang menular ke Kulim pula.
Kemarin, 17 Februari 01 di Kuala Lumpor, terjadi
perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka. Isunya:
Mokhtar Abdullah tidak diyakini rakyat sebagai Hakim
Mahkamah Persekutuan.
Kegelisahan mega rakyat yang berlaku di ketiga-tiga
tempat berasingan itu adalah manifestasi kebencian
rakyat terhadap regim pimpinan Mahathir Mohamad.
Mungkin ia tidak dirasai oleh Mahathir; tetapi UMNO
dan pemimpin BN yang lain sudah semakin nampak bahawa
cara penggunaan kekerasan yang dilakukan oleh polis
(atas arahan Mahathir dan direstui oleh pihak elit
regim ini) sudah mencapai tahap modes operandi sebuah
regim KOMUNIS..!!
Penyokong UMNO Berpaling Tadah
Pemimpin UMNO elit yang berlegar di sekeliling
Mahathir menyangka bahawa untuk meredakan keresahan
rakyat, mereka boleh melakukannya melalui kekerasan
dan ugutan. Mungkin mereka lupa bahawa budaya dan
resam saikologi orang Melayu sudah termeterai bahawa
“amok” adalah suatu sikap yang timbul setelah mereka
(orang Melayu) hilang kesabaran.
Mahathir tidak mengerti perasaan orang Melayu kerana
dia berasal dari keturunan India bersuku-sakat
Malbari. Walaupun sesudu darah “keling paria” dalam
jantung limpanya, namun itu tidak akan mentakrifkan
beliau “congenially – he is a pure Malay” berumpun
asal Nusantara.
Kerana itu, segala sikap buruk yang berlaku kepada
masyarakat Melayu sekarang yang berpunca atas
arahannya, adalah tidak sehaluan dengan perjuangan
orang Melayu lagi.
Mahathir Tidak Pernah Menghormati Inspirasi Orang
Melayu
Mahathir tidak pernah menghormati orang Melayu sebagai
satu kaum yang berdaulat di negara ini. Segala-gala
ini boleh dibaca dalam Malay Delimma.
Bagi Mahathir, UMNO adalah alat-perkakas untuk
dijadikannya tempat bertenggek menipu dan
menjual-murahan 10 juta orang Melayu di negara ini.
Hak asasi orang Melayu, inspirasi orang Melayu
menuntut kemerdekaan dan kesulitan hidup orang Melayu
dipandang beliau sebagai “menyusahkan” beliau mengaut
harta rompakan yang menjadi agenda utama beliau dan
Kroninya.
Majoriti orang Melayu dan sebahagian besar penyokong
UMNO sudah hilang sabar. Itu makin jelas dan ketara
amat.
Mahathir kena ingat bahawa orang Melayu adalah “orang
Melayu” secara umum. Mereka bersaudara secara Islam.
Bagi mereka, cubit peha kiri, peha kanan terasa juga.
Mereka tidak akan membiarkan sanak-saudara mereka
dizalimi dan dikejami seperti binatang. Paling kurang,
mereka rasa geram dan berdendam.
Peristiwa 13 Mei Harus Dibaca Baik-baik
Peristiwa 13 Mei adalah sebaik-baik kejadian untuk
rujukan. Pada waktu itu, orang Melayu berpadu tanpa
mengira parti politik dan lapisan masyarakat. Bagi
mereka, konsep “perpecahan” itu cuma permainan
orang-orang politik yang berkepentingan. Bila sampai
masa, orang Melayu tetap “satu”. Dan “kesatuan” mereka
adalah menyeluruh. Ia boleh mencorak apa jua mereka
mahu. Inilah yang menggerakkan mereka hingga tercapai
Kemerdekaan negara.
Hari ini, gejala “kesatuan” itu sudah semakin jelas,
ketara dan memainkan fungsinya. Orang Melayu semakin
sedar siapa musuh sebenar mereka. Semua telunjuk
rakyat segala kaum menuding ke arah satu hala iaitu:
Mahathir dan UMNO/BN..!!
Nah! Di sinilah Mahathir kalah. UMNO bikinannya sudah
hilang ‘ranggah’ dan majoriti orang Melayu sudah mulai
menyanggah. Mahathir semakin tidak diingini lagi.
Perasaan benci dan meluat sudah bercambah dan telah
merebak ke desa dan kampung pendalaman seluruh negara.
Itu adalah petanda petaka akan sampai kepada UMNO dan
BN..!!
Mahathir Sudah Tersepit
Peristiwa di Kubang Pasu sehari dulu dan di Kulim pada
hari ini adalah ditonton dan disaksikan oleh rakyat
desa dan perkampungan Melayu asal. Peristiwa yang
berlaku di Balai Polis Dang Wangi dan di Dataran
Merdeka kemarin adalah disaksikan oleh warga kota yang
berpendidiakan.
Semua kaum sudah mulai terlibat dengan pergolakan yang
kian menghebat sekarang. Mungkin Mahathir tidak sedar
bahawa BBM yang berhimpun di PWTC kununya boleh
didiamkan dengan kemungkinan dilenyapkan
habis-habisan. Namun tanggapan beliau adalah salah.
Semakin jelas bahawa Mahathir cuba BERSANDIWARA dalam
usul perbincangan “Perpaduan Melayu” antara UMNO dan
PAS. Rahsia Mahathir dan strategis partinya sudah
terbongkar melalui surat perkelilingan. Ia adalah
bukti bahawa sebenarnya Mahathir tidak jujur dan
bersikap “lidah bercabang seperti Biawak”. Sekaligus,
perbicangan UMNO-PAS sedang di ulangkaji fungsinya.
Mungkin tidak jadi!! Patah di tengah jalan. Tidak akan
memberi sebarang kesan postif kepada UMNo dan rakan
komponen BN!
Mahathir & UMNO/BN Tersalah Langkah
Mahathir lupa bahawa kesan sikap “mungkir janji”
beliau sangat mendalam di hati rakyat. Makin terbukti
bahawa sesungguhnya regim Mahathir sudah kehilangan
sokongan: dari dalam UMNO sendiri.
Bermakna sekarang; Mahathir sudah tersepit
dicelah-celah kebencian rakyat banyak. Yang paling
menyulitkan ialah, mereka terdiri dari seluruh lapisan
masyarakat.
Mungkin hari ini dia (Mahathir) masih lagi cuba
berpaut kepada kuasa polis yang dirasuahnya. Namun
majoriti anggota polis pun punya ‘hati perut’ juga.
Ramai diantara mereka yang rasional dan mengetahui
hakikat sebenar perjuangan Pembangkang. Mereka sedar
bahawa regim Mahathir sudah diketepikan oleh rakyat.
Regim ini tidak boleh pakai lagi.
Jika Mahathir tidak sedar, berkemungkinan besar beliau
akan di”Estrada”kan. Paling buruk beliau akan
di”Mobutu”kan. Mungkin nasib Nawaz Shariff akan
dicontohi beliau..!! (sekadar peringatan tulus
ikhlas).
Penggunaan Kuasa & Kekerasan Ada Hadnya
Mahathir kena ingat bahawa dalam dunia politik madani,
‘demokrasi’ adalah suatu “garis lurus” tanpa
bengkang-bengkok. Jika Mahathir beragenda
memutarbelitkan keadaan seperti ular, yang terbelit
ialah beliau sendiri dan partinya.
Rakyat sudah tidak peduli apa juga kuasa yang dimiliki
Mahathir. Rakyat sudah muak, bosan dan jijik dengan
karenah Mahathir selama 2 tahun ini. Kemenangan
UMNO/BN pada November ’99 dulu semakin dilihat tidak
merobah dasar dan karenah Mahathir. Sebaliknya beliau
makin rakus dan zalim.
Kejadian di Kubang Pasu, Kulim dan Dataran Merdeka
adalah petanda paling jelas. Mahathir dan UMNO/BN kena
baca baik-baik.
Mahathir Tidak Akan Berpatah Balik Asal
Rakyat semakin sedar bahawa UMNO/BN sudah terluka.
Luka itu sudah cukup parah. Tidak ada cara bagi
Mahathir & UMNO/BN mengobati hati rakyat lagi –
khususnya hati orang Melayu. Mereka cukup keciwa.
Jika Nov.’99, UMNO kehilangan 22 kerusi Parlimen dan
sebuah negeri; kebelakangan ini rakyat semua kaum
sudah hilang keyakinan untuk memberi ruang
kesinambungan BN menerajui negara pada tahun 2004 ini.
Petanda itu sudah wujud di Lunas. Kini Kubang Pasu
sudah memanifestasikan gambaran yang sama.
Soalnya sekarang: Apakah Mahathir, UMNO dan semua
komponen BN mampu meraih sokongan rakyat untuk memberi
mandat kepada sebuah parti yang akan menghukum mereka?
UMNO/BN Tidak Upaya Balik Asal Sediakala
Mukin regim Mahathir sedang melihat ketiadaan cahaya
dihujung terowong politik UMNO/BN. Mereka dalam parti
sudah tahu sejarah politik manusia sejagat bahawa
tidak ada sebarang “patah balik asal” dalam politik.
Sekali terjejas terus dibenci rakyat – tamatlah
riwayat parti itu.
Mungkin Gen. Franco berjaya meletakkan seorang anak
raja menduduki takhta – tetapi pada waktu yang sama,
rakyat sudah menguasai keseluruhan sistem politik dan
pentadbiran negara. Sistem Franco sudah dirombak
semula dan dibahagi-bahagikan untuk dikendalikan oleh
rakyat. Begitu juga Chile selepas Fujimori..!!
Berbeda dengan regim Mahathir, gerakan REFORMASI sudah
dihayati rakyat. Pembangkang sudah sampai ke tahap
disokong rakyat sejagat. Ini membawa makna bahawa
regim Diktator dan pemerentahan “kuasa Polis” akan
lenyap dengan sendirinya. Eloklah Mahathir raba-raba
tepi celana sendiri melihat perkembangan terkini.
Rakyat Akan Terus LAWAN
Rakyat akan menang. Lebih baik Mahathir melepaskan
jawatan dan berundur ke belakang. Jika beliau masih
berdegil juga, terimalah hukuman dari rakyat. Masa
anda sekelian semakin sengkat!! Bawalah diri
beristghfar dan mengucap.
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)