Amin Sapiro (tembak tepat ke arah sasaran)
ORANG Melayu memang kaya dengan peribahasa.
Macam-macam. Ada yang disebut perumpamaan, pepatah,
petitih-perbilangan, sindiran….. entah apa lagi. Kalau
tanya pakar budaya cendekiawan Melayu macam Prof.
Awang Had, anda akan taulah. Dengan itu, jika ditanya
apa maksud “Peluru habis Palembang tak alah”, pasti
beliau akan bercakap berjam-jam.
Saya memang menyanjungi cendekiawan seperti Prof.
Awang Had. Begitu juga Tan Sri Ghazali. Mereka adalah
orang lama yang telah meniti pelbagai zaman.
Prof. Awang Had seorang cendekiwan contoh yang
memulakan zaman persekolahan di sekolah Melayu,
menapak ke Maktab Perguruan terbaik di Tg. Malim.
Tetapi beliau jenis orang Melayu yang kaya dengan
semangat juang dan degil hati. Akhirnya beliau berjaya
menjalani pengajian di IPT tempat dan luar negara
hingga memperolehi kejayaan akademik Kedoktoran
(Ph.D). Khidmat beliau begitu cemerlang hingga beliau
dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus. Bukan mudah
nak berjaya semacam itu.
Tan Sri Ghazali juga seorang cendekiawan, seorang
pentadbir disamping kemampuan beliau sebagai seorang
ahli politik yang tak payah diperkenalkan lagi. Ramai
antara kita yang muda-muda ini hampir-hampir tidak
berapa mengetahui siapa beliau. Tetapi, sekiranya ada
yang mahu bertanya apa dia “Peristiwa 13 Mei”, Tan Sri
adalah “the walking encyclopedia”.
Pantun Nostalgia Penuh Makna
Saya masih ingat dalam ucapan sulung beliau di
Parlimen pada awal tahun 70-an sempena bermulanya sesi
pertama setelah sekian lama negara di perentah dibawah
MAGERAN. Beliau menyelitkan sebuah pantun yang sangat
istimewa (bagi saya), walaupun biasa didengar. Pantun
itu berbunyi:
Buai laju-laju
Sampai balik sana
Apa dalam baju
Sekuntum bunga Cina.
Bermula dengan pantun itu, Tan Sri telah memulakan
satu kejutan kesedaran kebangsaan yang sewajarnya
orang Melayu berfikir panjang siapa dia bangsa Melayu,
negara ini, tanggungjawab kita kepada diri sendiri,
masyarakat, kaum dan agama.
Paling menarik (pada tafsiran saya), Tan Sri
mengingtkan semua kaum supaya mengamalkan sikap
toleransi dan berbaik-baik sangka. Keharmonian kaum
adalah kunci kecemerlangan dan kemajuan negara.
Orang Melayu tidak boleh bersikap pasif – sebaliknya
mesti pro-aktif. Dasar Kerajaan yang bakal digubal
harus menimbangkan keperluan rakyat banyak dan tidak
menjurus kepada kepentingan sesuatu puak.
Tasiran “Kepimpinan”
Kita dapat tafsirkan beliau semacam menyarankan supaya
pemimpin wajib bertanggungjawap, menunjukkan teladan
yang baik dan tidak mementingkan tembolok sendiri.
Mereka wajib sensitif dengan kritikan rakyat, tau bila
masa terbaik “meletakkan beban digalas” dan tidak
menunggu malikalmaut memanggil baru berkesah nak cari
kafan..!
Kerana seseorang pemimpin adalah fokus rakyat, maka
kerja baik mereka bukan bergantung kepada lama-singkat
ia dalam jawatan. Tugas manusia adalah saling
berkesinambungan, dan jangan fikir mau menongkat dunia
dengan berfikir kununnya, “Akulah manusia terhebat”.
Walhal, mungkin berlaksa manusia menyuruh anda UNDUR,
kerana tempoh anda sudah tamat..!! heheh..!
Dari itu, seseorang pemimpin yang mahu bergelar
“statesmen” wajib telus dan terhidar dari gejala yang
tidak diingini yang boleh menimbulkan bencana kepada
orang lain, bangsa, negara dan agama – seperti yang
berlaku dalam insiden berdarah itu.
“Tidak Akan Hilang Melayu Di dunia”
Hari ini, 4 Februari 2001, orang Melayu dihebohkan
dengan laungan slogan “Tidak Akan Hilang Melayu Di
dunia” di auditrium di PWTC. Khabarnya, Badan
Bertindak Melayu selaku pihak penganjur telah
menderetkan beberapa orang penceramah.
Kabarnya, yang datang cuma Mak Cik–Mak Cik yang sudah
“putus haid” dan beberapa anak-anak sekolah yang baru
“tanggal pusat”. Itu pun, Dewan Merdeka PWTC yang muat
dua ribu hadirin cuma dapat menampung satu sudut cuma.
Tidakkah itu memalukan penceramah jempolan seperti Tan
Sri Prof. Emiritus Awang Had?
Pun, nasib baik politikus Melayu seperti Tun Ghafar,
Tan Sri Ghazali, Tan Seri Musa Hitam, Datuk Harun
Idris, dan veteren UMNO sezaman yang terkenal dengan
“fists of fury” bila sudah di depan corong mikrofon,
tidak menerima jemputan berucap. Melihat keadaan
seperti kambing-kambing liar dikandangkan itu, pasti
mereka angkat kaki “Blaaaaahhh..” sebelum giliran
mereka diimbau si ‘MC’. Hhihihih…!!
Ramai diantara kita tidak dapat menerima butir-butir
maklumat terperinci hasil Perhimpunan (?) itu kerana
tidak menghadiri sesi itu. Pertamanya, kerana kita
tidak tau apa sebenarnya maksud perhimpunan itu
diadakan.
Menilai dari gambar “keris telanjang berlatar belakang
warna merah darah”, saya fikir majoriti orang Melayu
pasti merasa ngeri melihatnya. Tambahan pula, berita
yang paparkan di media massa terasa “lain macam” saja
bunyinya.
Penganjur kena faham bahawa orang Melayu adalah kaum
yang aman. Mereka lebih suka hidup penuh dengan
silaturrahim dan berbaik-baik sangka.
Orang Melayu tidak mahu berbantah-bantah; dan
kesabaran adalah nadi budaya yang terjana dari agama
Islam yang telah mendarah-daging dalam peradaban orang
Melayu.
Kerana itu, keseluruhan perhimpunan itu dirasakan
seperti “kurang tepat” – tidak kena pada masa dan
ketikanya.
Beberapa Pertanyaan Yang Tidak Berjawab
Melihat si pengendalinya orang-orang seperti Ibrahim
Ali, ramai orang sudah nampak bahawa Perhimpunan itu
akan jadi tempat “jilat-menjilat”. Kalau yang dijilat
itu “air sarbat” tak apa juga; tetapi kalau sama
“bahan” yang lazim dijilat si Berahim tu…hehehe..
“KACAU” juga!! Jijik yang lebih.. hihihi..!! Si
Berahim ini ada “hobby tersendiri”, kan?
Faham-fahamlah siapa beliau!
Mungkin ramai yang bertanya satu soalan yang serius:
“Apakah wajarnya Perhimpunan semacam itu diadakan?
Tidakkah ada pilihan lain untuk mengekalkan orang
Melayu supaya “tidak hilang di dunia?”.
Hematnya, pertanya itu harus di jawab terlebih dulu
oleh penganjur Perhimpunan. Lebih-lebih lagi, dalam
dunia madani yang serba canggih, minda rakyat sudah
terdidik dan perkiraan mereka sudah jauh lebih maju
jika dibandingkan 100 tahun dulu.
Penganjur perlu peka bahawa penerangan meluas harus
menyusul sebelum bertindak. Soal membangkit emosi
untuk sesuatu tujuan tersembunyi tidak lagi semudah
itu digerakkan. Lebih-lebih lagi dalam masyarakat
terpelajar dan berpendidikan seperti sekarang; mereka
lebih rasional dan berminda terbuka.
Orang tidak mahu buang masa jika mereka
mempertimbangkan ketidakwujudan “equilibrium” antara
“kos” dan “benefit”. Mereka tidak semudah itu terpukau
dengan ledakan emosi mendadak tanpa sebab-musabab yang
konkrit.
Andainya Perhimpunan itu memberi satu anjakan
paradigma sosio-politik, manafaat sosio-ekonomi dan
perundangan yang ketara; pasti ramai yang berfikir dua
kali. Jika faedahnya cuma ditakuk lama saja, orang tak
akan peduli. Kalau tak percaya, tengoklah apa jadi
pada hari ini..!!
Apa Sudah Jadi?
Dari bacaan media internet, ramai orang membuat
rumusan rambang. Memang Ibrahim Ali – seorang jaguh
yang lazim “berkokok” walau beliau berdiri di atas
tunggul reput pun. Semua orang tau, si Berahim ini
suka membebel macam “murai cabut ekor” – tak tau apa
hujung pangkal yang dicakapkannya..!! Maklumlah, orang
tidak ada pegangan politik (jauh dari berprinsip) –
memang begitulah..!
Kita membaca laporan sengkat di MsiaKini, kununnya si
Berahim ini menyalahkan semua orang termasuk Dr.
Mahathir, Datuk Fadhil Nor dan Datin Seri Wan Azizah
mengenai keadaan tidak menentu yang sedang berlaku
keatas orang Melayu hari ini.
Mungkin inilah pelajaran paling bermanfaat yang
diperolehi Berahim dari sikap lazim Dr. Mahathir sejak
beliau bertugas “menjilat rempah-ratus ingredient
utama” setelah rujuk “Cina buta” kepada janda UMNO
semula. Kan cakap-cakap macam itu tak ubah seperti
orang “sembang-sembang” sambil berdiri melegakan “the
call of nature” di bilik kecil PWTC saja, ya tak?
Hehehe…..!!
Tentu ramai yang geleng kepala hairan sangat. Tentu
ramai yang bertanya, “Mengapa si Berahim ni sepantas
kilat lupa bahawa satu masa dulu, tidakkah beliaulah
yang menganugerahkan gelaran “Wira Dunia ke-3” kepada
Dr. Mahathir?
Fikir sikit Berahim: Tidakkah dulu anda yang bersumpah
akan menjilat bontot Dr. Mahathir jika beliau kembali
semula ke pangkuan UMNO?”. Hari ini mengapa anda putar
kemudi pusing belakang 180 darjah? Memang itukah dasar
“hero” berkaki tempang!! You malang Berahim… memang
malang!
Hahahaha.. orang sudah nampak kemudiannya. Selama
lebih dua tahun, memang sah lah konfirmlah si Berahim
jadi “raja katak”, merangkap “tukang jlat bontot” Dr.
Mahathir rupa-rupanya. Kerana beliau sudah diberi
jawatan “penjilat bontot” paling mahal bayaran di JPM,
pasti pandangan Dr. Mahathir kepada beliau cukup
rendah; sanggup jual maruah menghina diri. Mahathir
tak pandang sebelah mata lagi kepada beliau.
Sepatutnya, Berahim kena pro-aktif sikit; jangan
siang-siang kuburkan S46. Sekarang, dah terantuk baru
tengadah – apa nak kesal lagi. Kepala mu dah kena
cukur licin.. BOTAK!!
Beliau “penjilat” bertaraf menteri sebelum Rais Yatim
menyambung jawatan “berkelas tinggi” itu. Sekarang nak
bersandiwara pulak ke? Isk..isk..isk.. poly“tikus”
murahan lah si Berahim ini..!! Rais pun sama
pelahapnya dengan Berahim.. hihihih..!! Orang macam
ini nak perjuangkan nasib orang Melayu supaya “tak
hilang di dunia”, kah? Badan sendiri tak dihumbankan
Dr. Mahathir ke Sg. Buloh pun syukur alhamdulillah..!
hehehe….!!
Pemburu Menembak Meraba
Ramai orang Melayu yang tak mahu memeningkan kepala
memikirkan perhimpunan anjuran BBM itu. Sebenarnya tak
ada isu apa-apa pun. Mungkin UMNO memikirkan – kerana
orang Melayu sudah berhijrah menyokong BA, maka orang
Melayu sudah hilang di dunia. Hihihih… itu nak bikin
orang ketawa lah!
Macam kanak-kanak tadika main “sorok-sorok”, orang
Melayu akan menyahut… “Woikkkk.. kami ada disini”.
Bila pandang ke arah suara, tentu Berahim terduduk
lumpuh tak bermaya – rupa-rupanya orang Melayu sedang
bersimpuh di padang Markaz PAS Taman Melewar. Mereka
sedang mendengar ceramah BA. Sambil itu mereka minum
teh tarik dan makan sup ekor di “Melewar Corner”..
hahaha..!!
Bagi saya dan teman-teman lain, keseluruhan
Perhimpunan itu dapat dianalogikan umpama “Dua orang
pemburu” sedang meredah hutan perca.
Kita nampak Berahim Ali berlagak sombong. Bukan main
lagi..!! Sikapnya saling tak tumpah bagi pemburu
menembak meraba. Tembak sana, tembak sini.. lama-lama
tertembak kaki sendiri. Tak payahlah kita ulas apa-apa
segala butir ucapan beliau; memadailah dengan
menyimpulkanan bahawa “Berahim ini sudah terpadam
karier politiknya sampai kiamat. He is “Mr. Nuts”!!
Berahim tendang bola ke gol sendiri!!
Mazlan pula macam tak tau kepada siapa yang nak
dihalakan senapangnya. Pada mulanya kita berharap
Mazlan tau apa yang nak ditembak; tetapi kemudian kita
nampak senapang Mazalan berjenama “Senapang Buluh”.
Walaupun peluru ditembakkan meletop, malangnya
penabur dalamnya tak ada – peluru kapor!!
Perhimpunan “Berkelah Di Hutan Perca”
Kita kecewa kerana platform mereka yang berhimpun itu
macam orang berkelah di hutan perca yang tak ada
haiwan buruan. Hematnya, segala apa yang dibicarakan
mereka saling tak tumpah dengan “Perjuangan BA”. Tak
ada apa yang baru dan istimewa. Orang Melayu sudah tau
semua ceritanya.
Kiranya, kalau setakat begitu sajalah agenda dan
isu-isu yang mereka ketengah dan perjuangkan – kita
siang-siang nasihatkan mereka: “Jangan buang masa, jom
berhimpun di Tmn Melewar dan minta izin penganjur
ceramah BA supaya mereka mencelah minta menambah korum
BA..!”
Orang Melayu tak mau buang masa lagi. Lebih-lebih
mereka tak mau “Peluru habis, Palembang tak alah”. Itu
kerja bangang nombor wahid..!! Tahun 2004 dah semakin
hampir. Orang yang berkelah di hutan perca sudah
pulang ke rumah. Hehehe…!!
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)