Amin Sapiro (cukup mengutuk karenah jerung)
KADANGKALA kita cukup-cukup hairan bila tengok karenah
pemimpin UMNO ini. Seolah-olah mereka salah memilih
priority dengan sengaja. Gambar punya pasalpun nak
cari gadoh. Kenyataan akhbar Goh Chok Tong puji Melayu
Singapore, dan menyinggung sikit orang Melayu di
Malaysia; sudah nak hantar protokol bantahan. Sewel
punya kerja..!!
Apa pasal sensitive sangat?
Dalam zaman bapak-bapak kami masih kanak-kanak dulu,
memanglah perkara ‘pijak kertas’ yang diandaikan
“bapak aku/bapak hang” boleh jadi bertumbuk pecah
batang hidung. Tapi budak-budak sekarang kalau dibuat
juga adu-domba cara itu; diorang kata, “Kenapa hang ni
bangang sangat? Bapak aku ada kat ofis buat kerja.”
katanya. Adu-domba cara itu tak boleh jadi gadoh lagi.
Tapi hari ini, yang “bangang-bangang” itu adalah orang
yang berstatus pemimpin Negara. Mereka selalu sangat
mencipta “musuh khayalan” secara keterlaluan untuk
dijadikan landasan mereka terus berkuasa. Tetapi,
musuh sebenar paling mencabar berada di celah-celah
lipatan hati mereka. Si penciptanya adalah mereka
sendiri.
Macam bayang-bayang yang mengekor dari belakang; ia
berada di mana saja mereka tegak, duduk dan baring.
Inilah yang menyebabkan orang sudah nampak bahawa
segala apa yang mereka rancang dan lakukan, adalah
“sandiwara” yang layak dipentaskan di panggung
bangsawan saja.
Mahathir – Pengarah Bangsawan “Mandeliar”
Berahim Ali menggelarkan Mahathir sebagai “Wira Dunia
Ke-3”. Kununnya “kutu” ini punya daya menjana
kebangkitan kebebasan umat yang terhimpit. Tetapi,
saban hari terlihat perangainya kalah budak-budak
tadika. Terlalu “mengada-ada”..!!
Mahathir menyeranah majalah ASIAWEEK – semata-mata
kerana gambar yang dipapar di muka depan majalah itu
tidak seperti yang dimahukannya. Apakah beliau
kelihatan handsome ala kesegakan bintang Bollywood
‘Dev Anan’ yang jadi pujaan? Kalau dah kerepot memakan
usia, nak buat camana, hah?
Masakan Mahathir tidak sedar bahawa pokok nyior gading
puncak mahligai yang tegak menjulang pun lama-lama
sambang juga – tak berbuah! Daunnya tinggal tiga
pelepah, condongnya bagai nak menyembah bumi; tak
sempat nak menongkat langit – akan tumbang ditolak
angin. Inikan pulak manusia.
Pakailah “susuk” satu badan – lama-lama tubuh sajalah
yang dipenuhi dawai. Muka tetap kecut, sebab sel-sel
manusia bukan lama sangat tahannya. Firaun yang
mengaku dirinya Tuhan pun mampus – kering kontang
menyeringai…??
Apa Cerita Sebenarnya Ni?
Kita hairan bila membaca Syed Hamid Albar
berang-berang berkata:
[“….the pictures of Dr Mahathir in the article had a
"certain slant'. It wanted to portray that the
leadership of the country is weak. The article,
entitled "Mahathir's Dilemma'', Dr Mahathir was
slumped in his chair and appeared tired and worn down
by the unprecedented criticism of his rule. As such,
it is easy for them (the magazine) to influence the
people to want a change in government. The foreign
media had been interpreting actions by the country's
leadership in a cynical manner to destabilise the
country and scare away investors]].
Kita mau tanya Syed Hamid, “Siapa sebenarnya yang
sewel nih? Mahathir kah atau pemimpin UMNO yang taksub
lebih-lebih? Gambar punya pasal nak heboh satu dunia,
apa haram-jadahnya? Ow…. Kalau Mahadey itu handsome
lagi, muda macam “aminsapiro” (hehehe..), kau ingat
negara ni boleh stabil ke?
Estrada pun handsome juga, lagi muda dari Mahathir –
pun kena buang kerja oleh rakyat…!”. Apatahlagi
Mahathir, memang sah tak handsome, berprangai dibencii
rakyat; dah berjuta satu dunia melaungkan “Undor.
Mahathir Undor”, pemimpin UMNO masih nak ‘retain’ dia
pasal apa, hah?
Apakah UMNO sudah hilang keyakinan diri untuk mendapat
seorang pengganti dari kelompok mereka? Atau pemimpin
UMNO sendiri adalah “golongan orang lemah fikiran
(GOLF)” kerana jantung-limpa mereka sudah bernajis
kerana memakan hasil kotoran rasuah? Fikirlah sendiri!
Menteri UMNO Tak Pakai Logik?
Kalau soalan itu ditanya saya, jawapan saya, “Bukan
saja tak logik, malah menggambarkan orang macam tu
tak ada “isi rong” dalam tengkorak kepala hotak
mereka. Dah botak macam lantai siramik , jambut
sejemput yang terjueh di keliling cuping telinga itu
pun tak menunjukkan kesuburan minda di dalam. Pemimpin
kah ini macam?” Isk..isk..Hamid Albar! Kalau arwah
bapak mu yang bergelar “Singa UMNO” itu masih hidup;
akan disekelnya kepala botak mu bengkak-bengkil.
Cuba tengok betul-betul, kenapa tak cakap “Thank you,
Mr.” kepada Editor majalah terbabit. Tak tengok ke
latar belakang gambar Mahathir, di dindingnya terhias
tulisan Arab. Tulisan Arab boleh jadi ayat Al-Quran,
kan? Tentu implikasinya, orang Melayu akan kata,
“Amboi…. Dr. Mahathir waraq macam ulamak PAS jugak.
Depan-belakang ada tulisan Arab”.
Maknanya, Dr. Mahathir handal macam TG Nik Aziz, Haji
Hadi Awang. Tak kan orang kata – Dr. Mahathir macam
Samy Vellu atau Leong Sik. Tulisan Arab jauh beza dari
tulisan Tamil atau tulisan Cina. Tak boleh nak “think
positif” macam tu, kaaa? Bengap sangat kepala sejak
menjadi pemimpin UMNO?
Cuma satu saja. kalau tulisan jawi yang jadi latar
belakang gambar tu, janganlah dijadikan perhiasan
cuma. Itu dah “sandiwara” lagi namanya. Lebih-lebih
lagi, kalau ia ayat Al-Quran. Ia bukan diturun oleh
Allah swt. untuk dijadikan hiasan dalaman. Ia untuk
dibaca, ditafsir dan dihayati. Jangan kalian salah
tanggap ikut cara Mahathir.
Kalau dah letaknya dibelakang, bila Mahathir kentut,
amacam? Hehehe… kentutkan ayat Al-Quran – berdosa
tauuuu….!! Bilek tu jadi sial, tak ditempuh dek
“malaikat 44”. Jangan main-main. Malaikat pergi.. Jin
Aprit pulak yang ganti youuuu!
Berhantuuu…Woihh…grrrrrrrr…..!!
Sensitif Lidah Termakan Cili Api
Saya fikir, perkara yang sebenarnya pemimpin UMNO
sengaja nak “diperlembu” oleh si Mahathir ini. “Si
Gaek sewel” ini sengaja hendakkan orang “mua-muakan”
dia. Macam budak-budak – nak ditimang-timang, kunun.
Boleh jadi, esok-lusa Mahathir akan suruh Hamid Albar
dukung dia keliling Putera Jaya. Kemudian ,‘dodoikan’
dia bila nak tidur di Mahligainya. Hamid masih nak
juga ka?
Ramai rakyat, termasuk orang Melayu dan orang UMNO,
sudah meluat habis-habisan tengok perangai pemimpin
UMNO yang terlampau sangat ‘angkat-angkat’ Mahathir
ini. Kalau Mahathir dah jadi macam raja Feudal,
takkanlah kalian berotak “sempudal”. Nanti orang kata
“hangpa bebal-madal”, kok marah. Tapi tu lah ‘pekagha
sebenaqnya’.
Jadi, ramai yang buat kesimpulan: Puak UMNO ni tak
yang sedar bahawa karenah Mahathir macam inilah yang
menyebabkan UMNO sebagai sebuah parti politik seperti
‘orang hanyut’ selepas perang Vietnam. Rakyat sudah
tempatkan mereka disebuah pulau terpencil ditengah
lautan politik negara.
Sedarlah sikit, UMNO sedang mengalami “exodus” paling
teruk. Bandingkan sewaktu Ku Li berpecah dan
menubuhkan S46 dulu; 80% orang Melayu masih lagi
menyebelahi UMNO. Tapi sekarang apa macam? UMNO
semakin nampak “memaksa” (ulang: memaksa) rakyat
menyokong parti itu. Ini cakap bukan main-main.
Serius!
Pemimpin UMNO terkejut beruk bila ada orang komen
pasal Malaysia. Kalau diperhatikan baik-baik, ia
berpunca dari keadaan yang disebutkan itu
menggambarkan keadaan sebenar. Jadi, macam orang
berlidah sensitif – pemimpin UMNO terlalu cepat terasa
pedas bila termakan Cili Api. Makin itu semakin orang
tumbuk lumat-lumat dan tampalkan ke lubang kalian.
Nah! Rasakanlah!!
Malaysia Dilanggar Todak
Berabad-abad dulu kita dengar seorang kanak-kanak
bijak mempertahankan Singapura dari serangan Todak.
Pemimpinnya mengarahkan rakyat berkubukan betis.
Banyak yang binasa.
Kini Goh Chok Tong sudah pasang benteng di keliling
pantai Singapura. Semuanya tanggung beres. Semua kaum
tak perlu berkubu betis lagi, termasuk orang Melayu di
sana.
Tapi orang Melayu di negara ini masih hidup dalam
seksa. Bukan setakat berkubu betis saja, malah kaum
sendiri diarah membelasah saudara sekaum dan seagama
dengan mereka – berkubu tubuh badan.
Cuba tanya orang Melayu berpendapatan rendah di
desa-desa yang menoreh getah. Kalau pokok sudah tua
dan harus ditebang; adakah mereka diberi bantuan? Mana
perginya “export cess” yang dikutip setiap kilogram
yang dijual? Bayar gaji menteri sajakah? Atau, untuk
bailout korporat suku-sakat dan kroni pemimpin yang
beragenda itu saja?
Sebaliknya, tanya mereka: Adakah anak-anak mereka yang
berpendapatan RM15/hari mendapat biasiswa? Jawapan
mereka “Ada..!! Biasiswa Pinjaman dengan faedah 4%”.
Bolehkah Mahathir menganggap mereka Kroninya? Mereka
hidup senang-lenang – berjudi, minum arak, berjoli
bermukah-mukah dengan jalang sundalan keliling alam;
kalau korporat mereka muflis, rakyat mesti tanggung
kah?
Itukah Dasar meningkatkan taraf orang Melayu yang
dirangka UMNO sebagai parti siasah yang berjanji akan
memerdekakan bangsa? Yang memerlukan bantuan kerana
kepicikan hidup dinafi dan “dianak-tirikan”, yang
salah urus korporat mega “dianak-susukan”. Itu Dasar
apa?
Dasar “Ular Sawa” Yang Mengecewakan
Mengikut definasi “Kronisma” yang kita tau, ialah
mereka yang dibailout dengan imbuhan wang puluhan
billion adalah dari kocek rakyat. Kumpulan wang itu
disebut ‘Danamodal’. Tetapi sumbernya dari mana? Kalau
hutang, siapa yang bayar akhirnya? Siapa pula yang
menikmati kemudahan itu? Yang pasti, segala-nya dari
rakyat untuk kroni yang pilih-pilih dan terhormat.
Boleh siasat bagimana modes operandinya – akan
berputarlah berlengkar-lengkar macam ular; akhirnya
dana yang jadi hutang rakyat itu akan masuk kocek
pemimpin berkenaan.
Itulah sebab-musabab mengapa Pembangkang mahu rakyat
disedarkan. Gejala Korupsi, Penyelewengan dan
Salahguna Kuasa ini sudah berlebih-lebihan. Rakyat
sudah tidak boleh tahan.
Rakyat tidak mau lagi tengok pemimpin gunakan wang
rakyat sebagai modal mereka berniaga untuk
mengenyangkan tembolok mereka. Sementara rakyat
melopong, mulut dimasuki langau hijau.
Pemimpin UMNO boleh letak gambar masing-masing
cantik-cantik macam Elizabeth Taylor atau hero-hero
“Bay Watch”. Tetapi kalau karenah kalian masih lagi
macam ular sawa, rakyat tetap akan suruh kalian
“Undor”!!
Jangan cuba lengah-lengah lagi; jika kesabaran rakyat
sudah sampai hilang – tidak mustahil kalian akan
“diSoeharto” atau “diEstrada”kan.
Berfikirlah kalian semua!! Ketika waktu dan kesempatan
masih ada….
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)