Amin Sapiro (sudah gali lubang nak kambus UMNO/BN)
SATU soalan yang kerap ditanya orang ialah: Apakah
yang menjadikan seseorang pemimpin itu ‘hebat’ dan
berpengaruh?
Persoalan seperti ini harus mencakup punca dan
sebab-musabab seseorang itu berkuasa; dan bagaimana ia
merancang, menangani agendanya demi survival kedudukan
dan kepentingan diri mereka.
Dr. Mahathir, UMNO dan Orang Melayu
Perhatikan ini dulu: UMNO Asal tertubuh atas daya
juang orang Melayu sebelum tahun 1946. Insiden “Anti
Malayan Union” adalah satu daya penggerak. Spontan
pertistiwa itu menyedar, mencerna dan menjana
penyatuan seluruh orang Melayu di negara ini tanpa
mengira status dan cara hidup.
Wadah mereka adalah satu, iaitu menuntut Kemerdekaan
sebagai agenda pertama. Tidak ada lagi kompromi dan
tolak ansur terhadap penjajahan. Mereka tahu apa yang
mereka mahu dan mereka sanggup berjuang walaupun
dengan darah dan nyawa.
Kerajaan British semakin sedar bahawa tuntutan
Kemerdekaan rakyat tempatan disemua tanah jajahan
empayar British adalah satu realiti yang harus diakui
dan diakuri. Di India, kerajaan Brtiish telah mengalah
pada tahun ‘46. Di Indonesia, Belanda mengaku kalah.
Begitu juga di beberapa buah negara lain.
British juga sedar, rakyat tempatan telah sedar
kekuatan mereka. Mereka sedar kekutan British semakin
pudar – kesan dari bukti penjajahan Jepun ke atas
negara di rantau ini. Keadaan ini adalah proses
semulajadi yang wajar diakui bahawa sesebuah kerajaan
itu hanya akan kuat dan berdaya memerentah sekiranya
ia mendapat pengiktirafan dan sokongan rakyat. Itu
adalah ‘essence of Democracy”.
Mahathir Dan UMNO
UMNO bukan ciptaan Mahathir dan UMNO/orang Melayu
tidak samasekali bergantung kepada Mahathir. Walaupun
Mahathir berfikir bahawa orang Melayu adalah sedungu
dan sebebal kaum yang ditakrifkan beliau dalam “Delima
Melayu”; tetapi Mahathir lupa dan tidak menduga bahawa
(demi masa) orang Melayu akan mencapai ‘anjakan
paradigma’ dan kesedaran sosio-politik yang semakin
maju, jati diri dan kental memperjuangkan hak-hak
asasi mereka.
Mahathir telah merancang, mengolah dan melaksanakan
suatu percubaan sistem pentabiran dan “modes of
governance” keatas UMNO dan negara, yang berbeda dari
yang diwarisi rakyat setelah mencapai Kemerdekaan.
Contohnya, dalam majalah TIME beberapa tahun dulu,
sikap dan padangan Mahathir terhadap orang Melayu
begitu rendah sekali. Beliau mentakrifkan orang Melayu
akan terus membudayakan dan akan tertakluk kepada
sistem pentadbiran “Feudal”.
Dengan sistem ini bermakna Mahathir Mohamad menganggap
orang Melayu sebagai ‘remeh’ sahaja. Beliau membuat
assumpsi bahawa orang Melayu akan patuh dan tunduk
kepada tekanan dan ugutan. Orang Melayu akan redha
dengan cara hidup “secukup hidup” tanpa cita-cita
untuk lebih maju ke tahap yang lebih tinggi –
berbanding kaum lain di negara ini.
Dengan itu, Mahathir terus merobah keutamaan UMNO
(yang mewakili majoriti orang Melayu) secara mendadak
kepada Sistem “EMAS SEBAHARA” (gelaran sistem oleh
Amin Sapiro terhadap sistem pentadbiran Mahathir ini);
iaitu: Memberi upah kepada pemimpin dalam regimnya dan
merangkum beberapa orang dari rakyat biasa dan
diangkat ke tahap “Bangsawan”.
Mahathir dan Orang Melayu
Berasaskan sistem itu, maka diwujudkan beliau dasar
“Kronisme” berpaksikan “Korupsi dan Kolusi” sesama
mereka. Mahathir tidak melepaskan peluang melakukan
“Nepotisme” yang bermaksud memberi 1001 kemudahan
kepada anak-beranak dan suku-sakat isteri dan keluarga
beliau.
Mahathir memberi perlindungan dan sokongan kepada
semua mereka yang terlibat dan kait-mengait dalam
perselingkuhan ini. Mereka harus merafaqkan sembah
setiap tahun dan menyebarkan ke seluruh alam ini
tentang kehebatan “Wira Lintah Darat” ini sebagai
“Wira Dunia Ke-3” (mengikut tafsiran Ibrahim Ali –
penjilat paling intim).
Berkesudahanlah, Mahathir dan sistemnya telah mendapat
sokongan pemimpin UMNO dan BN disekeliling beliau.
Penggunaan wang makin berleluasa. UMNO adalah penjana
konsep “politik wang” terhebat; mengalahkan mana-mana
parti politik paling busuk dalam sejarah manusia.
Buktinya, ia menjadi isu besar yang merobah konsep
politik puak UMNO.
Mahathir BerSANDIWARA Lagi
Sebagai seorang licik dan berniat jahat, Mahathir
berlakun di pentas UMNO dengan imej “hero” umpama
“Hang Tuah” yang berjuang demi rakyat, kunun. Beliau
kununnya sudah mengangis, marah dan berdoa – tetapi
UMNO masih taksub mengamalkan gejala rasuah yang
dibenci (kunun lagi).
Tetapi rakyat rakyat semua kaum tahu, berapa billion
wang rakat yang sudah disonglap oleh puak beliau.
Rakyat juga tahu bahawa sistem yang diperakukan oleh
regim beliau yang disokong oleh “balaci dan pencacai
UMNO/BN” adalah bermula dari “kepala ikan busuk”
itulah – ie. Mahathir Mohamad, Presiden UMNO dan
Perdana Menteri..!!
Mahathir membiarkan pemimpin sekongkolnya melakukan
RASUAH dan Penyelewengan dalam perlaksanaan DASAR
kerajaan yang dikawal dan urustadbir oleh Mahathir
seorang sahaja (ulang: seorang sahaja). Perkataan
universal cara pentabiran Mahathir dan sikap beliau
itu disebut “DIKTATOR”.
Melalui sistem dan cara Mahathir itu, maka
berkembanglah corak pemenrentahan “Machiaveli” yang
tidak mempedulikan tuntutan rakyat – sebaliknya
memanipulasi pandangan dan kekuatan “people power”
untuk memusnahkan musuh-musuh politiknya.
Semakin nampaklah Dasar Ekonomi Baru (DEB) berukar
wadah menjadi Dasar Ekonomi Baru(A), dan pemimpin dan
korporat UMNO pilihan beliau sebagai “UmnoPUTERA”.
Orang-orang ini tidak ramai. Tetapi yang merengkok
jadi korban adalah jutaan orang Melayu rakyat
termiskin. Mereka itulah pengait kelapa sawit, penoreh
getah kebun kecil dan estet, nelayan pesisir pantai,
setenggan peneroka bandar, tukang angkat sampah,
pesawah padi huma dan Minah-Mamat pekerja kilang!!
Sistem “Pemebelot Dan Pengkhianat Rakyat”
Bermakna, Mahathir sudah berjaya mewujudkan satu
sistem “Pembelot Rakyat” yang mengkhianati ikrar
kepimpinan dan pemerentah sebuah regim yang lebih
cenderung memecahkan amanah yang dimandatkan rakyat.
Walaupun sistem itu masih memakai proses dan bentuk
demokrasi universal; namun jika diperinci: seseorang
penganilis sains politik akan nampak cara
pengendaliannya penuh menyenak dengan pelbagai
manipulasi, ugut-mengugut dan tekanan, penipuan dan
pembohongan.
Bukti di Terengganu pada P/raya Nov. ’99 menunjukkan
bahawa rakyat di sana sudah faham dengan kejijikan
perbuatan SPR yang direstui Mahathir dan pakar-pakar
manipulator dalam tahun-tahun sebelumnya. Akhirnya,
UMNO/BN kecundang dan UMNO/BN tumbang bagai pokok
reput dilanda taufan.
Peristiwa Lunas adalah satu lagi bukti bagaimana
rakyat yang disedarkan telah berjaya menunjukkan
kepada Mahathir dan UMNO/BN bahawa mereka pengundi
berjenama “people power” sudah hilang sabar.
Jangan fikir keputusan menyebelahi Barisan Alternatif
Pembangkang sebagai “protest votes”; sebaliknya itu
adalah bayangan 2004; bagaimana rakyat sudah bosan
terhadap sebuah pemerentahan yang wajib ditumbangkan
demi kesejahteraan rakyat dan masa depan.
Agenda Licikan “Umpan-Mengumpan”
Sebagai ulangkaji sejarah kelicikan beliau yang
berkuasa mutlak keatas UMNO dan pemimpinnya, Mahathir
telah berjaya mengumpan beberapa pihak, antaranya:
a) Pemimpin UMNO
Mahathir meletakkan “orang-orangnya” di agensi-agensi
Kerajaan untuk melaksanakan “titah perentah” beliau
tanpa sebarang bantahan.
Mereka yang terpuruk dalam kerangka sistem “Emas
Sebahara” itu akan diberi ganjaran RASUAH dan
perlindungan hingga mereka sanggup menafikan ilmu dan
pendidikan serta maruah mereka ditengah-tengah
masyarakat.
Ini terbukti dari gelagat pemimpin UMNO yang
berpendidikan tinggi yang berstatus “kaki ampu, tukang
jilat, tukang anggguk dan Kakak Tua” yang dilantik
Mahathir dalam regim keparatnya secara berpilih-pilih.
Lihat berapa ramai yang dilantik dari proses “Senator”
– termasuk mamak-malbari penjual teh tarik dan roti
canai di Jln Chan Sow Lin, taik judi, dan paria kacang
puteh.
Mahathir memilih “hamba-hamba suruhan” terpilih untuk
mengendalikan jabatan-jebatan Kerajaan seperti Polis,
Perundangan dan Kehakiman dan kementerian tertentu,
supaya mudah bagi beliau “menonyoh dan meloceh buah
sentul” mereka – sekira membantah. Mereka cuma ada dua
pilihan iaitu samada : “hilang syoru dan jalan pintas
ke Sg Buloh atau Ikut arahan macam lembu korban” jika
mahu selamat.
Malah, pemimpin berpendidikan Agama juga sanggup
menghumbankan kopiah dan seban mereka ke liang “jamban
Cina” dan membiarkan Al-Quran dan Hadis
disepah-sepahkan berdebu dalam gerobok buruk di reban
ayam. Buktinya orang-orang seperti Wan Mokhtar Ahmad,
Yusof Nor, Hamid Osman, Zainal “the double stooges”,
Haji Nakhaei, Dusuki Ahmad dan yang sewaktu dengannya
sebagai contoh terbaik.
Akhirnya, Mahathir berjaya menanamkan budaya “Belodok
Goblok Brensek Bangsat” dalam UMNO, pemimpin Kerajaan,
Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Korporat regimnya.
Mereka hidup dalam dua dunia. Sistem “Emas Sebahara”
menjadi-jadi dan dibudayakan tanpa sekatan.
Siapa Jadi Korban Sistem “Emas Sebahara” Itu
Orang Melayu sebagai rakyat banyak adalah mangsa
pertama yang menjadi korban tindak-tanduk dan agenda
beliau. Para pembudaya gejala “Belodok Goblok Brensek
Bangsat” yang berkeliaran mencari keuntungan tembolok
masing-masing makin ceria mendapat habuan berjuta atas
keringat rakyat.
Di persidangan Parlimen, mereka cuma minum kopi di
kantin dan bersembang sesama sendiri bagaimana hendak
jadi “jutawan segera”.
Dr. Mahathir sendiri tidak datang langsung ke
Parlimen. Beliau asyik mencari helah – kununya
sebok…sebok… sebok!! Kesebokan beliau termasuk
melakukan rundingan dengan juruperunding Yahudi
Solomon bagaimana “melantak habis-habisan” wang negara
melalui bailout dan rompakan beragenda.
Lapisan rakyat miskin (khususnya orang Melayu) semakin
terindas dan hak-hak mereka yang termaktub dalam
Perlembagaan semakin terhakis. Perihal dan rungutan
mereka tidak menjadi tajuk kesukaan Mahathir dan
UMNO/BN. Mereka tidak lebih umpama rakyat dalam sistem
pemerentahan Firaun – rakyat adalah hamba dan hak-hak
asasi mereka tidak diberi pengiktirafan.
Parlimen Tempat Mahathir Mengistiharkan Kuasanya
Undang-undang negara di bawah telunjuk beliau, dan
kuasa Raja-Melayu dan YD Pertuan Agung cuma “pada
nama” sahaja. Mahathir merangka satu sisitem
“Republikan” dalam sistem pemerentahan “Raja
Berparlimen”. Wakil Rakyat UMNO/BN adalah perkakas.
Sistem Berparlimen yang memberi kekuatan “demokratik”
kepada rakyat tidak lebih dari pentas bangsawan.
Speaker semua Dewan perundangan rakyat adalah
“Badut-badut” pilihan Mahathir – berfungsi sebagai
“Penghulu-penghulu yang merogol dara sunti di kampung
sendiri”.
Dengan itu, wadah UMNO Asal yang diperjuangkan oleh
nenek-moyang kita yang pernah “menyula” pembelot dan
pengkhianat rakyat seperti Raja Mandeliar dan si Kitul
dari “dubur hingga ke tenggorok” dalam abad ke-15
dulu tidak berwawasan lagi.
Orang Melayu yang begitu kuat dan jati diri menghalau
penjajah sejak 450 tahun dulu hingga 31 Ogos 1957;
sekaligus terhapus – bermula dari zuriat Mandeliar
melinium ini berkuasa 20 tahun dulu.
Persoalannya:
Itu baru item (a). Apakah orang Melayu harus dungu dan
bebal sampai bila-bila? Apakah orang Melayu tidak
mampu menghukum “Madeliar dan sekongkolnya”? Sudah
hilang dari dunia, atau orang Melayu kehilangan wadah
cuma?
Kita akan teliti di item (b) di Bahagian Ke-2.
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)