Amin Sapiro (negeri tengok serangan Jerung-herung ini)
[NB: Dua hari saya tidak menulis. Saya dalam
perjalanan. Menyahut pangilan kawan-kawan lamo. Kami
saling merindui. Termasuklah mereka yang masih dalam
parti. Banyak maklumat yang dapat. Ada yang boleh
diceritakan terus-terang, dan ada yang cuma boleh
dibayang-bayangkan. Tentu ramai rakan-rakan yang faham
cara tulisan saya selama ini. Kali ini pun begitu
juga. Bacalahhhh….!!]
BERKATA beberapa orang teman yang masih dalam parti
(UMNO) dan menduduki tempat yang ternama (bergelar
vetren), katanya, “Mahathir umpama pengail SEWEL..!!
Masakan mengail pari berumpan salah. Tak sudah begitu,
pancing pula lebih besar dari umpan. Bagaimana mulut
pari sekecil itu akan menelan pancing yang besar
dengan umpan sekecil tadi?”
UMNO/BN Terkena “Down Syndrom”
Makin hari semakin ketara: Apabila Mahathir ini
bercakap saja, akan terhambur dari mulutnya kata-kata
yang tidak elok didengar oleh sesiapa jua. Samada
kawan atau lawan akan bertanya: Mengapa seorang
berjawatan Perdana Menteri dan Presiden sebuah parti
tunjang dalam pemerentahan bersikap melawan arus
kebangkitan rakyat?
Tidakkah pemimpin UMNO/BN terfikir bahawa keadaan
sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa Mahathir tidak
harus menduduki tempat itu lagi? Kemanakah rasional
mereka hingga sanggup membiarkan negara porak-peranda
dan dunia semakin memencil negera ini?
Seluruh kepimpinan UMNO dan BN diumpamakan seperti
ular sawa yang kekenyangan. Mereka lebih dungu dan
bangang dari seseorang terkena serangan penyakit “down
syndrom”.
Mereka hilang kebijaksanaan dan terus-menerus
menganggap Mahathir sebagai pemimpin yang berwibawa.
Sebenarnya pemimpin UMNO dan BN semakin nampak
bercakap dan bertindak melakukan kerja-kerja bodoh.
Mereka seolah-olah seperti orang bebal – tidak tahu
membedakan antara yang salah dengan yang benar!!
UMNO Membiarkan “Buaya Naik Ke Darat”
Kita sudah lihat beberapa negara di Asia yang
mengalami kejutan kemelesetan ekonomi pertengahan
tahun 90-an sudah mulai meningkat kadar pertumbuhan
ekonomi yang mendadak naik dan lebih baik. Perangkaan
menunjukkan Singapura dan Hong Kong sedang mendahulu
banyak negara di rantau ini.
Walaupun Indonesia, Filipina dan Thailand mengalami
sedikit kekacauan politik, namum gangguan itu dianggap
sebagai “sementara”. Mereka pantas menyelesaikan
masalah kepimpinan dalam sehari dua saja. Kemudian
mereka meneruskan urusan negara seperti biasa. Tidak
ada nostalgia..!!
Bukan macam UMNO/BN!! Mereka teragak-agak,
teraba-raba! Pemimpin dan peneraju pemerentahan tidak
tahu menetapkan prioriti mereka. Gambar Mahathir lebih
utama dari isu ekonomi. Inikah pemimpin yang
bijaksana? Campakkan saya eloknya. Nak tunggu apa?
Yang amat memalukan Malaysia, negara-negara tersebut
menyelesaikan masalah mereka mengikut cara berhemah,
rasional dan berintegriti; sebaliknya negara kita
dilihat “somewhat dragging its feet”..!!
Kununnya nak berbincang itu-ini. Fikir betul-betul;
sebenarnya pemimpin negara seperti Dollah Bedawi ke
Singapura, melutut buat apa? Tidakkah puak ini sedang
membuang masa yang sangat berharga, membazir tenaga
yang sedikit, mempunah-ranahkan sumber yang terhad,
membiarkan “buaya naik ke darat”..!!
Pelabur Asing Sudah Bosan
Senario yang nampak jelas sekarang: Dr. Mahathir
bersikap sama seperti Mobutu Sese Seko dan Idi Amin
semasa mereka menerajui regim masing-masing. Mahathir
juga tidak peduli apa yang berlaku kepada sistem
perundangan, pentadbiran dan keselamatan sosial yang
semakin kelamkabut dan huruhara.
Tidak ada tindakan beliau yang menguntungkan rakyat.
Beliau asyik bertekak dengan menyalahkan orang lain,
sementara negara dan rakyat semakin merempat..!!
Kajian Perunding Pelaburan Asing di rantau ini
menunjukkan bahawa sudah terlalu ramai pelabur-pelabur
dunia dari negara luar yang berminat melabur di rantau
ini; sebaliknya menunjukkan petanda bosan dan jijik
mereka terhadap Malaysia. Penurunan/kejatuhan Indeks
pelaburan asing ke Malaysia tak kurang dari 70%–80%
dari jumlah pertambahan di Singapura, Hong Kong dan
Taiwan.
Bermakna, Malaysia akan mengalami kemelesetan ekonomi
yang lebih teruk dan berterus bermula dari penghujung
tahun 2001 hingga 2005. Mungkin ia akan berlanjutan
sekiranya kesetabilan politik dan imej kerajaan tidak
dapat dipulihkan seperti yang sepatutnya. Inflasi akan
meningkat dan pertumbuhan ekonomi akan menurun secara
drastik / mendadak.
Kesimpulan mereka, sekiranya Mahathir dan
sekongkolnya, UMNO dan BN masih menerajui pemerentahan
– negara ini akan semakin sukar dipulihkan. Kepimpinan
UMNO/BN yang tersisa sudah jauh ketinggalan zaman.
Budaya kerja dan falsafah mereka tidak akan semudah
itu dipinda-obah. Nepotisme, Rasuah dan Kronisme sudah
menjadi dadah!! Pemimpin yang ada telah menghidap
tularan penyakit masyarakat yang parah!! Sudah
membarah.
Siapa Yang Akan Merengkok Kesusahan?
Jawapan kepada soalan itu ialah RAKYAT..!..
RAKYAT..!.. RAKYAT..!.. Setiap individu terpaksa
membayar hutang dari pinjaman luar yang semakin
meningkat. Segala bon-bon pinjaman luar yang dibuat
atas perjanjian Mahathir dan Daim dari “Loan sharks”
Antarabangsa akan meninggat sekali ganda dalam tempoh
satu dekad.
Bermakna, setiap rakyat hanya berkerja untuk membayar
hutang yang dibuat oleh pakar-pakar ekonomi dan
pembuat hutang bertaraf “PUKIMAK” seperti Mahathir dan
Daim berdua ini. Sementara, sebahagian besar wang
pinjaman itu sudah diangkut semula ke negara lain
sebagai simpanan tetap atau ditukar menjadi hartanah
dan pelaburan mereka.
Pinjaman anggaran RM20 bilion yang cuba
disulit-sulitkan sudah diketahui umum sekarang. Ia
dilakukan oleh mereka dengan kerjasama Perbadanan
Usahawa Nasional Berhad (PUNB). Walaupun penyiasatan
sedang dijalankan oleh BPR, tetapi terhenti kerana
orang-orang tertentu terlibat. Jangan tanya siapa
orangnya – memang benar: Si keparat yang dua ekor
itulah dianya!!
Bermankna, Mahathir-Daim bagai memancing dengan
mata-pancing lebih besar dari umpan. Masakan
bilis-bilis macam kita (rakyat marhain) akan mendapat
sisa.
Kumpulan Wang Rakyat “Lesap”
Rakyat wajib difahamkan betul-betul bahawa Kumpulan
Wang Simpanan Perkerja (KWSP) tidak digunakan mengikut
sewajarnya. Tabung Haji (LUTH) sudah hilang
“kesuciannya”. Permodalan Nasional Berhad (PNB) sudah
sampai ketahap “tidak bermodal” lagi.
PETRONAS yang selama ini menjadi “bank roll” negara
semakin lancang diganggu-gugat oleh kedua-dua
“Belodok-belodok brensek bangsat keparat” yang dua
ekor ini, difaraitkan sesama anak-anak, suku-sakat dan
kroni-kroni mereka. Hampir semua kaedah dan sasaran
“Programme-Budgeting System” yang ada di PETRONAS
sudah “hay wire”.
Maklumat ini diketahui dari beberapa pakar kewangan
dan projek di menara berkembar itu. “Tangan dan kaki
kami terikat dan terus diikat, Wak..!!”, keluh mereka.
“Jika dinilai, perjalanan PETRONAS hari ini sama
seperti PERTAMINA di zaman Soekarno..”, katanya.
Fahamlah saya, jika gangguan politik sampai
mengkucar-kacirkan sebuah agensi penjana “national
wealth” dibiarkan berleluasa, bermakna negara itu akan
lumpuh kekeringan sumber. Apatahlagi, sumber “minyak
petrol” negara adalah terhad. Ia adalah ‘irreplaceable
asset’. Tak payah berbincang dengan “orang minyak”,
kita sendiri tau!
Penggunaannya sumber seumpama itu untuk membayar
hutang bukanlah satu cara penggunaan yang beretika.
Yang akan jatuh miskin, papa kedana ialah rakyat.
Jangan tanya siapa yang akan kayaraya. Bukan rakyat
jelata.
Pun bukan majoriti pemimpin kerdil UMNO/BN dan para
penyokong mereka. Yang jelas ialah orang yang bertaraf
“Belodok-belodok brensek bangsat keparat” yang
sekarang bersalin kulit bertukar menjadi “belukang
darat”. Semakin bangsatlah rakyat!
Undang-undang Malaysia : CACAMARBA
Seorang peguam yang arif di bidang ilmunya berkata,
“Kewibawaan dan kedaulatan undang-undang sudah tidak
ada lagi di negara kita ini, Wak. Ia cuma digunakan
untuk menangkap bilis-bilis yang melanggar “traffic
light” saja”, katanya.
Beliau bertanya, “Apa pilihan sekarang, kerana
menyelamatkan seorang berdua – 20 juta rakyat
merengkok dalam duka-nestapa (misery)? Democracy is
the sharing of wealth and power, but Nepotism,
Corruption and Cronyism is the sharing of misery among
the people at large..”.
Pun saya tafsirkan kata-kata beliau sebagai “ejekan”
bahawa negara kita yang seindah dan seunggul ini dulu,
sudah bertukar menjadi “Banana Republic”. Jika
Argentina menjual “pisang”, kita sekarang menjual
“kulitnya”.
Mungkin Mahathir dan kuncu-kuncu sedang mempermainkan
kesabaran rakyat!! Kita akan lihat perkembangan yang
akan mengerikan beliau. Pasti sesuatu harus dilakukan
sebelum negara ini porak-peranda….!!
“Perpaduan Melayu” dan BBM
Jika orang Melayu meletakkan harapan kepada
perbincangan “Perpaduan Melayu” UMNO-PAS/BA untuk
mencari penyelesaian politik; terang-terang orang
Melayu akan berkata, ”Jangan harap harimau akan keluar
dari belukar..”
Jika BBM cakap berdegar-degar, kununya hendak
menggoncang “tiang seri”, tanya diri anda, “Kemanakah
arah saudara bergerak jika berlari dengan kaki
berjengket terpijak duri?”
Jika ada puak UMNO bercakap ego kununnya mahu
menegakkan UMNO/BN yang sudah condong (hampir tumbang)
dengan “mereformasikannya” dari dalam; dinasihatkan
mereka (dengan tulus dan ikhlas), “JANGAN cuba
berangan-angan seperti Mat Jenin. Anda cuma
“nyamok-nyamok” yang seni. Sekali jentik, terpuruklah
kalian ke bilik 4’ x 7’ di Sg. Buloh, terpisah
bertahun-tahun dari anak-bini. Ini bukan tanggungjawab
dan tindakan seseorang individu. Ia harus dilakukan
secara bersepadu..”.
Fikirkan ini: Jika Mandeliar dan Si Kitul dan seorang
berdua yang jadi “Karma Wijaya” dihimpunkan dalam satu
kandang besi, rakyat akan berbincang kemudiannya apa
yang harus dilakukan kepada mereka ini. Demokrasi akan
pulih dan negara akan bersih.
Orang Melayu – Alang Kepalang Berdakwat!!
Jika rakyat Melaka purba menyula Mandeliar dan Si
Kitul dari dubur ke tenggorok, apakah ORANG MELAYU
hari ini tidak sanggup menggunakan “Perpaduan Melayu”,
“Badan Bertindak Melayu (BBM), “reformis” UMNO
(kununya) untuk menyelesaikan masalah seremeh ini?
Apakah setakat terpekik dan terlolong saja?
Sementara itu, “NERO” versi “Mamak-Malbari” yang ini
meniup seruling bambunya dari puncak Mahligainya –
bertepuk tangan melihat orang Melayu berbunuhan sesama
sendiri. Sah bangang ketetel 10 juta orang Melayu
ini..!!
Jika Fujimori, Presiden Chile dipaksa meletakkan
jawatan atas kekuatan rakyat menumbangkannya, Soeharto
tumbang dengan anjakan paradigma rakyat yang tahan
belantan dan gas pemedih mata, jika Estrada terpaksa
meletakkan jawatan cuma dengan sebuah keretakebal yang
meredah ke pekarangan Istananya, jika Nawaz Shariff
dikurung dalam rumah oleh se gerombolan rakyat yang
berpakaian seragam – segala-gala itu adalah bayangan
kekuatan “people power”.
Di manakah buah pelir kalian? Itukah “bendanya” yang
dijadikan Mahathir-Daim sebagai umpan?
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)