Amin Sapiro (hasil pemantauan disana-sini)
SATU tabiat manusia, jika seseorang yang bermusuhan sebegitu lama bersua muka; pasti akan terjelma perasaan ‘satu antara dua’, iaitu:
a) samada insaf dan berbaik semula (tetapi dalam hati masih diamuk syak wasangka), atau
b) mewarwarkan kekuatan diri dengan meluahkan ugutan dan gertakan (sebagai menunjukkan kehebatan diri walaupun tidak sehebat mana).
Nama hendak berbaik seperti sediakala memang pahit kuahnya. Itu adalah kesan saikologi yang pasti dialami oleh kedua-dua pihak.
Mahathir Dan UMNO Terjebak
Dr. Mahathir sedang berhadapan dengan masalah dan tekanan dari pelbagai pihak. Maruah beliau sebagai Presiden parti sudah tercabar dari segenap penjuru. Pergolakan dalam UMNO begitu hebat dengan tekanan yang semakin ketara mengasak beliau melepaskan tampuk kuasa dalam parti dan kerajaan.
Dari luar parti, kehebatan Pembangkang sudah mencabar seluruh kewibaan Barisan Nasional. MCA sedang menerima hentaman paling dahsyat dari kelompok yang dulunya adalah penyokong tetapi sekarang sudah ‘balik awah’. Isu Suqiu – satu agenda ciptaan Mahathir sebagai “umpan” menipu pengundi kaum Cina dalam P/raya Nov. ’99, telah melemahkan sokongan terhadap UMNO/BN.
Rentetan pelbagai isu dan agenda Mahathir – meliputi kezaliman Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerakusan Mahathir memonopoli kuasa secara “tipu helah” ke atas Bahagian UMNO seluruh negara (untuk jawatan Presiden menang tanpa bertanding), pembiayaan bailout para Kroni beliau yang menelan puluhan bilion RM, kejatuhan harga bahan sumber nafkah orang Melayu di desa dan peneroka Felda (kelapa sawit dan getah), penggunaan wang kontan PETRONAS dan Tabung Haji untuk membiayai projek membazir anak-beranak dan Kroni beliau..dan..dan… 1001 permasalahan yang membabitkan kewangan rakyat; telah menggugat kestabilan politik kerajaan yang diterajui UMNO/BN.
Pelabur Asing Semakin Sangsi
Pelabur asing semakin sangsi dan ragu-ragi apabila melihat Mahathir tidak putus-putus mencipta masalah dan permusuhan dengan jiran tetangga Malaysia (seperti Singapura dan Indonesia). Walau dengan “sepatah kata” yang mungkin tidak bermaksud ‘apa-apa’; tetapi, bagi Mahathir, perkara remeh itu dijadikan bahan mencetuskan permusuhan dan ungkit-mengungkit.
Tak cukup dengan itu, (sebagai contoh paling bodoh) Mahathir begitu “kritis dan menyinga” kepada majalah Asiaweek kerana menempelkan gambar beliau seperti “muka kuda hanyut” (gambaran seorang yang sudah nyanyok teruk berminda sewel) di muka depan. Hamid Albar terpaksa ikut sewel membuat kenyataan yang tidak rasional kununnya impikasi gambar Mahathir yang begitu hodoh (memang sebenarnya pun) akan mempengaruhi pandangan umum (kunun).
Semua ini meletakkan UMNO/BN sebagai parti, Mahathir dan seluruh Kabinetnya dalam keadaan delima dan kesukaran untuk berhadapan dengan semua pihak. Akhirnya, pelabur-pelabur asing yang mahu suatu keadaan politik yang stabil dan keharmonian rakyat merasa sangsi kewujudan asapek-aspek penting itu di negara ini.
Mahathir Dan Rakyat
Perpaduan kaum adalah intipati dan kunci imej negara selama 43 tahu negara ini merdeka. Gelombang keresahan Peritiwa 13 Mei sudah lama cuba dilupakan oleh semua pihak. Tetapi kebelakangan ini, Mahathir cuba pula menggunakan perkara itu sebagai ikhtiar beliau menghidupkan UMNO yang semakin lumpuh dan pudar.
Pertemuan UMNO-PAS dibawah tajuk besar bergelar “Perpaduan Melayu” telah mencuit sangsi semua pihak, khususnya kaum Cina. Dosa Mahathir menipu mereka (kaum Cina) sebelum Nov. ’99 dan ditokok dengan celupar “biadab dan kurang ajar” beliau menuduh kaum Cina sebagai ‘ekstrimis dan komunis’; tidak dapat dimaafkan kaum Cina.
Akhirnya Mahathir memerangkap UMNO/BN dalam satu delima mega. Orang Melayu sudah tidak percaya kepada UMNO sementara kaum Cina dan India semakin sangsi akan ketelusan Mahathir, pemimpin parti perkuman MCA dan MIC. Ini membuatkan Barisan Nasional semakin bergolak. Pemimpin parti sudah hilang keyakinan kepada parti mereka sendiri.
Tersebar pula berita bahawa MCA sekarang sedang bergelora di puak pemimpin elit. MIC yang diterajui Samy Vellu sudah “diludah” dengan sirih oleh Padithan (IPF). Perlantikan Keyveas (melalui proses senator) yang kununnya akan meletakkan parti “nyamok” itu supaya menjuarai kaum India, ternyata tidak memberi kesan. Sebaliknya penyokong MIC sediri tidak menyukai karenah Samy Vellu dan Keyveas yang kaki betina dan perompak itu.
Perlantikan senator-senator seperti Zainuddin Maidin, “tengku” Adnan dan Hamid Zainalabidin adalah perbuatan mengkhianati dan mencerca maruah pemimpin UMNO. Mereka sudah mulai kesal terhadap tindakan Mahathir itu. Ramai yang menyamakan tindakan Mahathir sebagai “meMamak-Malbarikan” UMNO..!!
Bermakna sekarang, Mahathir semakin bermasalah dengan UMNOnya, MCA dengan Suqiu @ kaum Cina, dan MIC dengan pekerja estet. Dengan itu, BN sekarang sedang mengalami kepupusan sokongan yang lebih teruk dari November 1999 dahulu.
BBM – Suatu Penolakan Terhadap Kepimpinan Mahathir
Vetren UMNO sudah sekian lama dan kesekian kali memaklumkan kepada Mahathir supaya berundur demi kesinambungan UMNO/BN menerajui Kerajaan. Tetapi Mahathir masih berkeras dengan alasan (sebenar) iaitu, tanpa beliau berkuasa mutlak, nasib anak-anak dan kroni beliau yang berkepentingan dalam korporat yang dibailout akan pupus tergugat.
Mahathir sedar bahawa puluhan billion MR wang rakyat sudah digunakan secara “unauthorised” oleh Parlimen. Kesalahan itu amat besar jika dibandingkan dengan tuduhan rasuah terhadap Anwar yang samasekali tidak berasas.
Tetapi musykilnya, Anwar dithabitkan kesalahan dan merengkok dipenarakan; walhal Mahathir-Daim (yang benar-benar terbukti merompak wang rakyat) masih bebas melalukan pelbagai “pengsonglapan” beragenda mega.
Mahathir terlibat dengan kes rasuah PERWAJA STEEL dalam pakatan bersama Kroni beliau Eric Cheah – pemegang paspot Diplomatik atas restu/arahan Mahathir kepada Wismaputera. BPR sendiri sudah cukup bukti mengheret Mahathir, Eric Cheah dan beberapa orang lagi ke kandang saksi mahkamah; namun Mahathir menghalang dengan uguan keras.
Kesemua ini memberi satu kepastian bahawa seluruh anggota regim Mahathir dan pemimpin elit parti-parti komponen BN sudah hilang kewibawaan yang menyakini rakyat.
Mahathir, UMNO/BN Sudah Lumpoh
Desas-desus semakin terdengar bahawa Mahathir tidak ada jalan keluar dari kemelut parti, tuduhan rasuah, salahguna kuasa, adu-domba perkauman, menabur kebencian terhadap keutuhan Islam, merosakkan ekonomi dan kestabilan politik – hingga menyebabkan negara huru hara dan ekonomi porak-peranda.
Tuduhan itu semakin nyata. Secara filosfik – keadaan “chaotic” sekarang semakin nampak menjuruskan kepada pengwujudan suatu “pattern” yang lebih harmnonis yang HANYA terjelma di pihak Pembangkang.
UMNO/BN semakin dihat dan terbukti tidak mampu mewujudkan “pattern” tersebut kerana UMNO/BN dan Mahathir sudah kehilangan “public political suppport”.
Meminjam istilah sains politik terkini, pemimpin elit parti gabungan BN sudah tidak lagi mempunyai “the inner dynamics” yang mampu membawa negara ke dunia maju yang mencabar dalam melinium ini.
Apa Agenda Mahathir Lagi?
Pemulihan kewibawaan beliau sebagai pemimpin yang diterima rakyat semakin ‘remote’. Meletakkan UMNO/BN ke tempat sebelum Anwar dipenjarakan tidak akan wujud lagi. Pilihan Mahathir hanya tinggal satu sahaja iaitu cuba mengagendakan pemecahan keunggulan gabungan Barisan Alternatif (BA) – sebaik-baiknya sebelum perhimpunan UMNO dalam bulan Mac 2001 ini.
Atau sebagai pilihan paling drastik, Mahathir mengistiharkan penangkapan pemimpin parti Pembangkang. Ini akan dilihat dalam perkembangan debat yang dirancang dalam Perhimpunan itu.
Mana satu pilihan Mahathir, beliau tetap akan tersingkir dari kepimpinan negara. Pembangkang dan rakyat (serta UMNO/BN juga) sudah nekad untuk menyingkirkan beliau dan UMNO/BN..!!
Rakyat sudah menetapkan pilihan mereka!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)